Monday, August 29, 2011

KISAH SETIN AIR & LELAKI

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka
bertengkar untuk tentukan
hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka
pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta
nasihat. kadi tanye kat pompuan tu....

"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak
tu? pompuan tu jawab...
"saya yang mengandungkan anak tu. saya yang
melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni
kadi akan tanye dia lak. ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni....
kadi pun tanye si jantan..."hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu
yang patut bela"

"tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit,
dan saya 'masukkan'
dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang
pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya
nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak
mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun. Kan
tuan...kan...kan "



***semata mata rekaan...jangan la nak disama kan anak tu cam air tin pulakkk...

Monday, August 22, 2011

Malam Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil... dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Memang ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatul Qadar, abaaah," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak pegi masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah ubah suai masjid la. Bumbung masjid bocor... pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.

Lawak Pak Pandir DiBulan Posa

Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramah nya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan... sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang, " kata ustaz itu.
Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu... terberak-berak makan julap... puas ati aku... muahahahahahaha!
Sesungguhnya, niat Pak Pandir memang suci. Lagi pun, bulan puasa mana ader setan kan? Suma dah kena penjara.... heeee!
Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa.