Thursday, July 28, 2011

FalsaFah Buah-BuahAn

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


2. Jadilah Pokok pisang.

Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.


4. Jadilah ubi kayu.

Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.


5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.

Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.


6. Jadilah cili

Semakin tua semakin pedas.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.

Tuesday, July 26, 2011

Penjara Lebih Baik?

DALAM PENJARA
masa dihabiskan dalam bilik berukuran 8' X 10'
TEMPAT KERJA
masa dihabiskan dalam partition 6' X 8'
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
dapat makan 3 kali - Free
TEMPAT KERJA
dapat makan mungkin 1 kali atau 2 kali, itu pun kena bayar sendiri
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
dapat time off jika berkelakuan baik
TEMPAT KERJA
dapat kerja lebih jika berkelakuan baik
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
pengawal akan kunci dan buka pintu untuk anda
TEMPAT KERJA
sendiri mesti jaga, pintu sendiri buka dan kunci, khususnya pintu tandas
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
boleh menonton TV dan play games
TEMPAT KERJA
awak akan dipecat jika asyik tengok TV atau play games
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
kaum keluarga dan sahabat dibenarkan melawat
TEMPAT KERJA
Tidak dibenarkan menerima pelawat daripada kaum keluarga
-------------------------------------------------------------------------------------
DALAM PENJARA
semua perbelanjaan ditanggung kerajaan tanpa perlu buat kerja
TEMPAT KERJA
semua perbelanjaan kena bayar sendiri, kena kerja untuk dapat duit, bayar cukai untuk digunakan oleh banduan dalam penjara...

Jadi tempat mana yg lebih baik ????

Thursday, July 21, 2011

Antara Berlian Termahal di Dunia

Perhiasan cincin, terutama berlian merupakan salah satu item fesyen yang paling digemari perempuan.

Namun untuk mendapatkannya, tentu saja memerlukan kos yang tinggi. Berikut beberapa cincin berlian termahal di dunia.

Berlian biru

Berlian seberat 6 karat itu berwarna biru dan berbentuk seperti titisan air mata. Berlian yang bertatah di atas cincin platinum tersebut dijual oleh Sotheby dengan harga US$7,9 juta.

Berlian berbentuk oval

Dengan harga US$ 4,2 juta , cincin yang bertatahkan berlian putih ini dijual oleh Christie dalam acara pelelongan 'Important Jewels Sale in New York'.
Berlian ini memiliki kejelasan (clarity) dan warna (color) E dan potongan (cut) oval yang membuat tampilannya ini semakin mempesona.

Berlian kuning 'Novo'

Membuat cincin ini berbeza adalah warna berliannya yang special. Cincin 'Novo' ini dihiasi oleh berlian berwarna kuning seberat 25,27 karat dan cincinnya dibuat dari platinum.
Cincin berlian kuning 'Novo' dijual oleh perhiasan ternama, Tiffany dengan harga US$ 1,35 juta .

Berlian Elizabeth Tailor

Cincin ini dihiasi oleh berlian berbetuk bulat seberat 5,98 karat pada bahagian tengah dan berlian 3,96 karat pada sekelilingnya. Cincin milik mendiang Elizabeth Tailor ini bernilai US$ 1,3 juta ini memang memiliki keterampilan yang sangat luar biasa.

Berlian merah jambu

Cincin yang dijual oleh perusahaan pelelongan antarabangsa, Christie di Hongkong dengan harga US$ 10,8 juta dinyatakan sebagai cincin berlian termahal di dunia.
Hal ini disebabkan rekabentuknya yang istimewa. Cincin tersebut bertahtakan berlian 5 karat berwarna merah muda dan dihiasi oleh berlian putih pada sisi kiri dan kanannya.

Rahsia di Balik 'Ciuman'


Ciuman selain merupakan ungkapan perasaan yang muncul, juga kerap diandaikan sebagai memulakan hubungan bercinta.

Berciuman tentu sangat menyenangkan, saat kita merasa begitu bersatu dengan pasangan seraya merasakan debar jantung dan hembusan nafasnya. Bukan hanya itu, dibalik nikmatnya ciuman mengandungi sejumlah fakta menarik. Apakah fakta tersebut?

Bukan hanya sekadar chemistryCiuman paling menyenangkan dilakukan Saat pasangan sudah saling memiliki hubungan emosional yang kuat dan suasananya tepat, bukan hanya sekadar memiliki chemistry.
"Tidak ada satu formula yang benar-benar tepat tentang ciuman paling hebat, perlu banyak formula," ujar Kirshenbaum.

Bentuk bibir VS Gairah
Menurut Kirshenbaum, hanya dengan sedikit sentuhan warna pengilat di bibir dapat memanipulasikan beberapa bahagian di otak dengan cukup sigfinikasi. Bahagian itu biasanya hanya dapat dibangkitkan dengan stimulasi seks.

Ciuman merupakan tradisi lama
"Bukti tertulis yang dibuat oleh orang India dalam bahasa Sanskret, ciuman dilakukan pertama kali 3.500 tahun lalu , meski begitu, aktiviti serupa (berciuman) juga boleh ditemukan pada spesies lain. Manusia memang sudah lama melakukan hal ini sejak ada di bumi," ujar Kirshenbaum.

Masih dianggap tabu
Ciuman merupakan aktiviti yang cukup universal dan diketahui banyak orang, ternyata tidak semua orang menganggapnya menyenangkan.
Berdasarkan catatan antropologi Helen Fisher, beberapa suku di Afrika Selatan menganggap ciuman sebagai hal menjijikkan. Malah beberapa orang di Afrika Timur dan Amerika Selatan, tidak mengenal ciuman.

Lidah 'alat' vital berciuman
"Dalam hal ciuman, ada perbezaan besar antara lelaki dan wanita. Lelaki lebih suka melakukannya dengan basah dan mulut terbuka, sementara wanita tidak suka kalau terlalu banyak menggunakan lidah," ujar kirshenbaum.

Kenapa lelaki suka memakai lidah?
"Dengan mulut terbuka dan melalui lidahnya lelaki meningkatkan hormon testosteronnya," tambah Kirshenbaum lagi.

' Alat' mempererat hubungan
"Berciuman secara teratur untuk pasangan menikah boleh membuat hubungan anda dan pasangan semakin sihat," jelas Kirshenbaum.
Kenapa? Saat berciuman, anda dan pasangan mengeluarkan oksitosin, hormon yang membuat anda semakin dekat dan saling mencintai.
"Bercium merupakan cara yang baik untuk menstimulasi oksitosin," tambahnya. Untuk pasangan yang sudah menikah lama, Kirsenbaum menyarankan meluangkan waktu setiap hari untuk berciuman.

Ciuman boleh membuat kecanduan
Anda pernah mencium pasangan dan ingin terus melakukannya? Jangan kuwatir, hal itu wajar kerana memang ciuman boleh menimbulkan kesan seperti kecanduan.
Ketika bercium, tubuh menghasilkan hormon dopamine. Saat seseorang baru menjalin asmara, hormon ini akan menjadi sangat banyak. Makanya pasangan yang baru dimabuk cinta jadi kecanduan berciuman.

Wednesday, July 13, 2011

Gula Boleh Sembuhkan Luka??



Mungkin terdengar aneh, gula yang selama ini lebih dikenal sebagai pemberi rasa manis pada makanan ternyata boleh menjadi salah satu ubat di dapur anda untuk mengubati luka. Perkara ini sudah dipakai sejak 1700 SM oleh para tabib di Mesir.
Fungsi gula dalam penyembuhan memang cukup banyak. Secara amnya gula memiliki antibakteria dan melambatkan pertumbuhan mikroorganisme. Gula juga menyerap kelembaban dan mengurankani pembengkakan yang biasa terjadi pada luka.

Di Argentina para ilmuwan dari Universiti Buenos Aires memberikan luka jangkitan 120 pesakit dengan gula butiran dan menemukan 99 peratus kes jangkitan bakteria sembuh dalam 9 hari hingga 17 minggu.

Para doktor di Delta Medical Center di Greenvile, Amerika juga melaporkan kejayaan yang sama dalam kajian selama 5 tahun yang melibatkan 605 pesakit yang menderita luka bakar,kudis , atau luka calar.

Doktor dari Greenvile itu mengatakan terapi yang merupakan kombinasi dari gula dan iodine-povidine, agen anti jangkitan ringan, meberikan hasil yang lebih baik dibanding berbagai ubat luka lain.

Mereka menemui luka pesakit lebih cepat sembuh berbanding dengan terapi biasa. Kesan parut luka juga sangat sedikit. Selain itu penggunaan antibiotik juga berkurang.

Satu hal yang harus diperhatikan dalam menggunakan gula sebagai "ubat" adalah memastikan perdarahan luka telah berhenti sepenuhnya selama 24 jam sebelum anda menggunakan gula.

Sunday, July 10, 2011

Lirik Senyum (Malique Ft. Najwa)

Senyum senyum senyum
senyum senyum

verse

kacak luar
kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali

kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit

chorus

senyum
tak perlu kata apa-apa (4X)

akhirnya sempurna tiga album pertama
bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
dah ku kata kau takkan henti sampai tua bangka
kalau habis abjad aku rap dengan angka

satu dua tiga anugerah diterima
oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
tersenyum tiap kali kalah dengan nurhaliza
ditertawakan oleh anak ku ika medina

oh ika medina orang secantik nama
cantik luar cantik dalam cantik macam mama
hati macam grandmanya anginnya macam papa
kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana

sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
wanita hari ini jaga sensetiviti
kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

ulang verse

ulang chorus

ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
aku bukan rupawan aku bukan jutawan
tapi aku punya satu senyuman yang menawan

baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
dengar kata hati perasaan jangan dilawan
kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
duduk dulu biar ku belanja kopi secawan

apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

tu boleh pun senyum cantiknya gigi
sepuluh markah penuh harusnya kuberi
wanita hari ini harus pepandai puji
kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
kalau tak pun aku masih mahu cubit

ulang verse

ulang chorus

ulang verse

senyum :)

Friday, July 8, 2011

Hard Disk Pertama - 305 RAMAC

Hard disk pertama di dunia telah dikeluarkan oleh IBM pada September 1956 dengan nama 305 RAMAC.

Pada 4 September 1956, IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia yang berharga $250.000. Kapasiti hard disk ni cuma 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3. Berat hard disk ni memcecah 1 TAN!


Saturday, July 2, 2011

Nyamuk Pilih Kasih?


Nyamuk terkadang sering pilih kasih.Sering menyerang orang-orang tertentu dibanding yang lainnya. Banyak teori yang menjelaskan hal ini. Salah satunya adalah penelitian dari Jonathan Day, profesor bidang medical entomology dari University of Florida. Menurut penyelidikannya, sekitar 20 peratus manusia adalah sasaran yang paling disukai nyamuk.

Ia juga menyatakan, ada dua perkara yang membuat nyamuk tertarik untuk menggigit anda. Yang pertama adalah faktor visual. Nyamuk adalah binatang yang sangat visual, terutama menjelang malam. Nyamuk biasanya akan mencari orang-orang yang berpakaian warna gelap, seperti hitam, biru tua, dan merah, biasanya akan jadi mangsa utama, kata Day.

Faktor kedua adalah suhu tubuh. Orang yang memiliki suhu tubuh lebih hangat, seperti orang berbadan gemuk atau wanita hamil, biasanya lebih menarik nyamuk daripada yang suhu tubuhnya lebih dingin.

Perkara lain yang juga menjadikan anda sasaran nyamuk adalah aroma tubuh. Menurut Joseph Conlon, seorang medical entomologist dan penasihat untuk American Mosquito Control Association, ada beberapa aroma tubuh yang biasanya disukai nyamuk, salah satunya yang dikeluarkan saat selepas anda bersenam.

Fakta menarik lainnya, beberapa jenis nyamuk gemar menyerang di bagian kaki kerana tertarik akan aroma yang dikeluarkan oleh bakteri di area ini. Sementara ada juga nyamuk yang menyerang daerah kepala, leher, dan lengan kerana bahagian ini cenderung lebih hangat dan mengeluarkan aroma tertentu.