Wednesday, September 29, 2010

Majlis Perkahwinan Norizwan Shah & Wan Rohayu

Ahad ari tu aku menghadiri majlis perkahwinan Norizwan Shah (staf MGSB) ngan Wan Rohayu (staf imigresen putrajaya) yang berlansung kat putrajaya. Aku pegi ngan geng penyamun2 ni la cam biasa. Cuma kali ni kurang sorang penyamun. Aku tak pasti kenapa dia tak nak pegi. Berkumpul kat Wangsa Maju sebelum pegi. Rumah member. Ex-MGSB dulu. Terus pegi sana and jadi kengkawan dia yang paling awal sampai. Naksib baik ada geng satu keta sampai serentak. Kalau tak mesti bosan giler. Datang kali ni aku malas nak tangkap gambo coz aku pakai hp je, yang lain semua keluor kamera gempak2. Stok propesional punya. So aku mampu mewakilan ayat dan idea yang tercetus dari pemikiran je la untuk menggambarkan. Majlis berlansung kat dewan ape ntah (lupa plak) kat persint 9. Meriah jugak la. Persiapan 'A' clas. Bersanding atas pentas lagi. Pastu staf yang lain sempat bergambar ngan pengantin. Geng penyamun dah balik awal. Pegi melepakkan diri kat Alamanda jap. Pastu gerak balik n aku pegi rumah terbuka akak aku plak kat Kepong.

Dugaan

Aku nak keluar pegi beli hadiah wok kawin n ambik duit nak bayar sewa rumah n keta, keta tak boleh nak start plak. Bateri dia kong. Ari sabtu ari tu dah jadi dah. Tapi ahad tu dia ok. So aku bajet dah ok la. Isnin tu aku tak try start coz aku tgk meter tuk bateri tu doblas point something lagi. So maknanya ok lagi. Kuat lagi bateri tu. Alih2 semalam aku nak kuar tak boleh plak dah. Meter tu tunjuk seblas point something. Sepatutnya boleh hidup, tapi bila start trus emua padam. Macam bateri flat terus. Try bnyk kali pun sama gak. Dah la waktu malam camni. Malas aku nak jadi pomen memalam camni. Esok2 la aku layan keta ni. Time camni la dia buat hal. Dah la tengah kering. Dia nak duit plak. Minggu ni nak balik kampung. Duit lagi. Dugaan..

Friday, September 24, 2010

Koje + Keje = Penat weh....

Dua tiga hari ni memang penat skit. Bnyk nya la keje. Sana sini breakdown. Orang tgh dlm mood raya lagi ni, dia nak breakdown plak. Bagi la peluang nak menghayati raya ni lama skit. Ari rabu ari tu je dah ada 5 breakdown. Terkejo2 di buatnya. Dah la ari tu keje dua orang je. Sorang lagi cuti. Blum sempat siap yg lima tu, dah dpt call yg lain plak. Memang kaw2 dia bagi keje start rabu tu.
Semalam dok pening pikir problem kat HKL. Memula dia bagi problem lain. Lepas tu dia dapat problem lain. Settle problem 1st, dtg problem lain. Berjangkit2 plak dia. Hari ni plak tengah dok pening mikir problem kat HKL gak. Ni tak tau lagi blh sttle or tak. Harap2 dia tak buat perangai. Settle la cepat. Tak larat dah ni. Semalam nye problem, balik rasa nak demam. Hari ni nye jangan terus demam sudah. Sok aku nak g service keta ni. Minggu depan aku nak balik kampung.