Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Ikan Aneh Mirip Buaya

Baru-baru ini Negara kita dikejutkan oleh kewujudan seekor ikan yang mirip buaya. Aneh tapi benar.. begitulah pendapat para penduduk yang mendiami kawasan Teluk Intan, Perak apabila mendengar berita ini.Ikan aneh ini muncul di sekitar kawasan tersebut sejak beberapa hari yang lalu. Kemunculan ikan aneh yang dipercayai terdiri daripada spesies ikan pemangsa alligator garr itu menimbulkan tanda Tanya kerana ikan ini tidak pernah ditangkap oleh mana-mana penduduk Teluk Intan sebelum ini. Bagaimanapun, tanda Tanya itu terjawab apabila ikan yang mempunyai muncung dan bergigi tajam itu dikenal pasti berasal dari Amerika Utara. Jom kita lihat gambar ikan aneh itu.



 
Melayukini.net– Persoalan baru pula timbul apabila desas desus yang mempertikaikan bahawa,  bagaimana caranya seekor ikan yang berasal dari Amerika Utara boleh wujud di Malaysia? Itulah tanda kekuasaan Allah SWT.

Ikan Menyusu Di China

Jarang sekali untuk kita melihat sesuatu perkara yang pelik. Kali ini ia berlaku di sebuah kolam ikan. Apabila menyebut mengenai ikan, jika kita ingin memberi makanan kepada ikan cukuplah sekadar menabur di atas air. Namun kali ini ia agak pelik, apabila ikan pun menyusu apabila dihalakan dengan puting botol susu.
Melayukini.net -Serius comel je, ikan pun pandai menyusu. Walaupun lokasi kejadian tidak diketahui, namun ia sangat luar biasa kerana kita sedia maklum fitrah pemakanan ikan.

Friday, August 3, 2012

Cicak Spiderman Ditemui Di Kenya


Cicak Spiderman Ditemui Di Kenya


NAIROBI – Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu.
Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka.
Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman.
“Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai,” katanya.
Sumber: SinarHarian

Thursday, August 2, 2012

Petua Menghilangkan Sakit Kepala

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan - Segenggam Asam - Secawan Santan
Cara-caranya: - Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan - Lumurkan keseluruh kepala - Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering - Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu. 

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan: - Daun bunga raya
Cara-caranya: - Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. - Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan: - Daun Lemuni
Cara-caranya: - Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. - Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. - Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan: - Diri Sendiri
Cara-caranya: - Senaman ringan. - Duduk dan luruskan kaki. - Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

Petua HIlangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat

Petua HIlangkan sakit kepala tanpa makan ubat :

 1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

 2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

 3. Spa/ Stim/ Mandi air panas Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

 4. Picit/ Urutan kepala Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala. 

5. Meditasi/ Tidur Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Tuesday, December 27, 2011

7 AYAT – AYAT CINTA

Sabda Rasulullah S.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataill ahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Wednesday, October 19, 2011

10 Tanda Kehamilan



Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

Monday, August 22, 2011

Sperma Mampu Tembus Kain???


Kegusaran akan terjadinya kehamilan membuat banyak pasangan yang belum menikah melakukan pergesekan alat kelamin untuk memuaskan hasrat seksualnya. Padahal, meski tidak melakukan persetubuhna, risiko kehamilan tetap besar.
"Sperma yang sihat itu sangat lincah dan mampu berenang dengan cepat. Kemampuan ini diperlukan kerana ia harus bergerak agar samapi ke saluran telur. Bahkan, sperma mampu menembus pori-pori kain," papar dr Boy Abidin, Sp OG, dari RS Mitra Keluarga Kelapa Gading, Jakarta.

Risiko kehamilan akan semakin besar bila sperma dikeluarkan berhampiran vagina dan ada kesempatan untuk masuk ke dalam. "Di dalam vagina ada lendir yang sifatnya seperti gam. Ia akan menghisap sperma," tambah dr Boy yang ditemui selesai pelancaran kempen I Know yang diadakan oleh Kotex, produk pad wanita.

"Oleh itu, tidak perlu bimbang bila seorang wanita boleh hamil walau tidak bersetubuh. Sperma itu sangat lincah, kerana mampu menembus celana , walaupun satu jam kemudian dia akan mati," tambah dr Boy

Thursday, July 21, 2011

Antara Berlian Termahal di Dunia

Perhiasan cincin, terutama berlian merupakan salah satu item fesyen yang paling digemari perempuan.

Namun untuk mendapatkannya, tentu saja memerlukan kos yang tinggi. Berikut beberapa cincin berlian termahal di dunia.

Berlian biru

Berlian seberat 6 karat itu berwarna biru dan berbentuk seperti titisan air mata. Berlian yang bertatah di atas cincin platinum tersebut dijual oleh Sotheby dengan harga US$7,9 juta.

Berlian berbentuk oval

Dengan harga US$ 4,2 juta , cincin yang bertatahkan berlian putih ini dijual oleh Christie dalam acara pelelongan 'Important Jewels Sale in New York'.
Berlian ini memiliki kejelasan (clarity) dan warna (color) E dan potongan (cut) oval yang membuat tampilannya ini semakin mempesona.

Berlian kuning 'Novo'

Membuat cincin ini berbeza adalah warna berliannya yang special. Cincin 'Novo' ini dihiasi oleh berlian berwarna kuning seberat 25,27 karat dan cincinnya dibuat dari platinum.
Cincin berlian kuning 'Novo' dijual oleh perhiasan ternama, Tiffany dengan harga US$ 1,35 juta .

Berlian Elizabeth Tailor

Cincin ini dihiasi oleh berlian berbetuk bulat seberat 5,98 karat pada bahagian tengah dan berlian 3,96 karat pada sekelilingnya. Cincin milik mendiang Elizabeth Tailor ini bernilai US$ 1,3 juta ini memang memiliki keterampilan yang sangat luar biasa.

Berlian merah jambu

Cincin yang dijual oleh perusahaan pelelongan antarabangsa, Christie di Hongkong dengan harga US$ 10,8 juta dinyatakan sebagai cincin berlian termahal di dunia.
Hal ini disebabkan rekabentuknya yang istimewa. Cincin tersebut bertahtakan berlian 5 karat berwarna merah muda dan dihiasi oleh berlian putih pada sisi kiri dan kanannya.