Friday, December 11, 2009

Tool..

Arghhh.....
Tool yg paling aku sayang hilang. Tensionnya.. Jatuh mana aku pun tak tau. Punya la aku jaga benda tu, tau-tau semalam nak pakai kat Bayan Lepas dah takde. Hari sebelum tu aku buat keje kat Pengkalan Hulu. Mesti jatuh kat sana.

Aku sayang sangat benda tu sebab dia pelbagai guna. Walaupun benda tu tak mahal, tapi dah banyak jasa dia. Aku dah angkut dia pusing satu Malaysia. Nepal pun dia dah sampai. Tub2 hilang camtu je. Sedihnya..

Sunday, December 6, 2009

Jalan Dengan Family


Hari ahad yang cerah ni memang sesuai tuk pegi jalan-jalan. kebetulan pulak family abang datang ke KL. So peluang ni aku tak lepaskan untuk merapatkan slaturahim antara keluarga.

Ingat tak ramai sangat, coz tiga keluarga and aku sorang yang masih bujang. So plan untuk pegi dua buah kereta. Tapi tak muat pulak. Naik tiga kereta, selesa sikit. Tu ikut plan asal la.

Tapi bila dah masuk kawasan KL, jalan boleh tahan jugak jem nya. So, plan bertukar naik tren. Naik dari Chow Kit, pergi ke KL Sentral and ambik tren pegi KLCC. Dalam tren pun ramai gak orang. Aweks pun ramai. Sempat la cuci mata. Hahaha...

Sampai KLCC, jalan-jalan kawasan taman. Pastu pusing-pusing window shoping, tapi barang mahal wooo.. Then sempat gak la tengok barang komputer coz kebetulan ada PC fair kat KLCC. Tapi tak sempat nak sambar pape pun. Barang macam tak bape menarik. Orang ramai sangat sampai rasa serabut tahap cipan.

Bila rasa dah serabut giler, pegi solat asar, pusing-pusing tengok air pancut, solat maghrib, and peristiwa lawak berulang kembali. Pegi bukan main naik TREN, balik naik TEKSI. Aku tak boleh terima betul. Tu semua idea abang ipar aku. Sebelum balik, buat open table and sampai rumah mak and bapak budak semua macam nak pengsan. Penat jalan. Bebudak seronok giler sampai nak pegi lagi esok. Hahaha....

Allah Lebih Sayangkan Dia

Tiba-tiba aku terkenang kenangan bersama nenek sebelah emakku. Pada hujung minggu yang lepas aku sempat melawatnya. Pada masa tersebut, arwah masih terlantar dihospital.

1 Disember 2009. Satu tarikh sedih bagi seluruh keluarga Hajah Hamidah yang ketika itu berusia 83 tahun. Arwah telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.30 pagi selasa yang lalu. Hanya bacaan ayat Al-Quran dan doa mengiringi arwah.

Hampir satu bulan arwah menderita sakit jangkitan kuman pada paru-paru. Pada hari selasa yang mendung itu, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dikatakan semua anak arwah berada di hospital pada ketika itu. Jenazah telah dikebumikan selepas asar pada hari yang sama.

Tidak dapat aku katakan bagaimana sedihnya apabila seorang demi seorang ahli keluarga aku pergi mengadap Allah Yang Maha Esa. Hanya ungkapan "Allah lebih sayangkan arwah" yang kedengaran untuk memberi ketenangan kepada semua ahli keluarga.

Semoga arwah Hajah Hamidah diberi ketenangan di alam kubur, dan mendapat Syurga di alam akhirat nanti.
Al-fatihah..