Sunday, February 28, 2010

Ahad Oh Ahad

Dalam seminggu hanya ada satu ahad. Dan hari ni adalah hari ahad terakhir dalam bulan februari 2010. Dan hari ini juga aku tak paham tentang diri aku sendiri. Aku pening dengan perangai aku sendiri.
Pagi, waktu aku baru bangun tido, aku jadi malas semacam. Apa yang aku plan semalam semua aku tak buat. Kawan aku mesej ajak keluar jalan2 pun aku buat tak paham je.

Sampai tgh ari, di cal blik. baru aku jawab aku tak nak keluar.
Tgh ari tu aku boleh duduk mengadap note book layan movie, tapi aku tak online lansung. Tak pernah aku mengadap note book tanpa broadband.
Lepas zuhur baru aku kelam kabut nak buat semua beda yang aku plan semalam.
Dan petang aku boleh keluar sorg2 sedangkan pagi td mmbr aku ajak aku boleh buat tak tau je. Masa keluar aku rasa tenang semacam smpai keta aku kena himpit pun aku tak marah org tu. Aku boleh potong dia balik, tgk dia and senyum.
Bila dah balik, sampai rumah, aku terpikir balik apa aku dh buat hari ni.

Monday, February 22, 2010

Cap Go Meh

Cap Go Meh melambangkan hari ke-15 dan hari terakhir dari masa perayaan Imlek bagi komunitas kaum migran Tionghoa yang tinggal di luar Cina. Istilah ini berasal dari dialek Hokkien dan secara harafiah berarti hari kelima belas dari bulan pertama. Saat itu juga merupakan bulan penuh pertama dalam Tahun Baru tersebut.

Tapi aku yang duduk di Kuala Lumpur ni rasa cam duduk kat tengah Kota yang sedang berperang. Meletup sana, meletup sini. Bila aku dapat tido pun tak tau la. Mata rasa mengantuk, tapi baru nak terlelap, BOOOOMMMMMM!!!,,, trus jaga balik. Tension giler rasanya dah ni.





Hah, tengok nih, keliling rumah meletup-letup. Memang la bunga api tu cantik. Tapi bunyi dia bising sangat. Kalo la ada bunga api yang tak keluar bunyi kan bagus. Sok nak keje ni. Adusss....

Sunday, February 21, 2010

Tanda-Tanda Orang Dilamun Cinta

Macam mana nak kenal orang yang sedang dilamun cinta?

1. Tumpuan pada kerja atau pelajaran atau apa sahaja perkara menurun (banyak mengelamun).
2. Nasihat keluarga atau kengkawan dibuat endah tak endah (dah angau).
3. Sanggup habiskan duit untuk talipon (call 24jam sehari).
4. Walau penat tahap cipan, tetap sanggup keluar dating.
5. Sanggup berhabis duit untuk si dia (beli hadiah).
6. Masa untuk kengkawan semakin kurang, banyak luangkan masa untuk si dia.
7. Layanan yang lebih kurang daripada si dia boleh membuatkan senyum sampai telinga.