Monday, July 13, 2009

FireFly menghidupkan kembali Lapangan Terbang Antarabangsa Ipoh

Setelah sekian lama lapangan terbang Ipoh ditutup, kini dgan rasminya dibuka semula dgn penerbangan FireFly. Ini lah Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Ipoh. Kecik je pejabat dia..



Penumpang yang turun pada hari pertama ini disambut meriah dan diberikan pelbagai cenderamata. Tapi yang dok sbuk wat keje x dapat erk..penumpang sahaja..tapi orang cuti2 malaysia dapat plak..mmg x adil...



Sambutan dimeriahkan lagi dgn tarian tradisional melayu, cina dan india. Dalam gambo no ada tarian melayu je coz awek dia cantik2.. hehehehe...





Orang penting..klu dia xde,system imigresen x jalan wooooo... nasib baik mood dia baik ari tu n dia g standby kat sana.. klu x mesti kelam kabut...jgn mare...


So pasni FireFly akan membuat penerbangan Ipoh <-> Singapore 4 kali seminggu. hari isnin, rabu, jumaat dan ahad.. orng perak yg nak g singapore senang dah.. Diharap FireFly boleh memeriahan lagi negeri perak ni...

Sunday, July 12, 2009

Kisah 3 pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak.

Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer.

Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan.

Lalu dia pun terbang secepat kilat,

tak sampai 2 minit dah balik.

Mukanya penuh dengan lumuran darah,

dan menyeramkan.

Terus dia berkata :

"Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"

Yang dua ekor pontianak tu ngangguk,

"Iya, nampak.

"Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.

Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak.

Dia pun pergi sekelebat jugak,

tak sampai 1 minit dah balik,

mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?",

katanya dengan muker yg kerek

"Iya, nampak",

yang dua ngangguk juga.

"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",

kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram,

" ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas,

dia pun nak show off jugak.

Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat.

Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya,

sebab tak sampai setengah minit dia dah balik,

dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata,

"gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik,

memang dia paling power".

Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata ,

"Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!",

kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

Salam Perkenalan



Assalamualaikum...




Kepada semua yang membaca blog ini, selamat membaca diucapkan.Ini adalah blog saya yang pertama. Terima kasih Saya ucapkan kepada seseorang yang telah mengajar saya tentang kehidupandunia IT. Sebelum ini saya hanya "mencari ketenangan" dengan cara saya sendiri.



Terima Kasih Dan Selamat Membaca...