Tuesday, November 3, 2009

Vios @ Langkawi

Ni pengalaman baru aku kat Langkawi. Selalu kat sana aku naik teksi or sewa keta kancil jer. Tapi kali ni aku buat giler sikit. Sebab kali ni aku sewa keta VIOS. Kalau dengar jenis keta tu, mesti semua orang igt sewa dia mahalkan.

Ni la keta yg aku sewa tu. Pada korg la, agak2 bape sewa dia? Haha.. Aku bayar rm60.00. Caya tak? Aku mula2 tak percaya cakap brother tu. Tapi dah dia tunjuk keta kat aku, so apa lagi. Jadi jer la. Aku sewa satu ari tau. Dari Petang semalam sampai petang ari ni.

Tak tipu erk. Ni gambar kunci dia. Best bawak Vios. Rilek jer langgar lubang. Duduk dalam pun sedap jer. Tu belum keta yg mahal lagi. Sempat gak la melaram ngan keta tu. Yang tak puas ati nye, aku bawak keta kat tanah besar, awek tak pandang. Bila aku bawak Vios kat sana, smua awek tgk. Siap senyum lagi. Memang awek sekarang mata duitan.

*tak semua kut :)

Monday, November 2, 2009

Nak Pegi Langkawi - Keje

Aku sekarang berada kat terminal feri kuala perlis. Ni sebab dah bosan sangat la tunggu feri. Aku sampai pukul 6.05 petang kat sini. Feri pukul 6.00 baru je lepas.

So aku pun buka notebook and cuba on broadband. Dan sungguh tak disangka-sangka boleh dapat HSDPA. Full bar lagi. Jangan tak percaya tempat macam ni boleh dapat line tahap camtu.

Aku online hari-hari kat Gombak (Kuala Lumpur) pun jarang dapat full bar. memang rasa menarik giler. Tunggu feri satu jam pun blh rasa sekejap jer. Maklumlah, dah ada benda nak dibuat.

Sunday, November 1, 2009

Ketenangan???

Kusangkakan ketenangan yang aku rasai ini adalah milik ku. Rupa-rupanya semua itu hanya bersifat sementara. Hanya dapat aku lalui, aku kecapi untuk sementara waktu sahaja. Dimanakah ketenangan abadi yang ku cari?

Setelah hampir sekian lama aku merasakan ketenangan abadi semakin menghampiri. Walaupun dengan keadaan waktu kerja yang tak menentu, kesihatan yang hanya boleh dikatakan “OK”, jarang bertemu rakan-rakan, dan banyak menghabiskan masa berseorangan, aku rasa semua itu tidak menghalang untuk aku merasa tenang selama ini. Aku dapat merasakan diriku semakin gembira, tidak tertekan, otakku semakin kosong dari memikirkan pelbagai masalah.

Hari ini segalanya berubah. Ketenangan yang aku rasakan hilang tiba-tiba. Entah kenapa aku menjadi cepat marah. Kenapa boleh jadi begini? Adakah salah aku membantunya? Kenapa bantuan yang diberi dibalas dengan bahasa yang kasar? Salahkah aku tidak menerima pelawaannya untuk keluar? Aku hanya mengharapkan perkataan “terima kasih”. Bukan tinggi suara dan cemuhan yang tidak berasas.

Otak ku semakin ligat memikirkan dunia sekarang. Ketenangan yang dapat aku rasai berbulan-bulan lari entah kemana. Aku bingung.