Sunday, December 6, 2009

Allah Lebih Sayangkan Dia

Tiba-tiba aku terkenang kenangan bersama nenek sebelah emakku. Pada hujung minggu yang lepas aku sempat melawatnya. Pada masa tersebut, arwah masih terlantar dihospital.

1 Disember 2009. Satu tarikh sedih bagi seluruh keluarga Hajah Hamidah yang ketika itu berusia 83 tahun. Arwah telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.30 pagi selasa yang lalu. Hanya bacaan ayat Al-Quran dan doa mengiringi arwah.

Hampir satu bulan arwah menderita sakit jangkitan kuman pada paru-paru. Pada hari selasa yang mendung itu, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dikatakan semua anak arwah berada di hospital pada ketika itu. Jenazah telah dikebumikan selepas asar pada hari yang sama.

Tidak dapat aku katakan bagaimana sedihnya apabila seorang demi seorang ahli keluarga aku pergi mengadap Allah Yang Maha Esa. Hanya ungkapan "Allah lebih sayangkan arwah" yang kedengaran untuk memberi ketenangan kepada semua ahli keluarga.

Semoga arwah Hajah Hamidah diberi ketenangan di alam kubur, dan mendapat Syurga di alam akhirat nanti.
Al-fatihah..

2 comments:

datulkisya said...

allah lebih menyayangi arwah.sori ari tu tk smpt singgah.4 da 1st time smpi teluk intan. best sbb teruja ngn menara condong

klid_objevit said...

xpe. klu rasa teluk intan best. nnti dtg la lg
;)

Post a Comment