Tuesday, November 16, 2010

Hari raya Korban

Malam ni malam hari raya korban tuk tahun 2010. Aku kat KL lagi. Tahun ni tak balik raya coz raya tengah2 minggu. Balik hujung mgu ni nanti. Masa ni baru lepas menggodek laptop ngan my new External HDD. Tak tau nak buat apa dah. nak keluar malas coz kat luar tu hujan renyai2. Rahmat turun sempena masuk hari raya korban.

Kat area tempat aku ni, khemah dah sedia, peralatan pun aku tengok dah ada sampai tadi. Haiwan tuk dikorban pun ada dah. Sok mesti meriah giler. Tapi abang ipar aku ajak join dia kat area tempat dia. Kat sini pun aku just jiran tetangga biasa. Takde pape pun. Kat sana abang ipar aku AJK rukun tetangga. So klu g sana cam ok skit.

Tapi nak tolong apa. Aku bukan reti benda2 camni. Pastu tengok darah banyak kang aku plak yang tombang. Satu hal plak nak menjaga aku. Hilang meriah korban sebab aku tombang. Aku rasa baik aku pegi tengok2 dari jauh je yang kat tempat abang ipar aku tu. Paling kuat pun tolong masa dah lepas aktiviti utama. Coz lepas sembelih aku dah takde hal. Jangan ada darah banyak2 je.

Apa la kelemahan aku tak blh tengok darah ni. Rugi rasanya tak dapat tolong orang korban. Masa paling best plak tu. Ermm... Tunggu la kalau dapat join korban kat kampung nanti. Aku nak kentalkan diri join gak. Apa nak jadi, jadi la...

My New External HDD 1TB

Benda ni aku bukan nak beli dengan sengaja. Aku jengjalankan diri kat Low Yat ngan member ahad lepas tuk cari dia nye HP. Dia nye Hp lama rosak. Tak boleh nak cas, coz tempat cas kat HP tu dah problem. So dia nak cari p baru je. Malas nak layan Hp tu dah. Dia kata pernah repair dulu and nak merasa pakai HP canggih skit.

Dia ajak aku teman and bagi pendapat skit Hp apa yang menarik. Aku yang dah lama tak mengikuti perkembangan Hp ni tak tau nak suggest apa kat dia. Yang aku tau aku nak HP Samsung Galaxy S tu. Memang dah lama aku nak try pakai Android plak. Apa kelebihan Android berbanding Symbians. Aku bagi je kat dia tengok majalah Hp abang ipar aku yang tiap2 bulan dia beli tu. Suh dia pilih dulu mana yang berkenan and baru aku komen.

So dia berminat yang pakai keypad, bukan yang touch screen coz dia ni pun jenis ganaz jugak guna benda camtu. So dgn dia punya bajet, dia nak angkat nokia E71 dan yang seangkatan dengannya. So cari punya cari and compare punya compare, dia jatuh hati kat E5. Aku pun setuju gak ngan yg tu. Dia bukan kaki video call nak ambik yang ada camera depan (3G) tu. Dia ni kaki main sms je. Pastu suka ambik gambo. Yang ni save skit bajet dia. Pusing2 dan tawar-menawar, dapat la E5 ni ngan harga RM730 tuk full package dia, dapat screen cover and install Garmin. Kalau E71 RM1050. Banyak tu savenya.

Pastu aku pusing kat bahagian pc plak coz nak survey harga mainboard Core 2 Duo complete. So pusing2 dan kira2, mainboard + processor Core 2 Duo + RAM DDR3 1G = RM 420.00. Aku rasa dah tak larat nak pusing dah ni. Bukan nak beli pun. Budak tu nak tau harga je dulu. Sambil tu beli abang ipar nye pendrive Kingstone 8G = RM38.00.

Masa beli pendrive tu la. Aku menjejakkan kaki keluar je dari kedai tu, ada satu amoi bagi aku list promotion kat kedai dia. Aku ambik n trus jalan nak balik je. Dah lepas kedai dia, aku belek2 kertas tu trus ternampak harga External HDD tu. Macam tak percaya!!!. Trus aku tarik tangan member aku and pusing balik. Promosi clear stock tuk tiga hari. External HDD Seagate 250G = Rm99.00. External Hdd Seagate 1TR = Rm 189.

Perghhh... Mana nak dapat. Setau aku harga tu tuk Seagate 320G. Kalau Buffolo dapat 250G je sama ngan Samsung. Kalau Western Digital or Trancern dapat la 500G. Ni 1TR beb. Aku yang memang nak guna duit kelain terpaksa berpikir panjang sepanjang panjangnya. Kalau tak ambik melepas. Time aku tengah pikir ada mamat tu rembat satu. So tinggal satu je last. Adusss... Pikir lama lagi ni mau ilang. Yang 250G bnyk la lagi. Sapa nak. Aku dah ada satu 250G. baik aku rembat 1TR trus. Tanpa membebankan otak dah, trus jadik. Melayang RM189 tuk external HDD 1TR.

Tapi tak menyesal coz backup notebook aku, letak smua movie, video and lagu aku yg dlm Laptop ngan yg dlm External 250G aku tu. Baru guna 20%. Memang puas ati. Aku tgh try nak penuhkan 50% coz nak tengok dia punya keupayaan. Takut laptop aku ni je tak mampu nak tahan coz dia support USB 3.0. Laptop aku USB 2.0 je. Aku nak over clock Laptop aku dulu. Pastu kita cuba try test tengok kemampuan External tu plak. Jangan Laptop aku yg berasap sudah. Mau nangis woooo....

Saturday, November 13, 2010

Fuhhh... Risauuu...

Minggu ni aku banyak abiskan masa kat bengkel. Kebetulan plak minggu ni diaorang slalu tutup lambat. Aku pun yang dah malas nak menjejalankan diri jauh2 ni melepakkan diri dekat2 sini je la. Bengkel ni paling dekat.

So dalam minggu macam2 jadi. Dan kebanyakkannye keta rosak yang datang sangkut paut ngan enjin. Dan yang paling ngeri, Timing belt putus. Member plak tu. Pakai enjin orang kaya (6a10), tup2 timing belt putus. Bukan bawak laju pun. Bila buka enjin, smua dah tak boleh pakai. Kena tuko enjin seketul. Mati wooo... Mana nak cari modal.

Pas dua tiga hari, sorang lagi timing belt putus. Time tu dia tengah berhenti. Bawak g bengkel, buka enjin, valve je bengkok. Yang lain boleh pakai. Enjin pun 4g15 je. So selamat la member sorang ni. Semalam sorang pakcik ni towing keta anak dia. kata belt putus gak. Adussss.... musim timing belt ni.

Aku pun ambik keputusan petang tadi g check belt aku. Walaupun blum cukup 50 ribu km. aku ambik langkah berjaga2. OK lagi. Tapi aku tetap risau coz semua ni kadang2 nasib. Belt baru, bearing boleh buat hal. Enjin dah pelik2 ni kena jaga lebih skit. Kang dia sakit, tuan dia dua kali sakit.