Saturday, September 10, 2011

Apek Oh Apek

(Real story fwd to me)

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass…

"Encik ah... tanya sikit ah... itu Chimpeng mana ah...?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng... saya sudah tanya itu guard ah... dia ckaap sini ada satu Chimpeng..."

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh... Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah... itu Chimpeng balu punya... Saya mau pigi angkat wang la..."

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa? Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma... lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng... itu balu punya Peng..."

Adoi... benggap punya apek... buat aku pening je... dia actually cari CIMB Bank...

hehehehe

Satu Hari Di hari Cuti

Ari ni pun bangun lambat lagi...ishhh.....bile la nak ubah perangai ni. Sedar awal dah, tapi malas nak bangun. Dok golek-golek-golek sampai matahari dah nak tegak, baru nak bangun. Pastu kelam kabut nak buat apa yang dah di plan.

Cam biasa la, bila hari minggu baru nak buat kerja-kerja yang memang patut dibuat di rumah ni. Biasa la rumah bujang kan??? (jangan nak kutuk!!!). Mula ngan basuh baju, fuhhh...nasib baik semalam dah basuh skit. Ari ni basuh baju kerja je.. Pastu kemas bilik, alamakkk,,,banyak plak benda yang nak di alih dulu baru blh sapu..alih smua barang, sapu dan sapu dan sapu, susun balik smua barang, OK.... kemas dah... Pastu sapu ruang tamu plak... Sama gak... Banyak barang nak alih...ishhh...ada sarang labah-labah plak..sapu-sapu-sapu...dah siapppp... Kemas dapur plak...hargghhhh....penat jugak... Tengok member tgh cuci bilik air pas dia basuh baju. Ermmm.... best wat keje coz tak buat sorang-sorang..



Pastu sambung apa-apa yang patut plak. yang kecik-kecik yang patut di basuh or dicuci. tengok kipas siling kat ruang tamu,, kotor jugakkk... minggu depan la..tak larat dah.. Baru pas mandi dah berpeluh balik.. Buka laptop, on online radio sambil tengok apa yang patut. Pastu gatal tangan nak menulis plak.. Tapiiii,,, ada idea ke???

Ermmmmm... Merepek je la... Anggap penulisan satu luahan sambil menunggu seseorang call. Dia tengah sibuk ada majlis, so malas nak kacau. Tadi pun dia dah kena usik ngan cousin dia, mesti muka dia dah merah.. Sambung merepek dan terus merepek (tak blh tulis smua) sambil senyum-senyum-senyum...

Perut rasa cam lapar la pulak. Tadi member kata nak masak je. Tapi tak tau lagi apa yang nak dimasak coz kat rumah ni barang banyak dah abis. Malas nak eli coz bulan posa ari tu confirm takkan masak nye.. Kena gi shoping = membeli belah la dulu nampaknya. Tetiba member datang bagi idea nak masak bihun, aku tak pandai masak, so aku ikutkan je. Aku klu suh campak-campak dalam kuali tu boleh la.



Ermmm...Abis dah idea nak merepek.. Nak tunggu member siapkan kerja dia, pastu nak gi shoping barang tuk dimasak ari ni..

Friday, September 9, 2011

LaMa DaH TaK uPDaTe "TeNGTaNG aKu"

Hari ni hari jumaat + hari cuti bagi tempat dimana aku bekerja. So aku ambil peluang yang ada untuk merehatkan diri serehat-rehat yang mungkin. Tapi tak sangka la pulak petang aku kena turun site. Turun site pun bukan ada masalah besar,cuma yang di plan tak menjadi dan terhalang + terpaksa di cancel je la.

Pagi tadi plak aku wat tak tau je ngan apa yang aku plan tu, maklumlah, tabiat lama tu tak boleh nak dibuang lagi. Masih menjadi tabiat utama waktu pagi. So, pas waktu jumaat, wat apa yang patut dulu kat rumah, pastu dapat col suruh datang site coz ada problem. Sampai kat site, problem kecik je. Rasa cam tension la gak. Tapi dah makan tghari n mnum smua org support, ilang rasa nak marah n tension tu.

Tambahan pulak aku ni bukan la jenis yang suka-suka nak marah or cepat marah. Abaikan semua tu, wat je cam biasa. sok masih lagi hari cuti and boleh je wat benda tu malam ni or esok.

Tadi aku check kat rumah dah ada internet balik, itu salah satu yang boleh membantu + memudahkan segala kerja aku pasni. Maklumlah... hidup kat zaman teknologi ni, benda camtu dah jadi sangat-sangat penting. Zaman dulu orang kata membazir, zaman pertengahan klu takde orang kata ketinggalan, tapi skrang klu takde tu sangat mustahil.

Skrang aku kat tempat keje and tak tau nak merepek apa sangat, baik aku stop je kat sini dulu sebelum otrang tak paham apa yang aku nak tulis sebenarnya....