Tuesday, January 26, 2010

Sibuknya

Minggu lepas adalah antara minggu yang paling sibuk aku pernah rasa. Sibuk dengan kerja luar kawasan. Dalam masa satu minggu aku kena pergi ke Melaka, Negeri sembilan, Pahang dan Perak.

Tempat yang aku pergi pun boleh tahan jauhnya. Semuanya dah hampir hujung negeri. Walaupun jauh, semuanya aku pergi dan balik pada hari yang sama. Aku tak tidur kat sana.

Semua tu ada sebab kenapa aku tak tidur kat sana. Yang pertama aku malas nak kuar masuk hotel angkat barang coz smua lokasi satu hari je. Yang kedua, tempat tu aku rasa tak jauh mana pun.

Dan yang ketiga.... Hehehe... rahsia.
Biar aku sorg yang tau. Kerana yang ketiga mampu membuat aku rasa tenang walaupun agak penat. ;)

Sunday, January 24, 2010

Minggu Yang agak sibuk Berlalu

Jarang aku rasa betul2 sibuk seperti yang rasakan minggu lepas. Aku pun tak tau la kenapa tiba2 jadual kerja aku boleh sibuk sampai macam tu sekali.

Tiap2 hari jadual aku penuh dengan kerja luar kawasan. Takde satu hari pun aku masuk opis. Pergi pagi, petang aku balik KL. Malas nak dok kat hotel. Leceh.

Lagi pun ada sebab lain kenapa aku balik KL. yang tu malas nak cite dlam ni. Biar simpan dalam hati je. Hahaha..

Thursday, January 7, 2010

Dunia Tanpa Internet

Aduss...
Bosannya...
Broadband aku rosak...
Biasa ada je broadband ngan aku walaupun mana aku pegi. Tapi skrang aku dah xde broadband. Hidup aku dah takde internet. Aku dah jadi macam katak bawah tempurung. Tak tau apa2 perkembangan dunia luar dan hidup aku dah jadi bosan tahap dewa2.
Aku mesti beli broadband baru secepat mungkin.