Sunday, February 21, 2010

Teluk Intan Semakin Indah



Cuti Tahun Baru Cina yang lepas,peluang yang ada aku tidak lepaskan untuk balik ke kampung halaman ku di Bukit Chawi, Teluk Intan. Cuti selama 4 hari itu tidak aku sia-siakan begitu sahaja.

Pada hari pertama cuti iaitu pada hari sabtu, aku gunakan sepenuhnya untuk mengemas bilik dan rumah sebelum pulang ke kampung halaman. Pada petang sabtu itu juga aku pulang ke kampung. Tidak seperti yang aku jangkakan kerana lebuhraya masih lagi sesak dengan kenderaan yang bertali arus menghala ke utara. Perjalanan yang sepatutnya 3 jam menjadi 5 jam setengah.

Pada hari kedua aku meluangkan masa bersama keluarga dan memotong rumput keliling rumah. Sudah agak lama tidak berpeluh dengan membuat kerja kampung. Pada sebelah malam aku menghadiri kenduri naik buaiyan anak saudara ku dikampung sebelah.

Pada hari ketiga aku meluangkan masa ke Teluk Intan iaitu pekan utama bagi kampung sekitarnya. Terdapat beberapa perubahan setelah sekian lama aku tidak mengunjungi bandar itu. Lampu yang bergemerlapan, sudah terdapat pasar tengah malam yang dipanggil Gerbang Malam. Malamnya juga sudah tidak seperti pekan koboi lagi. Masih riuh rendah walaupun sudah agak larut malam. Aku gembira dengan perubahan kemajuan tempatku.

Hari keempat, aku memeriksa semula keadaan motosikalku yang sekarang digunakan oleh anak buahku yang belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Sudah banyak berubah. Banyak yang perlu diperiksa semula. Dan ada juga yang perlu diganti.

Pada petang itu juga aku kembali ke Kuala Lumpur. Rasa cuti ku pendek dan seperti banyak yang tidak sempat aku lakukan.

No comments:

Post a Comment