Thursday, March 24, 2011

sibuknya minggu nie.......

Minggu ni adalah minggu yang paling sibuk bagi jasadku, batinku dan fikiranku. Mau nya tak. Aku kojo dari pagi sebelum terbitnya fajar, balik selepas terbenamnya fajar. Perghhhhh. Kadang kadang sampai masuk tarikh baru pun tak balik lagi. dah macam takde rumah. Kalo nak lawan ngan sultan mesir sapa keje paling banyak jam dalam satu minggu, aku rasa aku menang nagn dia doblas ratus peratus. Nak tau sebabnya. Huhu... Dah tentu sebab mesir tak pakai sultan.

aku ni bukan la bising aku banyak keje. Tapi ini luahan perasaan dari hati nurani yang bersih lagi suci untuk ketenangan jiwa dan perasaan. Sebenarnya sibuk ngan keje ni dah start dari minggu minggu minggu sebelum ni lagi. tapi takde la hari hari. Tapi masuk je minggu lepaih.... huhhhhh... bukan main lagi. dengan partner cutinya. dengan inspection JKKKKKKKKP nya. lepaih tu dah masuk opis baru ni asyik asyik meeting. asyik asyik meeting. pagi pagi meeting. pagi pagi meeting. meeting pagi pagi. uishhhhh... masa meeting pantang ada breakdown. kena soal macam orang masuk mahkamah. pada hal batu sangkut kat landing door je. Lain la kalo lift dah jatuh bawah. ok gak soal sampai technician nak berhenti kojo.

Nak dapatkan ilmu lift ni bukan main susah lagi. Nak ingat dia punya bahasa shortcut yang dipakai bukan main liat. kalo dia pakai bahasa omputih ke, jawa ke, kedah ke, negeri sembilan ke, kelantan ke, senang la sikit. ni dia pakai bahasa sweaden. Lepaih tu buh jadi shortcut main ambik ambik huruf pangkal je. nak main teka teka pun lain jadinya. so tunggu dah lihat je la apa yang boleh masuk dalam kepala otak ni lepas usaha hari demi hari.

Setakat ni usaha tangga kejayaan walaupun kerja lift. memang lambat sangat nak dapat macam naik tangga la senang cakap. kalo naik lift, fuhhhh.... confirm aku dah dapat black belt technician. tapi sekarang ni harap yellow belt je la. maklumlah baru tujuk bulan.

Esok aku kene cover site sorang sorang lagi. partner aku nak ngelat dua hari ni. saje dia ambik cuti banyak banyak. alasan cuti tahun lepaih banyak lagi. sapa suruh tak abiskan awal awal. lepaih dia cuti aku plak ambik alih cuti. satu hari je. minggu sebelum sebelum ni pun dah buat macam tu. hangin je aku punya supervisor sebab kena cover site. bising giler dia cuti main sambung sambung camtu.

Apa boelh buat. nak abiskan cuti. hari khamis ni aku cuti. nak luangkan masa tu benda merah aku tu. kesian dia aku dah kurang beri kasih sayang.

so, sampai di sini saja. sambung lain kali.
Assalamualikumwarahmatullahhiwabarokatuh......

No comments:

Post a Comment