Sunday, February 28, 2010

Ahad Oh Ahad

Dalam seminggu hanya ada satu ahad. Dan hari ni adalah hari ahad terakhir dalam bulan februari 2010. Dan hari ini juga aku tak paham tentang diri aku sendiri. Aku pening dengan perangai aku sendiri.
Pagi, waktu aku baru bangun tido, aku jadi malas semacam. Apa yang aku plan semalam semua aku tak buat. Kawan aku mesej ajak keluar jalan2 pun aku buat tak paham je.

Sampai tgh ari, di cal blik. baru aku jawab aku tak nak keluar.
Tgh ari tu aku boleh duduk mengadap note book layan movie, tapi aku tak online lansung. Tak pernah aku mengadap note book tanpa broadband.
Lepas zuhur baru aku kelam kabut nak buat semua beda yang aku plan semalam.
Dan petang aku boleh keluar sorg2 sedangkan pagi td mmbr aku ajak aku boleh buat tak tau je. Masa keluar aku rasa tenang semacam smpai keta aku kena himpit pun aku tak marah org tu. Aku boleh potong dia balik, tgk dia and senyum.
Bila dah balik, sampai rumah, aku terpikir balik apa aku dh buat hari ni.

Monday, February 22, 2010

Cap Go Meh

Cap Go Meh melambangkan hari ke-15 dan hari terakhir dari masa perayaan Imlek bagi komunitas kaum migran Tionghoa yang tinggal di luar Cina. Istilah ini berasal dari dialek Hokkien dan secara harafiah berarti hari kelima belas dari bulan pertama. Saat itu juga merupakan bulan penuh pertama dalam Tahun Baru tersebut.

Tapi aku yang duduk di Kuala Lumpur ni rasa cam duduk kat tengah Kota yang sedang berperang. Meletup sana, meletup sini. Bila aku dapat tido pun tak tau la. Mata rasa mengantuk, tapi baru nak terlelap, BOOOOMMMMMM!!!,,, trus jaga balik. Tension giler rasanya dah ni.





Hah, tengok nih, keliling rumah meletup-letup. Memang la bunga api tu cantik. Tapi bunyi dia bising sangat. Kalo la ada bunga api yang tak keluar bunyi kan bagus. Sok nak keje ni. Adusss....

Sunday, February 21, 2010

Tanda-Tanda Orang Dilamun Cinta

Macam mana nak kenal orang yang sedang dilamun cinta?

1. Tumpuan pada kerja atau pelajaran atau apa sahaja perkara menurun (banyak mengelamun).
2. Nasihat keluarga atau kengkawan dibuat endah tak endah (dah angau).
3. Sanggup habiskan duit untuk talipon (call 24jam sehari).
4. Walau penat tahap cipan, tetap sanggup keluar dating.
5. Sanggup berhabis duit untuk si dia (beli hadiah).
6. Masa untuk kengkawan semakin kurang, banyak luangkan masa untuk si dia.
7. Layanan yang lebih kurang daripada si dia boleh membuatkan senyum sampai telinga.

Teluk Intan Semakin Indah



Cuti Tahun Baru Cina yang lepas,peluang yang ada aku tidak lepaskan untuk balik ke kampung halaman ku di Bukit Chawi, Teluk Intan. Cuti selama 4 hari itu tidak aku sia-siakan begitu sahaja.

Pada hari pertama cuti iaitu pada hari sabtu, aku gunakan sepenuhnya untuk mengemas bilik dan rumah sebelum pulang ke kampung halaman. Pada petang sabtu itu juga aku pulang ke kampung. Tidak seperti yang aku jangkakan kerana lebuhraya masih lagi sesak dengan kenderaan yang bertali arus menghala ke utara. Perjalanan yang sepatutnya 3 jam menjadi 5 jam setengah.

Pada hari kedua aku meluangkan masa bersama keluarga dan memotong rumput keliling rumah. Sudah agak lama tidak berpeluh dengan membuat kerja kampung. Pada sebelah malam aku menghadiri kenduri naik buaiyan anak saudara ku dikampung sebelah.

Pada hari ketiga aku meluangkan masa ke Teluk Intan iaitu pekan utama bagi kampung sekitarnya. Terdapat beberapa perubahan setelah sekian lama aku tidak mengunjungi bandar itu. Lampu yang bergemerlapan, sudah terdapat pasar tengah malam yang dipanggil Gerbang Malam. Malamnya juga sudah tidak seperti pekan koboi lagi. Masih riuh rendah walaupun sudah agak larut malam. Aku gembira dengan perubahan kemajuan tempatku.

Hari keempat, aku memeriksa semula keadaan motosikalku yang sekarang digunakan oleh anak buahku yang belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Sudah banyak berubah. Banyak yang perlu diperiksa semula. Dan ada juga yang perlu diganti.

Pada petang itu juga aku kembali ke Kuala Lumpur. Rasa cuti ku pendek dan seperti banyak yang tidak sempat aku lakukan.

Saturday, February 20, 2010

Broadband Ku Kembali

Akhirnya...
Dunia tanpa internet ku berakhir. Aku dah dapat broadband ku semula. Hari pertama dapat aku dah cuba guna, tapi berakhir dengan kekecewaan. Aku tak dapat access internet sebab bil tertunggak. Dia pandai guna jer. Bila dah tak boleh guna, baru pulangkan.
Hari kedua, aku luangkan masa pergi bayar bil. Tapi still x boleh guna sebab kena call center tuk aktifkan balik akaun.
Hari ke tiga aku pegi celcom center tuk aktifkan akaun dan siap upgrade ke line yang lebih laju.
Memang berbeza kalau hidup dah biasa dengan internet. Sekarang hidup aku dah tak bosan lagi.