Kini, hampir segalanya aku sudah mampu penuhi sebagai seorang yang berkerjaya, tapi aku masih ternanti-nanti saat untuk itu. Bukan untuk pergi berseorangan, tapi mungkin bersama-sama seseorang yang aku sendiri masih nantikan untuk pergi ke tempat-tempat seperti itu.
Tetapi untuk kali ini, aku telah pergi bersama keluarga untuk menyambut ulang tahun kelahiran abang iparku yang sulong. Pada kali ini, tidak semua ahli keluarga dapat megikuti rancangan ini. Kerana ada yang tidak dapat cuti. Kami bertolak dari Ipoh lebih kurang pukul 8.00 pagi dan sampai di jeti Lumut lebih kurang pukul 9.00 pagi dan terus menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor.
Lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki feri, kami semua sampai disana dan kami mengambil van sebagai pengangkutan kerana tidak terdapat kereta sewa disana.
Dalam feri menuju ke Pulau Pangor.

Kampug nelayan di sekitar Pulau Pangkor

Setibanya di jeti Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan.

Tempat pertama kami semua lawati ialah tapak sejarah Belanda di Perak.

Bersama yong dan anak buah.

Lokasi kedua dilawati, tokong cina paling tua di Pulau Pangkor dan terdapat ikan Naga sepanjang 2 meter. Gambar tak ada sebab air dia hitam. Tak nampak bila ambil gambar.

Lokasi ketiga kami ialah kilang membuat makanan laut. Tapi tidak dibenarkan ambil gambar. So ada ayat saja dan sempat membeli-belah kat kilang tu.
Dan kemudian kami semua trus ke tujuan sebenar datang ke Pulau Pangkor iaitu mahu menyambut ulang tahun kelahiran abang iparku yang sulong. Sambutan dibuat di pantai Pulau Pangkor sambil mandi-manda. Tapi kek tak ada. Hanya makan-makan biasa dan wish from semua yang datang.
Bebudak bila dah dapat air, memang diaorang seronok giler.

Lepas gambar ni aku pun masuk dalam air, so takde dah gambo lain dalam air.

Selesai mandi-manda, kami semua kembali ke Lumut dan pusing-pusing sekitar bandar Lumut pulak.


Dan yang tidak ketinggalan ialah benda merah aku ni. Mesti ada punya la.
