Friday, May 28, 2010

Candat Sotong - Aktiviti mencandat bermula

*Lambat sikit aku nak sambung cerita yang lepas coz aku ada benda lain yg nak dibuat.

Semua sungguh gembira dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu, bertambah gembira apabila sudah sampai ke Jeti Chendering. Dan bertambah-tambah gembira apabila sudah berada di atas bot. Tetapi, tidak ku sangka ada yang kecundang terlalu awal. Bila dapat hasil, ada yang gembira tahap nak lompat dalam laut.

Semasa sampai di lokasi mencandat, dah ada bot lain yang sampai lebih awal.


Mula sampai kat lokasi mencandat, hari nampak macam tak berapa mengizinkan. Tapi kami semua bersyukur hanya hujan rintik-rintik sahaja.


Ini sotong pertama yang dinaikkan. Aku orang pertama yang dapat sotong, tapi terlepas balik. So gelaran pertama bagi kat joe je la coz dia orang pertama dapat bawak naik sotong. Dikatakan sotong yang aku dapat lagi besar dan terbesar dalam semua sotong yang dibawa balik, tapi terlepas, xde rezeki.



Sementara menunggu candat dimakan sotong, sempat juga sembang-sembang sambil makan kacang. Masa kat laut, semua benda jadi sedap.


Seperti yang aku katakan, kat lokasi camni makan apa pun sedap. Ni Masa rehat dan makan nasi lauk ikan masak sup. Brother bot tu masak.


Semasa mula mencandat, dah ada ramai yang tidak berdaya. Sampai separuh masa je dah separuh dari ahli dah tumbang. Siap ada yang muntah lagi. Golongan yang mabuk laut tu cakap, mabuk dia tahap tak boleh ditahan-tahan. Nasib baik aku tak mabuk camtu. Kalau tak, entahla....

bersambung...

Tuesday, May 25, 2010

Candat sotong - Sampai di lokasi

* Bukan aku tak nak tulis terus cerita ni. Tapi nak buat cam cerita bersiri. Hahaha..

Sampai dilokasi, semua kelihatan penat walaupun tido sepanjang jalan. So dengan kemudahan yang disediakan, ada yang ambik peluang untuk rehat sepenuhnya sebelum sampai masa untuk kelaut.

Ni la dalam bilik tu dimasa berehat. Bergelimpangan cam kena bom.


Dan sempat juga menenangkan hati dan perasaan di masjid Al-Furqan. Ketenangan tu penting.


Sebelum pegi kelaut, kami diberi penerangan oleh Pak Ya (Zakaria) tentang peralatan mencandat dan cara-cara mencandat.


Ni la Semua geng aktiviti mencandat sotong 2010.


Dan bermulalah perjalanan ke lokasi mencandat.



Dalam bot sebelum bertolak, sempat gak nak posing.



Dalam perjalanan Ke lokasi mencandat, semua kelihatan sungguh gembira.






Segala masalah kami tinggalkan di Kuala Lumpur. Perjalanan kami dimulakan dengan doa kepada Allah SWT supaya kami semua selamat pergi dan balik.

Bersambung...

Candat Sotong - Perjalanan hari Pertama

Aktiviti ni dah lama plan, tapi tak jadi-jadi nak pegi. Tarikh mula-mula plan masa hari pekerja, 1 may 2010. Tak jadi nak pegi sebab plan mengejut and tak cukup orang. So plan semula dan dapat la tarikh 22 may 2010. Masa ni plak mmg ramai yang nak pegi.

So perjalanan bermula pada pagi 22 may (sabtu) pukul 8.00 pagi yang cuaca tak berapa nak menarik. Hujan rahmat sepanjang jalan dari Kuala Lumpur sehinggalah ke Jeti Cendering, Kuala Terengganu. Hujan tu tak la lebat sangat sepanjang jalan, ada la tempat yang tak hujan. tapi majoriti nya hujan dan membuat semua berhati2. Sepanjang Lebuhraya Karak sahaja dah ada 3 kemalangan. Semua nya kereta terbabas menyebabkan kami semua semakin berhati2.

Ni masa kat hentian Genting Sempah, makhluk dua orang kat belakang berat sangat sampai aku kena adjust absober belakang bagi tinggi sikit. Abis tayar aku sagat kat wheel housing belakang.


Ni la makhluk dua orang yang aku cakap tu. Keje diaorang dlm keta tido je.


Ni masa berhenti makan kat Cherating. Makanan nampak macam tak best coz simple je. Nasi putih, ayam goreng ngan sayur. Tapi ble dah masuk mulut, sedap la pulak.


Ni masa dah nak sampai kat Lokasi. Berenti kejap kat marang coz ada yang nak g toilet. Sempat gak beli air nira kelapa ngan jagung rebus. Kotor keta bebudak ni makan.


Dan...Akhirnya sampai di lokasi.


Bukan tempat candat erk. baru sampai kat rumah rehat yang disediakan. Masa sampai lebih kurang pukul 2.30 petang selepas campur tolak berhenti adjust absober, makan, toilet, dan lain-lain lagi.

bersambung...