Tuesday, June 28, 2011

My Birthday


Ari ni birthday aku yang ke......hehehehe... Apa ada pada umur. Hanya satu angka yang membentuk nombor. Nombor yang menunjukkan usia. Usia dan paras rupa tidak semestinya sekata. Contoh paling dekat aku la. Pegi mana-mana pun, orang akan tegur dan teguran itu biasanya akan menyatakan rupa aku jauh lebih muda dari usia. Itu akan menimbulkan rasa gah dan riak. Biasa bila manusia ini dipuji...

Tapi kadang-kadang tak best gak aku rasa bila usia yang dijangka masyarakat terlalu jauh beza dari sepatutnya. Ada ke patut makcik kedai nasi lemak tanya aku sekolah kat mana. Adusssss... Saya bukan bebudak lagi makcik. Bila aku cakap aku dah abis blaja, makcik tu minta maap sambil gelak. Lagi aku tension. Makcik tu gelak perli aku la tu. Rasa cam nak cancel je beli nasi lemak kat makcik tu.

Dalam kes ni banyak lagi yang best dari yang tak best. Coz biasanya orang teka takde la macam makcik nasi lemak tu teka. Bila orang tanya usia aku, dan biasanya aku akan suruh orang tu teka dulu. Dan seperti yang dijangka, usia aku akan turun mendadak dari yang sebenarnya. Syok weh orang kata kita ni muda. Awek muda tuuu....

So kalu dah diorang teka camtu, aku adjust skit je la bg nampak cam real. Jangan orang kata teka je betul. Teka je betul. Nampak sangat budak ni menipu.

Semalam orang yang pertama wish adalah somebody yang baru aku kenal kat tempat keje aku (nak kata baru sangat tu tak jugak la, sebulan dah kut). Then, hari ni family aku tak lain dan tak bukan kakak-kakak and my Mum and my Dad. Anak-anak buah yang nakal-nakal. Pastu rakan-rakan by sms and facebook.

Memang best bila ramai yang wish and diberi perhatian ni. Yang tak best punya ramai wish, hadiah takde satu pun. Alasan, sapa suruh dok jauh sangat. Memang memilukan hati yang jauh diperantauan ini bila diperkatakakan sebegitu rupa. Pape pun, wish anda semua merupakan satu doa. Aminnnn... untuk semuanya dan terima kasih banyak atas ingatan tulus ikhlas anda semua.

Monday, June 27, 2011

Bila dah BoSan wat keja kt Opisss... Ada sesiapa yg creative ???

Mai nak tunjuk cara nak hilangkan cemuih keja...sengai2 badan...fedup tengok komputer....

1. Mola2...cari lalat, tibai bagi mampoih, tapi jangan sampai terpenyet...

2. Ambik ketaih, susun lalat2 yang mampoih tadi ikut kesukaan...

3. Lukih apa patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu...

4. Hasilnya.... .tadaaaaa. .... mcm kat bawah ni... kalau nak meriah lagi....boh lam frame....











5. Bleh gak guna menatang lain...contohnya lipaih, lipan, katak, belalang, kutu, riang2... nak besaq lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka.....

Ayah, Pinjam Sepuluh Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi… yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya… yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati… pihak syarikat akan senang2 cari orang lain… gantikan kita.

Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?… untuk insan yang kita sayang??

Thursday, June 23, 2011

kam-pung.blogspot.com

My new blog. Semalam dah takde keje nak dibuat, so aku pun try buka satu lagi blog guna akaun baru. Saja nak buat yang pelik2 kat blog tu. Blog yang ada skrang ni private. tak boleh nak buat shttp://www.blogger.com/img/blank.gifesuka hati and publish. So yang ni aku akan post apa je yang terlintas kat fikiran ikut perkembangan dan apa je yang aku rasa ok. tapi risau gak takut kena band. Tau la zaman skrang ni se nak suka hati je orang band orang lain nye blog. Tau2 dah tak boleh masuk. Cari punya cari dah jadik orang lain punya. Memang sakit hati tahap gaban la owner lama.

Harapan sesapa yang pernah terjumpa blog tu, teruskan hebah + heboh + jadi internet tanpa wayar tuk kita tengok sejauh mana blog tu boleh pegi.

Wednesday, June 8, 2011

Rumah Ku Kembali Diceriakan

Sekian lama isi rumah menunggu....
Akhirnya......
Kembalinya dinantikan....
Kembalinya menggembirakan.....
Kembalinya penuh keceriaan.....
Kembalinya sesuatu yang dipanggil kehidupan....

Itulah penantian sesuatu yang paling penting dirumah ini. INTERNET..... Sesungguhnya penantiannya suatu penyiksaan. Sanggup bekerja lebih masa tanpa menghiraukan rumah walaupun tiada kerja nak dibuat ditempat kerja hanya disebabkan tiadanya internet dirumah. Bukan berkerja lebih masa untuk menyambung internet, tetapi kerja-kerja amal sebab kat tempat kerja ada internet dan kawan2. Tak bosan. Kat rumah tak ada internet menyebabkan tahap kebosanan meningkat tahap gaban dan satria baja hitam. Kadang2 boleh bertukar jadi hijau. Hari ini segalanya berubah. Masing2 senyap mengadap laptop sendirian berhad bak anak dara dipinang. Hanya senyuman dan gelak2 manja + mengada2 sambil mengadap skrin laptop.

Aku yang dah lama tak dapat melayan blog ni pun terjebak jugak senyum sendirian berhad depan laptop sambil membaca email + mengedit apa yang patut (rahsia). disebabkan dah lama tak dapat melayan benda ni, so skrang dah terlajak nampaknya. Pukul 1.30 dah ni. Memang klu dah dapat tak sedar diri memasing. Dulu pukul sepuluh dah senyap masuk tido. Yang dengar bunyi dengkur je. Skrang ni pun senyap jugak. Tapi senyap melayan internet. Tak boleh pakai memasing. Sok lewat masuk keje baru tau. Padan muka korang dan aku jugak. So. masuk tido dulu deh....

Wednesday, June 1, 2011

9 Tanda Menikahi Lelaki yang Salah

Untuk mengenali apakah Anda menikahi lelaki yang salah, berikut tandanya:

1. Anda tidak tertarik dengannya
Ketertarikan fisik penting. Jika Anda tak berhasrat melepaskan bajunya, tandanya Anda tak menginginkannya.

2. Anda lebih superior darinya
Kalau pekerjaan Anda atau level pendidikan Anda lebih tinggi dari pasangan, ini bukan jadi masalah besar. Namun, ketika Anda merasa malu atas diri pasangan, dan Anda merasa tak selesa kerananya, jangan pernah menikahinya.

3. Si dia membuat Anda tak selesa
Sikap pasangan yang membuat Anda merasa tak selesa adalah salah satu petanda. Ketika si dia membuat Anda merasa tidak menarik dibandingkan dengan perempuan lain di sekitar Anda, fikirkan lagi untuk menikahinya.

4. Nilai dan persepsi bertolak belakang
Bagaimana nilai yang dianut dan persepsi pasangan tentang berbagai hal memengaruhi hubungan. Jika si dia menjunjung nilai bahwa Anda, sebagai perempuan, tak harus berpendidikan tinggi, tak boleh beraktiviti luar ruang, cuba fikirkan lagi. Apakah Anda dapat bertahan dalam hubungan pernikahan dengan pasangan yang memiliki nilai seperti ini.

5. Si dia terlalu berkuasa
Jika pasangan termasuk jenis pengontrol, fikirkan lagi apakah Anda mahu benar-benar menikahinya. Anda tentu tak selesa ketika semua kegiatan Anda harus atas seizinnya. Atau Anda wajib mengikuti perintahnya untuk menjalankan apa pun aktiviti dan kerutinan sehari-hari.

6. Tak mahu berkomunikasi
Komunikasi merupakan kunci keberhasilan hubungan pernikahan. Cuba kenali, jika saat ini pasangan Anda tak terbiasa berbicara, berbagi cerita, berkomunikasi, mungkin suatu saat ia akan berubah. Namun, jika Anda melihat si dia tak mahu berubah dan enggan berkomunikasi dengan Anda, sebaiknya fikir kembali rencana pernikahan. Menikahlah dengan lelaki yang suka berkomunikasi, maka Anda takkan pernah menyesal.

7. Tak mampu bersikap humoris
Saat pasangan boleh menjalani masa susah dan senang bersama, hubungan pernikahan akan berjalan lancar, termasuk ketika pasangan menikah boleh sama-sama tertawa meski sedang susah. Kebersamaan inilah yang diperlukan pasangan menikah agar dipermudah. Jika pasangan Anda terlalu serius dan tak pandai menceriakan suasana, fikirkan kembali mengenai rencana pernikahan.

8. Si dia berbohong
Kebiasaan berbohong menjadi petanda bahwa si dia bukan pasangan yang tepat untuk Anda. Pasangan yang berbohong menjadi salah satu petanda bahwa ia bukan lelaki yang tepat untuk dinikahi.

9. Keluarga Anda tak menyukai
Hubungan Anda dan si dia memang personal. Namun, penilaian keluarga atau orang terdekat juga penting. Jika orang tua Anda atau orang lain melihat ada yang salah dengan pasangan Anda, cubalah pertimbangkan kembali. Boleh jadi penilaian orang lain lebih objektif.

What Women Want in a Man?

What Women Want in a Man?
1. Handsome
2. Charming
3. Financially successful
4. A caring listener
5. Witty
6. In good shape
7. Dresses with style
8. Appreciates finer things
9. Full of thoughtful surprises
10. An imaginative, romantic lover


Revised List (age 32):
1. Nice looking (prefer hair on his head)
2. Opens car doors, holds chairs
3. Has enough money for a nice dinner
4. Listens more than talks
5. Laughs at my jokes
6. Carries bags of groceries with ease
7. Owns at least one tie
8. Appreciates a good home-cooked meal
9. Remembers birthdays and anniversaries
10. Seeks romance at least once a week


Revised List (age 42):
1. Not too ugly (bald head OK)
2. Doesn't drive off until I'm in the car
3. Works steady ” splurges on dinner out occasionally
4. Nods head when I'm talking
5. Usually remembers punch lines of jokes
6. Is in good enough shape to rearrange the furniture
7. Wears a shirt that covers his stomach
8. Knows not to buy champagne with screw-top lids
9. Remembers to put the toilet seat down
10. Shaves most weekends


Revised List (age 52):
1. Keeps hair in nose and ears trimmed
2. Doesn't belch or scratch in public
3. Doesn't borrow money too often
4. Doesn't nod off to sleep when I'm venting
5. Doesn't re-tell the same joke too many times
6. Is in good enough shape to get off couch on weekends
7. Usually wears matching socks and fresh underwear
8. Appreciates a good TV dinner
9. Remembers my name on occasion
10. Shaves some weekends


Revised List (age 62):
1. Doesn't scare small children
2. Remembers where bathroom is
3. Doesn't require much money for upkeep
4. Only snores lightly when asleep
5. Remembers why hes laughing
6. Is in good enough shape to stand up by himself
7. Usually wears clothes
8. Likes soft foods
9. Remembers where he left his teeth
10. Remembers that its the weekend


Revised List (age 72):
1. Breathing
2. Doesn't miss the toilet