Thursday, February 17, 2011

Penulisan Sekadar Di Fikiran

Skrang ni aku dah kurang main internet. Kadang2 je aku buka tu pun ble aku rasa free. Laptop aku pun on seminggu sekali je. Tak tau la kenapa. Nak kata busy sangat, tak jugak. Nak kata takde benda nak ditulis, ada je benda terkarang kat akal fikiran ni hari2. Mungkin aku lebih suka melepakkan diri bersama2 anak2 buah aku yang buas tu kat ruang tamu. Terlalu banyak hasil nukilan yang tak terluah atas muka blog ni.

Keta aku -
Tak tau la nak cakap camne and apa yang dah jadi. Aku terpaksa keluar sikit modal tuk perbetulkan balik frame depan dia. Mungkin sebab hati ni gatal and sesuka hati bawak laju and asyik main pick up je kut. Frame depan aku crack. Besi tiga lapis tu boleh crack betul2 sebelah cros member yang pegang enjin tu. Bila bawak je enjin aku goyang2 cam nak cabut. Try welding, bawak cam orang pakai lesen F1, tahan tak sampai seminggu, crack lagi truk. Last2 pegi kedai buat body, tukar trus frame depan tu. puas hati. Bawak ikut suka hati pun ok dah.

Hilang frame depan tu. Togel abis.


Menatang ni la yang kena tukar.


Nampak apa yang aku nampak? Dah nak putus beb. Klu putus, enjin aku dok atas jalan.


Waktu keje -
Skrang ni waktu keje, klu free aku banyak melepakkan diri atas bumbung bangunan je. Angin kuat, aman, tenang. Memang sesuai dengan jiwa aku. Gambar ni aku ambik masa aku tengah melepakkan diri kat atas bangunan kat Grand Maya Hotel. Pemandangan KL sebelah menara KL memang jelas. Paling best belakang bangunan ni tempat bersemadinya arwah P.Ramle. Kenal tak? Kalau tak kenal jangan jadi orang melayu.



Balik Kampung -
Dalam dua tiga minggu ni aku kerap balik kampung. Tak tau nape. Tapi start lepas aku kena demam truk yang sampai lebih seminggu ari tu, memang tiap2 minggu aku balik kampung. And last aku balik kampung minggu lepas. Sedara aku bertunang. So aku yang bosan dok KL ni mengambil peluang balik kampung + pergi kenduri bertunang + rombongan bertunang + jejalan. Tempat yang nak dihantar tu pun tak jauh sangat. Rumah sedara aku kat Chenderong Balai, hantar ke Manjung. Lama tak konvoi reramai camtu rasa seronok plak. Hantaran dari lelaki 13 dulang ikut tarikh hari dia bertunang tu. Pihak perempuan balas 27 dulang. Terkejut belah lelaki dengar banyak giler camtu. Datang keta kosong, balik penuh semacam termasuk la bonet keta aku pun dipenuhkan. Antara hantaran belah lelaki yang menarik perhatian aku.







Setakat ni je la penulisan aku. Idea yang ada ni biar la dia beku dalam kotak fikiran aku ni. Aku ada keje lain lagi nak buat. Kalau mengadap benda ni, sampai pagi pun tak tido.
Bye.....

No comments:

Post a Comment