Sunday, July 10, 2011

Lirik Senyum (Malique Ft. Najwa)

Senyum senyum senyum
senyum senyum

verse

kacak luar
kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali

kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit

chorus

senyum
tak perlu kata apa-apa (4X)

akhirnya sempurna tiga album pertama
bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
dah ku kata kau takkan henti sampai tua bangka
kalau habis abjad aku rap dengan angka

satu dua tiga anugerah diterima
oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
tersenyum tiap kali kalah dengan nurhaliza
ditertawakan oleh anak ku ika medina

oh ika medina orang secantik nama
cantik luar cantik dalam cantik macam mama
hati macam grandmanya anginnya macam papa
kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana

sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
wanita hari ini jaga sensetiviti
kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

ulang verse

ulang chorus

ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
aku bukan rupawan aku bukan jutawan
tapi aku punya satu senyuman yang menawan

baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
dengar kata hati perasaan jangan dilawan
kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
duduk dulu biar ku belanja kopi secawan

apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

tu boleh pun senyum cantiknya gigi
sepuluh markah penuh harusnya kuberi
wanita hari ini harus pepandai puji
kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
kalau tak pun aku masih mahu cubit

ulang verse

ulang chorus

ulang verse

senyum :)

Friday, July 8, 2011

Hard Disk Pertama - 305 RAMAC

Hard disk pertama di dunia telah dikeluarkan oleh IBM pada September 1956 dengan nama 305 RAMAC.

Pada 4 September 1956, IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia yang berharga $250.000. Kapasiti hard disk ni cuma 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3. Berat hard disk ni memcecah 1 TAN!


Saturday, July 2, 2011

Nyamuk Pilih Kasih?


Nyamuk terkadang sering pilih kasih.Sering menyerang orang-orang tertentu dibanding yang lainnya. Banyak teori yang menjelaskan hal ini. Salah satunya adalah penelitian dari Jonathan Day, profesor bidang medical entomology dari University of Florida. Menurut penyelidikannya, sekitar 20 peratus manusia adalah sasaran yang paling disukai nyamuk.

Ia juga menyatakan, ada dua perkara yang membuat nyamuk tertarik untuk menggigit anda. Yang pertama adalah faktor visual. Nyamuk adalah binatang yang sangat visual, terutama menjelang malam. Nyamuk biasanya akan mencari orang-orang yang berpakaian warna gelap, seperti hitam, biru tua, dan merah, biasanya akan jadi mangsa utama, kata Day.

Faktor kedua adalah suhu tubuh. Orang yang memiliki suhu tubuh lebih hangat, seperti orang berbadan gemuk atau wanita hamil, biasanya lebih menarik nyamuk daripada yang suhu tubuhnya lebih dingin.

Perkara lain yang juga menjadikan anda sasaran nyamuk adalah aroma tubuh. Menurut Joseph Conlon, seorang medical entomologist dan penasihat untuk American Mosquito Control Association, ada beberapa aroma tubuh yang biasanya disukai nyamuk, salah satunya yang dikeluarkan saat selepas anda bersenam.

Fakta menarik lainnya, beberapa jenis nyamuk gemar menyerang di bagian kaki kerana tertarik akan aroma yang dikeluarkan oleh bakteri di area ini. Sementara ada juga nyamuk yang menyerang daerah kepala, leher, dan lengan kerana bahagian ini cenderung lebih hangat dan mengeluarkan aroma tertentu.