Thursday, April 29, 2010

Penat Tapi Gembira

Penat jugak. Dah lama tak kena keje luar camni. Selalu dok opis jer. Sekali kena keluar, bila balik rasa macam orang tak dapat balik rumah sebulan. Padahal baru 3 hari. Drive jauh-jauh ni orang kata bosan. Pada aku sama jer. Kena plak yg jenis cam aku ni, suka berseorangan. Tapi pegi kali ni berdua. Memang confirm tak bosan.

Hari pertama aku pegi Kedah. Bertolak dari KL pukul 4 pagi, sampai lokasi lebih kurang pukul 9 pagi. Hehe.. Memang cepat, coz masuk jer highway, terus jadi pelesit. Tak laju sangat. Laju sikit jer. Lepas ipoh trus jadi pemandu berhemah.

Petang tu jugak aku terus ke Pulau Pinang. Dua hari kat sana. Sambil menyelam, minum air. Tu pepatah orang tua la.

Sebelum ni satu pulau aku dah pusing. Tapi Bukit Bendera aku tak pernah naik. So hari ketiga aku sempat ke sana. Semuanya berakhir dengan kehampaan. Tengah renovate. Hiss...time ni la nak renovate nya. Esok-esok tak boleh ker. Bagi la aku naik dulu. Dah la nak pegi sana sesat. Aeiiii... Geram tul la.

Dok Penang dua hari, makan nasi kandar dua kali, nasi beryani sekali. Terbaik punya. Nasi kandar pelita tuk malam sampai penang. Nasi beryani (apa erk? tak hingat la pulak. nnti update) tuk hari pertama. Nasi kandar line clear tuk hari kedua. Dok lama-lama kat sana, confirm muka cam mamak.

hari ketiga jugak aku blk KL. Dari penang pukul 1 lebih (tengah hari), aku sampai KL lebih kurang pukul 5 petang (sampai tol duta). Hantar member dulu, sampai rumah dia (Bangsar) pukul 6 petang (jalan jem giler). Sampai rumah aku (Gombak) pukul 7 petang (jem tahap cipan - siput pun laju).

Saturday, April 24, 2010

Kenapa Tak Cuba

Lama dah aku tengok orang main benda ni. Hari-hari dia manage blog and main klik-klik kat web. Aku pelik gak mende yang diaorang main. Aku pun mula nak tau and akhirnya aku tau la apa yang dinamakan cari duit dari internet.

Nak buat macam tak susah. Cuma buat blog or web tuk publish pada orang ramai. Pastu main trafik tuk blog tu coz lagi tinggi trafik, lagi bnyk iklan yang orang nak buh kat blog or web kita. Masa tu la boleh buat duit. Selain tu ada cara lain tapi makan masa juga la.

Cari duit banyak mana pun tak kan cukup. Tapi kita mesti ubah tahap kehidupan. Yang penting, "Usaha Tangga Kejayaan". Lambat and penat... "Usaha LIF Kejayaan". Hehe.. Lebih cepat dan mudah.

Friday, April 23, 2010

Celcom Oh Celcom

Jumaat - Yang aku sendri pun tak tau best or x. Pagi-pagi dah bangun lewat. Tengok kat PC cite yang download semalam x abis lagi walaupun semalam tinggal 15% nak complete. "Satu malam pun x complete" hati aku merungut. Broadband sekarang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat slow. "Kenapa laa.... Bayar mesti cepat, line lambat takpe plak" merungut lagi. Dah hampir seminggu line celcom teruk. Bukan kat rumah jer. Kat opis pun sama. Call celcom support dah bnyk kali. " Kami minta maaf atas segala kesulitan, nanti technical kami akan check". Alasan yang sama dari dia punya support. Call 10 ratus kali pun sama jugak. Adussss...