Tu la yang bermain kat fikiran aku sekarang. Aku masih lagi berbelah bahagi samana ada nak ikut arahan dan sekaligus akan menyusahkan aku atau abaikan arahan supaya tidak memeningkan kepala aku untuk masa yang terdekat.
Aku diarahkan untuk ke utara kerana aku ada kerja di sempadan negara. Tugas yang memang dah selalu aku lakukan sebelum ini. Cuma bezanya kali ini aku terpaksa menetap disana. Aku perlu mencari penempatan disana. itulah yang memeningkan kepala aku sekarang kerana tugasan yang diberi dalam keadaan mengejut dan masa yang diberi terlalu singkat. Tidak sampai seminggu untuk mencari penempatan dan berpindah kesana. Walaupun aku ini masih bujang dan boleh dikira agak mudah untuk kesana kemari, tapi dengan masa yang, padaku sangat menyukarkan dan menyesakkan fikiran.
Pelbagai usaha aku lakukan sehingga meminta pertolongan daripada kakak ku dan rakan ku juga rakan kakak ku yang berada disana. Segala usaha untuk mencari rumah dalam masa sesingkat ini dan masa untuk menetap disana yang mungkin hanya untuk satu ke dua bulan itu, agak sukar untuk mendapatkan rumah sewa. Sekarang aku mengambil ikhtiar lain iaitu menetap sementara di rumah abangku di Taiping, then baru aku menyambung usaha untuk mencari penempatan disana.
Itu sahaja jalan yang ada buat masa ini. Dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment