Benda ni aku bukan nak beli dengan sengaja. Aku jengjalankan diri kat Low Yat ngan member ahad lepas tuk cari dia nye HP. Dia nye Hp lama rosak. Tak boleh nak cas, coz tempat cas kat HP tu dah problem. So dia nak cari p baru je. Malas nak layan Hp tu dah. Dia kata pernah repair dulu and nak merasa pakai HP canggih skit.
Dia ajak aku teman and bagi pendapat skit Hp apa yang menarik. Aku yang dah lama tak mengikuti perkembangan Hp ni tak tau nak suggest apa kat dia. Yang aku tau aku nak HP Samsung Galaxy S tu. Memang dah lama aku nak try pakai Android plak. Apa kelebihan Android berbanding Symbians. Aku bagi je kat dia tengok majalah Hp abang ipar aku yang tiap2 bulan dia beli tu. Suh dia pilih dulu mana yang berkenan and baru aku komen.
So dia berminat yang pakai keypad, bukan yang touch screen coz dia ni pun jenis ganaz jugak guna benda camtu. So dgn dia punya bajet, dia nak angkat nokia E71 dan yang seangkatan dengannya. So cari punya cari and compare punya compare, dia jatuh hati kat E5. Aku pun setuju gak ngan yg tu. Dia bukan kaki video call nak ambik yang ada camera depan (3G) tu. Dia ni kaki main sms je. Pastu suka ambik gambo. Yang ni save skit bajet dia. Pusing2 dan tawar-menawar, dapat la E5 ni ngan harga RM730 tuk full package dia, dapat screen cover and install Garmin. Kalau E71 RM1050. Banyak tu savenya.
Pastu aku pusing kat bahagian pc plak coz nak survey harga mainboard Core 2 Duo complete. So pusing2 dan kira2, mainboard + processor Core 2 Duo + RAM DDR3 1G = RM 420.00. Aku rasa dah tak larat nak pusing dah ni. Bukan nak beli pun. Budak tu nak tau harga je dulu. Sambil tu beli abang ipar nye pendrive Kingstone 8G = RM38.00.
Masa beli pendrive tu la. Aku menjejakkan kaki keluar je dari kedai tu, ada satu amoi bagi aku list promotion kat kedai dia. Aku ambik n trus jalan nak balik je. Dah lepas kedai dia, aku belek2 kertas tu trus ternampak harga External HDD tu. Macam tak percaya!!!. Trus aku tarik tangan member aku and pusing balik. Promosi clear stock tuk tiga hari. External HDD Seagate 250G = Rm99.00. External Hdd Seagate 1TR = Rm 189.
Perghhh... Mana nak dapat. Setau aku harga tu tuk Seagate 320G. Kalau Buffolo dapat 250G je sama ngan Samsung. Kalau Western Digital or Trancern dapat la 500G. Ni 1TR beb. Aku yang memang nak guna duit kelain terpaksa berpikir panjang sepanjang panjangnya. Kalau tak ambik melepas. Time aku tengah pikir ada mamat tu rembat satu. So tinggal satu je last. Adusss... Pikir lama lagi ni mau ilang. Yang 250G bnyk la lagi. Sapa nak. Aku dah ada satu 250G. baik aku rembat 1TR trus. Tanpa membebankan otak dah, trus jadik. Melayang RM189 tuk external HDD 1TR.
Tapi tak menyesal coz backup notebook aku, letak smua movie, video and lagu aku yg dlm Laptop ngan yg dlm External 250G aku tu. Baru guna 20%. Memang puas ati. Aku tgh try nak penuhkan 50% coz nak tengok dia punya keupayaan. Takut laptop aku ni je tak mampu nak tahan coz dia support USB 3.0. Laptop aku USB 2.0 je. Aku nak over clock Laptop aku dulu. Pastu kita cuba try test tengok kemampuan External tu plak. Jangan Laptop aku yg berasap sudah. Mau nangis woooo....
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment