Sedar x sedar,,,,
Kejap jer dah sampai 15 posa. rasa cam baru stat posa minggu lepas jer. N banyak benda yang x buat lagi ni. zakat x bayar lagi. dah beso takkan nak harap bapak bayar.baju raya pun x beli lagi.igt tahun ni nak bli 12 pasang baju raya. 6 pasang baju melayu, 6 pasang lagi baju kaum lain.baru lar ONE MALAYSIA.
Duit raya tuk anak2 buah pun tak tukar lagi nih. takkan nak kuar dari ATM trus bgi kat diaorg.smua not RM50 tuh..sorg rm50, nak bagi kat smua,,, bengkok aku tahun ni.sampul duit raya pun tak cari lagi.ngan bebudak zaman sekarang ni bukan boleh main hulur camtu jer.komplen macam2.yg diambik duit jer.sampul tu kang bersepah gaks aku nengok.tahun ni jer aku dah ada 21 orang anak buah..on d way lagi 2 orang..ni la antara sebab kenapa lepas raya aku jatuh bankrap..tu baru anak buah sendiri.belum sanak sedara punya anak..mampuss..
Lagi satu yang aku agak menyampah.Tiap2 tahun aku orang paling awal yang akan berada kat kampung.yang lain smua balik pagi raya or malam raya.paling awal pun last posa.so cam biasa, aku la yang kne buat smua benda dari menebas rumput depan rumah, tolong bapak aku carik buluh lemang, kait kelapa, kupas kelapa, kukor kelapa, siang ayam, anyam ketupat (kalau rajin, klu kurang rajin *bukan malas*, kedai kat pekan tu jadi mangsa tempat aku beli ketupat segera yang dalam pastik tu) into api, masak ketupat, bakar lemang, masak rendang, n tak lupa masak ikan sardin, pebret aku tuh tuk cicah ngan ketupat.
(slera masing2 erk,jangan nak komplen)
Lum abis lagi smua keje tuh. tu baru tuk hari last posa. lum malamnya lagi. sebelah malam plak cam biasa kne tukar sarung kusyen, tuar lapik meja, langsir biasanya mak aku dah tukar awal, kuarkan bekas kuih raya, basuh bekas kuih raya, lap bekas kuih raya, masukkan kuih raya n letak smua kuih tu atas meja siap2. pagi sok tak la sibuk sangat. tapi klu nasib aku baik, kakak aku dah sampai, mmg daorg la palk yg kne kerah. aku dah penat siang nya td. dan tak lupa juga dok dalm bilik senyap2 masukkan duit dalam sampul tuk anak2 buah aku. time ni sedih wooo...tengok berapa punya tebal duit yang nak melayang sok pagi.rasa cam nk letak 50sen jer pun ada.
N cam biasa di pagi raya, apa guna ramai kakak, diaorg la yang kne iron baju aku.hahahaha..aku sorg je adik laki. manja r sikit. n g semayang raya.cam biasa kete aku akan penuh dengan askar2 buas tu (anak buah aku). cam keta sarkas jadinya. pas semayang raya salam ngan apak, mak, kakak, abang ipar, n anak buah plak diaorg yang kne salam ngan aku. aku jadi bos tgu kat sofa. mesti datang nye la, duit nye pasal..pas dapat duit, smua ilang ntah g mana. cam biskut memasing.
Abis smua aktiviti ni, cam biasa g rumah opah, jumpa sanak sedara. nama aku nak dok rumah layan bebudak datang beraya, tak dapat. baik aku yang g merayap, lagi best..
tiap2 tahun biasanya sama jer. bezanya cuma bape orang adik-beradik aku yang akan balik raya pertama n raya kedua. klu smua ada, mmg meriah. klu ada yang balik raya pertama n ilang masa raya kedua or sebaliknya, kureng la sikit.
Tapi,,, tuk tahun ni, kte tunggu dan lihat...
SelaMat BeRPuaSa, KuMPuL PaHaLa BeBaNYaK,
DaN...
SeLaMat HaRi RaYa aiDiLFiTRi, MaaF ZaHiR BaTiN,
obat kuat pria
8 years ago
2 comments:
tahun ni ade tmbahan duit raya.kat acik jgn lupa tau.
uiks...blh bankrap camni..yg dah beso pun nak duit raya gaks ker..tuk yunus sapa nak bg plak??
Post a Comment