Saturday, January 22, 2011

Kehidupan Hari Sabtu @ ASTM

as-salam semua.....
Hari sabtu yang aman damai ditemani demam dan selsema ditambah sakit2 satu badan campur sakit kepala. Orang semua bising bilik tempat lepak ni panas, aku rileks je pakai sweater. Macam dok kat Amareka. Bebudak ni dari tadi bising main ping pong. Aku malas nak melayan diaorang ni dah. Sengal tak bertempat aku tengok. harap2 takde call sampai Abis keje. Sejam lebih je lagi nak abis waktu keje.

Keje tu ada yang nak dibuat. Tapi demam ni menyebabkan aku malas skit nak buat keje. Taruh isnin ni la keje tu. Kang isnin takde keje plak.

Bersambung di lain kali. Idea tetiba ilang plak nak menulis ni.

Friday, January 21, 2011

Badan Aku makin Lemah

Banyak benda yang aku nak convert dari pemikiran aku ni ke dalam bentuk penulisan. Tapi masa makin tak mengizikkan untuk aku mengadap salah satu benda kesayangan aku ni. Walaupun semua manusia ada 24 jam sehari, tapi 24 jam aku semakin sesak dan perlukan penjadualan semula.

Start minggu lepas aku sibuk. Dalam waktu keje, memang takde rest. Makan minum pun tak tentu masa dah. Minggu ni aku bertambah2 sibuk. Isnin kena standby. Ganti member. Kalau ikut jadual, nama aku takde lagi. Selasa aku kena kerja lebih masa. Rabu pun sama gak dan balik selapas masuk tarikh baru. Then khamis badan aku jadi tak menentu, trus demam campur sakit badan, campur sakit kepala, campur batuk, semua2 ada la. Tapi,,, ada aku kesah semua tu. Jadual aku tetap akan berjalan macam biasa. Aku keluar semua orang tengok. Tengah hari rembang pakai sweater siap zip sampai atas lagi.

Jumaat @ hari ni, sama gak cam semalam, batuk semakin bertambah & belakang leher aku rasa nak putus. Tampal koyok tak rasa apa dah. Urat saraf aku kebal dah agaknya ngan koyok ni. Apa yang lagi kuat dari koyok ni erk. Nak buh minyak angin, kang kotor plak kolar baju aku. Tampal lebih sikit pun sama, tak rasa apa gak.

Kul 8.30 malam ni aku nak masuk keje balik. Ada tempat yang nak kena settle sebelum masuk bulan baru. Jadual yang hari2 pun dah lari, ada plak keje yang lain datang bertimbun2. Terpaksa buat ot tuk cover semua tu. Tapi ok gak. Ot tu. Masyuk skit. Alhamdulillah.... Tapi penat. Nak buat cam mana kan.

Selesaikan tugas dengan seikhlas yang mungkin. Semoga berkat segalanya. Insyaallah...

New Year

as-salam...
Apa dah jadi ngan new year aku. Dok ruumah saja. takde kemana2 pun. Nak kata jmpa memember pun tak. Plan asal nak blk kg. Tp tak jadi coz cuti aku sehari je. Aku kena ganti orang keje plak.
Azam baru? Takde coz azam lama pun tak tercapai lagi. Nak buat azam je. Capai nye tak nak buat apa. So aku nak continue azam lama sampai berjaya then baru buat azam baru. Baru best camtu. Jgn tau buat azam je kan? Kan? Kan?
Tahun baru ni serba baru bg aku. So hidup terasa semakin ceria. Pernah terpikir nak buat hidup cam sekarang, so sekarang cuba dan terus mencuba. Hampir berjaya.
Papepun. Selamat tahun baru.
Terasa makin tua. yang penting rupa tetap muda. Orang boleh tnya adik umur berapa. Perghhhh.... Terasa muda beb..