Friday, April 29, 2011

keje ke aku hari ni???

Hari ni antara hari last aku kat Antah Schindler. Last day aku esok. tapi esok half day je. sama macam aku tak yah datang keje. So hari ni aku kojo main2 je la. anta apa yang patut and buat apa yang wajib je. yang lain tu tutup mata sudah.

Sok aku cadang macam malas nak datang keje. tido lagi bagus. standby pun dah bagi kat orang. sampai masa, aku cabut balik kampung. lagiiii bagussss....

Dok KL ni dah rasa serabut semacam dah. so tak lama lagi,,, good bye KL.

Tuesday, April 26, 2011

tak abis lagi

tau la aku dah anta surat. Aku nak cabut dah dari compani ni. Asyik perli aku je. Pastu asyik bagi aku dok ngan bos je. Pening la aku camni. Aku nak lari, dia bg dok lg dekat. Adussss.... Pening pening pening...
aku nak buat jahat rasa cam malas plak. X baik aku buat camtu cloz aku masuk cara baik, xkan nak kuar cara jahat. So aku ikutkan saja la. skrang ni tgh mnum kat cafe building ni sementara tgu barang smpi. Harap lps ni aku blh buat kerja aku sendiri. Kerja akuu pun bnyk tertangguh dah ni. Cepat la siap kerja kat sini.

menghitung hari....

menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa ku nanti apa yang ada,
jalan cerita kisah yang panjang,
Menghitung hari...

Huhuhu... Bukan menghitung hari dalam hal bercinta ok. Ni aku tengah menghitung hari dalam hal kerja. Semalam aku dah pergi interview lagi satu. Yg ni aku berdoa sangat2 tuuk dapat coz klu dpt yg ni, Insyallah aku akan stay sehingga aku buka bisnes sendiri. Kalu yang lagi satu tu, tak bape nak mengaharap bertahan lama coz dia ambik projek nagn gomen. Aku dah ada mimpi ngeri ngan compani yg ambik projek ngan gomen ni. Seriau siuttt... Terseksa hidupku...

So, aku berdoa untuk di buka pintu rezeki aku kat NSTP tu. Insyaalah aku akan buat yang terbaik kat sana nanti.

Saturday, April 16, 2011

Semakin hari, semakin ditekan, tertekan dan tekanan

patutkah aku teruskan semua ini. Tapi aku rasa aku patut blah je dari sini. Semakin bnyk benda yg tak maching ngan hati dan cara kerja aku. Dan kebetulan jugak aku dah dpt tmpt lain. Adakah ini peluang untuk aku memperbetulkan diri. Kat tmpt sekarang ni aku makin jauh, makin tersasar dari tujuan hidup. Hidup memang jadi makin tak menentu. aku harap kerja yang akan datang ni aku dapat kembali ke haluan yg sebenar. Memperbetulkan kembali apa yang dah jauh tersasar. kat sini makin membawa aku jauh dari haluan sebenar. Makin ditarik2 untuk sesat. dilarang untuk kembali ke jalan lurus. Aku dah berniat, kalau dilarang untuk kebenaran, aku akan blah ble ada peluang lain. So sekarang dah terjadi dan ada jalan lain yang sedang terbuka, seperti doa aku termakbul, so aku memang akan bLah. Confirm blah. Nekad....

Tuesday, April 12, 2011

bersediakah aku untuk hari esok???

hari ni hari selasa. Hahaha.... Mmg la selasa kan? kan? kan? Bermula dengan hari yang cerah lagi tenang, sedikit keceriaan dan kegembiraan kerana tak perlu mengadap bos (tak payah masuk meeting-standby), campur pulak dengan teh tarik dan nasi lemak yang dibelanja oleh seseorang, memang boleh dikatakan hari yang sangat bertuah (mood 100%). Tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada penghujung hari itu. Begitulah yang aku alami pada hari ini. lepas sarapan, kerja dah bertambun menunggu (mood -10%) sampai yang di plan semua tak menjadi (mood -10%). Sampai tengahari, ada subcon belanja makan (mood +10%). sambung balik kerja, trus kena pergi site yg paling &!?*!? (mood -20%). nak guna tool, br igt org pnjm n tak pulang balik (mood -10%). Br nak pegi ambk tool, ada b/down tmpt yg sama, kena buat dl (mood -10%). Sampai atas, tgk problem besar-confirm bergulung (mood -20%). Tgh buat partner tak blh dtg coz hujan lebat giler (mood -10%). Try gak buat sorg2. Sampai motor dah keluar bau hangit & hangitkan lagi, pastu gelak sorg2, shutdown, trus g mnum duluuu...

Mood sekarang 90%. Huhu... Nak tau kenapa????

1-Kat cafe ni ramai awek (comel2 tuuuu....)
2-amoi2 kat sini boleh tahan seksi
3-ada wifi yg membuatkan aku tak bosan masa mnum
4-puas hati dpt hangitkan hoist motor tu td (Klu burn, menjawab aku)
5-abis dah. Esok??? Esok pnya cerita. Yg penting hari ni aku dah kembali ceria......

Tuesday, April 5, 2011

kerjalah kerjalah kerjaaaaalaahhhhhh......

aku skrang kat bangunan mas jalan sultan ismail. nak pegi cabut hydraulic brake pump motor. Abis la kotor lps ni main ngan minyak hidrolik. Tp lokasi sebenar masih lagi di fatimah cafe bagunan yg sama. Tunggu partner (alasan smua tu). So sementara tgu dia, ada wifi plak kat sini. Tak pernah tau pun. Try register for free, tgk boleh. Huhu... Memang menarik tertarik kau memang debom la. Bukan korang tak tau hidup aku pantang ada internet. Mesti nak surfing pnya la. Paling kurang pun check blog jap. bak kata org tua, jenguk2 sekejap. tak sia2 hp aku blh guna tuk wifi. saaaayaangggggg hp aku. haha... Semalam pnya cerita dah menampakkan sedikit cahaya kejayaan. Td diaorg cal tuk confirm aku nak or Tak gaji tak sampai, tapi terima je la. Jgn memilih sgt. Rezeki ada kat mana2. Kat sini susah sikit nak mendekatkan diri pada sidia. Harap kat sana sok senang sikit. Lagi pun mungkin aku akan dihumban ke negeri orang nun jauh disana. mencari ketenangan. Tercapai atau tidak semuanya. kita tunggu dan lihat... Salammmmmm....

Monday, April 4, 2011

mood sekarang :- gentar

kenapa? Sebab sekarang dah smpi depan bangunan tempat aku nak interview. fuhhh... Dah lama tak interview dan di interview. Rasa gemuruh giler. Dah preparation smua last minutes. Tak tau la camne ni kang. Janji aku boleh jawab smua confiden, tu dah cukup aku rasa. Klu gagap2, hancus la semua nya. Bismillahhirrahmanirrahim..... Aku mulakan langkah dengan kaki kanan, mohon kepada allah taala untuk tenangkan jiwa, permudahkan segalanya. Amin.....