Banyak benda yang aku nak convert dari pemikiran aku ni ke dalam bentuk penulisan. Tapi masa makin tak mengizikkan untuk aku mengadap salah satu benda kesayangan aku ni. Walaupun semua manusia ada 24 jam sehari, tapi 24 jam aku semakin sesak dan perlukan penjadualan semula.
Start minggu lepas aku sibuk. Dalam waktu keje, memang takde rest. Makan minum pun tak tentu masa dah. Minggu ni aku bertambah2 sibuk. Isnin kena standby. Ganti member. Kalau ikut jadual, nama aku takde lagi. Selasa aku kena kerja lebih masa. Rabu pun sama gak dan balik selapas masuk tarikh baru. Then khamis badan aku jadi tak menentu, trus demam campur sakit badan, campur sakit kepala, campur batuk, semua2 ada la. Tapi,,, ada aku kesah semua tu. Jadual aku tetap akan berjalan macam biasa. Aku keluar semua orang tengok. Tengah hari rembang pakai sweater siap zip sampai atas lagi.
Jumaat @ hari ni, sama gak cam semalam, batuk semakin bertambah & belakang leher aku rasa nak putus. Tampal koyok tak rasa apa dah. Urat saraf aku kebal dah agaknya ngan koyok ni. Apa yang lagi kuat dari koyok ni erk. Nak buh minyak angin, kang kotor plak kolar baju aku. Tampal lebih sikit pun sama, tak rasa apa gak.
Kul 8.30 malam ni aku nak masuk keje balik. Ada tempat yang nak kena settle sebelum masuk bulan baru. Jadual yang hari2 pun dah lari, ada plak keje yang lain datang bertimbun2. Terpaksa buat ot tuk cover semua tu. Tapi ok gak. Ot tu. Masyuk skit. Alhamdulillah.... Tapi penat. Nak buat cam mana kan.
Selesaikan tugas dengan seikhlas yang mungkin. Semoga berkat segalanya. Insyaallah...
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment