Wednesday, December 30, 2009

Tahun Baru 2010

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun 2010. Rasa macam kejap je. Rasa macam baru tahun lepas abis zaman sekolah. Penuh dengan kenangan manis.

Tapi semua tu dah berlalu 8 tahun dulu. Sekarang zaman kerja. Angan2 masih ada yang tak tercapai lagi. Baru sikit2 je yang dah dapat. Umur dah makin tua. Tu blum kira ngan azam. Tiap2 tahun buat azam baru, capai nya dalam 50% je.

Tahun ni tak tau nak azam apa. Tak pikir lagi. Sok malam dah tahun baru.
Pape pun,

SeLaMaT TaHuN BaRu "2010"

Semoga hari mendatang penuh bermakna, dah hari berlalu penuh kenangan.

Jom Pegi Utara Lagi

Hari ni aku ada kat utara lagi. Tadi baru abis keje kat Kedah. Skrang aku bermalam kat Pulau Pinang coz sok ada keje kat sini. Malam ni aku tak tau nak pegi mana. Dok hotel je la.
Sambil2 tu boleh gak aku check email n update blog. banyak benda yang aku nak tulis tapi dah terlepas. Nak tulis balik idea plak tak datang. Masa ada idea tak boleh nak tulis coz broadband member pinjam. Dah dua minggu kat dia. Bila la dia nak pulangkan. Rindu plak kat harta kecik aku tu.

Monday, December 21, 2009

Sibuk Dengan Bini

Lama jugak aku tak update blog ni. Tak tau la kenapa aku dah jarang buka blog sejak akhir2 ni. Email aku pun dah lama tak check. Tadi aku buka Email Yahoo dah ada 547 dalam inbox. Email company pulak dah ada 43. Nasib baik tak ada benda yang penting or urgent untuk dibuat. Kalau tak tentu dah kena marah.

Bukan sengaja tak nak update blog. Sekarang ni aku sibuk sikit ngan bini tayar 4 aku tu. Maklumlah. Dia je la yg aku ada. Susah, senang, sedih, gembira semua dengan dia. Masuk bulan 1 tahun 2010 ni, cukup 4 tahun aku ambik dia.

Nak tau apa yang aku sibuk sangat ngan dia? Tunggu,,, Lepas siap semua nanti, aku akan masukkan dalam blog ni. Aku sendiri pun tak sabar tengok semuanya settle.

Friday, December 11, 2009

Tool..

Arghhh.....
Tool yg paling aku sayang hilang. Tensionnya.. Jatuh mana aku pun tak tau. Punya la aku jaga benda tu, tau-tau semalam nak pakai kat Bayan Lepas dah takde. Hari sebelum tu aku buat keje kat Pengkalan Hulu. Mesti jatuh kat sana.

Aku sayang sangat benda tu sebab dia pelbagai guna. Walaupun benda tu tak mahal, tapi dah banyak jasa dia. Aku dah angkut dia pusing satu Malaysia. Nepal pun dia dah sampai. Tub2 hilang camtu je. Sedihnya..

Sunday, December 6, 2009

Jalan Dengan Family


Hari ahad yang cerah ni memang sesuai tuk pegi jalan-jalan. kebetulan pulak family abang datang ke KL. So peluang ni aku tak lepaskan untuk merapatkan slaturahim antara keluarga.

Ingat tak ramai sangat, coz tiga keluarga and aku sorang yang masih bujang. So plan untuk pegi dua buah kereta. Tapi tak muat pulak. Naik tiga kereta, selesa sikit. Tu ikut plan asal la.

Tapi bila dah masuk kawasan KL, jalan boleh tahan jugak jem nya. So, plan bertukar naik tren. Naik dari Chow Kit, pergi ke KL Sentral and ambik tren pegi KLCC. Dalam tren pun ramai gak orang. Aweks pun ramai. Sempat la cuci mata. Hahaha...

Sampai KLCC, jalan-jalan kawasan taman. Pastu pusing-pusing window shoping, tapi barang mahal wooo.. Then sempat gak la tengok barang komputer coz kebetulan ada PC fair kat KLCC. Tapi tak sempat nak sambar pape pun. Barang macam tak bape menarik. Orang ramai sangat sampai rasa serabut tahap cipan.

Bila rasa dah serabut giler, pegi solat asar, pusing-pusing tengok air pancut, solat maghrib, and peristiwa lawak berulang kembali. Pegi bukan main naik TREN, balik naik TEKSI. Aku tak boleh terima betul. Tu semua idea abang ipar aku. Sebelum balik, buat open table and sampai rumah mak and bapak budak semua macam nak pengsan. Penat jalan. Bebudak seronok giler sampai nak pegi lagi esok. Hahaha....

Allah Lebih Sayangkan Dia

Tiba-tiba aku terkenang kenangan bersama nenek sebelah emakku. Pada hujung minggu yang lepas aku sempat melawatnya. Pada masa tersebut, arwah masih terlantar dihospital.

1 Disember 2009. Satu tarikh sedih bagi seluruh keluarga Hajah Hamidah yang ketika itu berusia 83 tahun. Arwah telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.30 pagi selasa yang lalu. Hanya bacaan ayat Al-Quran dan doa mengiringi arwah.

Hampir satu bulan arwah menderita sakit jangkitan kuman pada paru-paru. Pada hari selasa yang mendung itu, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dikatakan semua anak arwah berada di hospital pada ketika itu. Jenazah telah dikebumikan selepas asar pada hari yang sama.

Tidak dapat aku katakan bagaimana sedihnya apabila seorang demi seorang ahli keluarga aku pergi mengadap Allah Yang Maha Esa. Hanya ungkapan "Allah lebih sayangkan arwah" yang kedengaran untuk memberi ketenangan kepada semua ahli keluarga.

Semoga arwah Hajah Hamidah diberi ketenangan di alam kubur, dan mendapat Syurga di alam akhirat nanti.
Al-fatihah..