Thursday, May 26, 2011

Jangan Mengeluh???

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kalu engko nak mengeluh lagi ............jom gi ngaji

Saturday, May 14, 2011

Penulis @ Bukit Kayu Hitam (Siam)

Penulis at Bukit Kayu Hitam siam. Diulang. Bukit Kayu Hitam sebelah Siam erk. saja je aku pegi sana petang tadi. Makan2 and cerahkan kembali mata yang sudah layu dek panahan cahaya skrin komputer dari tengahhari tadi. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. tapi kat sana bukan pegi menyelam la. pegi makan je. Nasi putih + daging bakar + tom yam campur + telur dadar. memang meleleh air liur beb. Tak caya tanya penulis. dan airnya... Milo ais je. tapi cow... terbaik... memula order air buah, tapi takde lagi. seberang jalan ada orang jual durian, igt nak suruh buat air durian je. tapi kang ada yang mengelupur panas badan plak. Lepas makan sambung keje and balik rumah kul 9 malam tadi. Skrang teringin nak makan BURGER + MILO AIS plak rasanya. dah lama tak pekene burger ni. mana nak cari kat area Changlun ni erk? Selama aku dok sini tak pernak nampak pun gerai burger. Nak buat sendri kang beratur orang sekeliling order plak.

Wang Kelian

Semalam hari Jumaat.. Yaaaa,,,, hari jumaat. hari sabtu dan esok ahad. Dah tau kan??? huhu... sebenarnya ada cerita tuk hari jumaat tu. Aku kena pegi Wang Kelian. Mana lagi kalau bukan Pos Imigresen Wang Kelian tempat yang aku kena pegi kalau kat sana tu. sebelum ni pun dah pernah pegi. saja je nak menympan gambar tempat2 yang aku dah pegi ni. gambar dulu tu ilang tanpa kesan.

Tuk pegi sana, anda kena lalui jalan yg cam dlm gambar tu dulu. Layan corner cecah telinga beb.


Kalau sampai je Wang Kelian mesti nampak tembok ni.


Romantiknya pakcik ngan makcik ni. Jln beriringan. warna payung sama. Nak g dating kat siam tu.


Pekan or pasar ni gambar dulu erk. Skrang ni dah pindah lain tempat. Tempat baru tu aku tak pegi lagi.


NI national park Perlis. Antara tempat yang anda boleh lawati dekat ngan Wang Kelian.


So kalau dah sampai kat area padang besar or kangar, datang lah ke wang kelian untuk melihat kelainan dan keunikan yang ada.

Tuesday, May 10, 2011

Petua Ringan Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini ada sedikit petua yang saya rasa tidak salah kalau kita hendak
mencuba.

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3
kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi
berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari
berturut-turut.

Tanpa usaha, doa dan tawakal, segala impian tidak akan tercapai. Kita hanya
merancang, Tuhan yang menentukan. Semoga dengan keberkatan Allah,
memudahkan dugaan dihadapi.

Penulis @ Bukit Kayu Hitam

Pagi tadi aku sampai kat changlun. Aku sewa rumah kat sana. Dapat rumah pun atas pertolongan kawan atas kawan atas kawan. Dah jauh giler punya kawan punya kawan, dapat jugak aku cari rumah kat area sini. DAh tertekan giler aku rasa nak mencari rumah kat area sini. Nak suruh pegi jaga area sini cepat bagai nak rak. Tapi tak pikir keperluan orang dah ada or blum atau dengan kata lain orang yang dia suruh pegi tu dah ready or blum.

Pening aku tengok tempat ni punya cara. Keje nak suh siap cepat tanpa pikir hal orang lain. So malam tadi aku main gerak je. Aku redah je cam biasa yang aku buat sebelum2 ni la. Dan macam biasa jugak nasib aku selalunya baik.

Tu tengah nasib aku ni baik lagi. Sok2 klu nasib aku dah tak bape nak ok camne. tak mengong kepala aku ni nak pikir mana aku nak duduk. dalam keta? masjid? igt aku ni jenis yang camtu ke. Walaupun aku ni bukan jenis yang memilih, tapi mesti proper skit. Tak boleh main bidang terjun je. orang kata ape er?????? haaa.... JANJI BOLEH... aku memang bukan yang camtu.

So aku akan terus berada di sini sehingga satu berita gembira sampai ke cuping telingaku yang membuat aku akan memulakan langkah pertama untuk langkah seterusnya.

Sunday, May 8, 2011

Apa yang patut aku lakukan

Tu la yang bermain kat fikiran aku sekarang. Aku masih lagi berbelah bahagi samana ada nak ikut arahan dan sekaligus akan menyusahkan aku atau abaikan arahan supaya tidak memeningkan kepala aku untuk masa yang terdekat.

Aku diarahkan untuk ke utara kerana aku ada kerja di sempadan negara. Tugas yang memang dah selalu aku lakukan sebelum ini. Cuma bezanya kali ini aku terpaksa menetap disana. Aku perlu mencari penempatan disana. itulah yang memeningkan kepala aku sekarang kerana tugasan yang diberi dalam keadaan mengejut dan masa yang diberi terlalu singkat. Tidak sampai seminggu untuk mencari penempatan dan berpindah kesana. Walaupun aku ini masih bujang dan boleh dikira agak mudah untuk kesana kemari, tapi dengan masa yang, padaku sangat menyukarkan dan menyesakkan fikiran.

Pelbagai usaha aku lakukan sehingga meminta pertolongan daripada kakak ku dan rakan ku juga rakan kakak ku yang berada disana. Segala usaha untuk mencari rumah dalam masa sesingkat ini dan masa untuk menetap disana yang mungkin hanya untuk satu ke dua bulan itu, agak sukar untuk mendapatkan rumah sewa. Sekarang aku mengambil ikhtiar lain iaitu menetap sementara di rumah abangku di Taiping, then baru aku menyambung usaha untuk mencari penempatan disana.

Itu sahaja jalan yang ada buat masa ini. Dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

Friday, May 6, 2011

Aku @ Nexbis

Sebenarnya dah lama aku join Nexbis ni. Dah empat hari aku kat sini. Aku malas nak bawak laptop and tak bape ada masa nak update aku nye laman tersayang ni. SKrang ni aku update guna laptop yang diberi oleh company. Bukan bagi trus erk. Company bagi pinjam je.

Sementara check-check email ni and update apa yang patut dalam laptop ni, so aku pun menyempatkan diri ini sekejap tuk update blog ni jap. Blog ni dah umpama aku nye diari plak. Klu ikutkan ada je benda menarik yang aku nak masukkan. Tapi masa dan keadaan tak begitu mengizinkan.

Sok aku nak kena berangkat ke Kedah. Aku dapat site kat sana dengan kata lain aku jaga site sana. Sorang plak tu. Yang sorang lagi tu tetiba plak dia postpone masuk satu jun. Tension betul aku dapat tau dia masuk satu jun.

Skrang ni aku tgh cari rumah lagi. Kalau aku tak dapat rumah, aku pun mungkin postpone minggu depan. So..... kita tunggu dan lihat je la.