Monday, August 22, 2011

Sperma Mampu Tembus Kain???


Kegusaran akan terjadinya kehamilan membuat banyak pasangan yang belum menikah melakukan pergesekan alat kelamin untuk memuaskan hasrat seksualnya. Padahal, meski tidak melakukan persetubuhna, risiko kehamilan tetap besar.
"Sperma yang sihat itu sangat lincah dan mampu berenang dengan cepat. Kemampuan ini diperlukan kerana ia harus bergerak agar samapi ke saluran telur. Bahkan, sperma mampu menembus pori-pori kain," papar dr Boy Abidin, Sp OG, dari RS Mitra Keluarga Kelapa Gading, Jakarta.

Risiko kehamilan akan semakin besar bila sperma dikeluarkan berhampiran vagina dan ada kesempatan untuk masuk ke dalam. "Di dalam vagina ada lendir yang sifatnya seperti gam. Ia akan menghisap sperma," tambah dr Boy yang ditemui selesai pelancaran kempen I Know yang diadakan oleh Kotex, produk pad wanita.

"Oleh itu, tidak perlu bimbang bila seorang wanita boleh hamil walau tidak bersetubuh. Sperma itu sangat lincah, kerana mampu menembus celana , walaupun satu jam kemudian dia akan mati," tambah dr Boy

Thursday, July 28, 2011

FalsaFah Buah-BuahAn

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


2. Jadilah Pokok pisang.

Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.


4. Jadilah ubi kayu.

Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.


5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.

Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.


6. Jadilah cili

Semakin tua semakin pedas.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.

Tuesday, July 26, 2011

Penjara Lebih Baik?

DALAM PENJARA
masa dihabiskan dalam bilik berukuran 8' X 10'
TEMPAT KERJA
masa dihabiskan dalam partition 6' X 8'
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
dapat makan 3 kali - Free
TEMPAT KERJA
dapat makan mungkin 1 kali atau 2 kali, itu pun kena bayar sendiri
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
dapat time off jika berkelakuan baik
TEMPAT KERJA
dapat kerja lebih jika berkelakuan baik
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
pengawal akan kunci dan buka pintu untuk anda
TEMPAT KERJA
sendiri mesti jaga, pintu sendiri buka dan kunci, khususnya pintu tandas
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
boleh menonton TV dan play games
TEMPAT KERJA
awak akan dipecat jika asyik tengok TV atau play games
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
kaum keluarga dan sahabat dibenarkan melawat
TEMPAT KERJA
Tidak dibenarkan menerima pelawat daripada kaum keluarga
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
semua perbelanjaan ditanggung kerajaan tanpa perlu buat kerja
TEMPAT KERJA
semua perbelanjaan kena bayar sendiri, kena kerja untuk dapat duit, bayar cukai untuk digunakan oleh banduan dalam penjara...

Jadi tempat mana yg lebih baik ????