Sunday, June 13, 2010

Assalamualaikum...
Dah lama tak update blog ni, cerita tentang aktiviti mencandat sotong pun belum ditamatkan. Ini semua gara-gara kehilangan mood yang bukan dari kehendak hati. So, hari ini cerita akan bersambung semula. Lagipun tinggal episod akhir je.

Walaupun dalam keadaan yang sangat meletihkan terutama untuk yang tak tido malam tu untuk meneruskan perjuangan mencandat, kami tetap akan meneruskan aktiviti yang telah dijadualkan. Bermula pada pagi hari terakhir, selepas turun dari bot pada pukul 6.15 pagi, kami semua terus ke tempat yang telah disediakan. Semua dah lembik tahap nak jalan pun macam kena todi. Sampai je kat bilik, sempat menunaikan perkara wajib, dan terus tido. Bergelimpang macam kena bom dalam bilik tu. Tapi ada jugak yang tido kat masjid coz bilik tu dah penuh sangat.
Ini pulak gambar setelah semua bangun dan bersiap-siap untuk balik. Jadual tetap seperti yang dirancang. Selepas semua siap, sarapan pagi kat gerai tepi jalan tak jauh dari kawasan penginapan coz memasing nak rasa suasana kampung. Memang best makanan dia, segalanya terasa segar dan mata pun segar(ada awek ganu). Sempat kami bergambar dengan Pak Ya disaat-saat akhir sebelum balik. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pak Ya atas layanan yang diberikan (service A).

Dalam perjalanan pulang, kami telah dijadualkan akan singgah di satu tempat untuk membeli hasil laut seperti keropok ikan, keropok lekor, dan macam-macam lagi. Sampai ada yang borong sakan. Dan waktu makan tengahari, kami singgah di kedai yang tidak dirancang sama sekali. Ni semua sebab dah terlepas semua kedai, dan kedai makan yang sepatutnya kami singgah tutup. So makan je la. Perut pun dah lapo tahap gaban. Tunggu nak jadi ultraman je. Dlm gambo berdua je coz malas nak download dr FB.

Gambo kenderaan yang digunakan untuk kemana sahaja semasa aktiviti berlansung. Yang warna merah tu paling cantik, tertarik, menarik, senang cite paling best la.

Yang ni plak masa dah sampai Kuala Lumpur. Masa tu dah petang lebih kurang pukul 7.15 petang. Semua muka memang letih giler, tapi hati hapy. Penuh keriangan.

Campur, tolak, bahagi, tambah, darab semua, kos untuk aktiviti ni lebih kurang RM160 seorang. Tu semua untuk kos mencandat (bot, bilik, peralatan mencandat, ais batu, bekas sotong, sedikit makanan, dan minuman), minyak pergi dan balik juga tol pergi dan balik. Makan, shoping, toilet dan lain-lain sendiri tanggung.
Akhir kata, kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini, ribuan terima kasih saya ucapkan. Ini adalah antara aktiviti yang paling jauh pernah diadakan. Semoga akan ada aktiviti yang sedemikian dilain masa.

2 comments:

Opera Hidup said...

salam..

mcm penah tgk kamu ni..

"Gambo kenderaan yang digunakan untuk kemana sahaja semasa aktiviti berlansung. Yang warna merah tu paling cantik, tertarik, menarik, senang cite paling best la."

aku stuju ngan statement kmu tu..

klid_objevit said...

mcm pernah tgk erk?? bila? dimana? siapa saya? siapa awak? huhu..mmg slalu jmpa sblm ni.

Post a Comment