Wednesday, October 28, 2009

Nape Penat Sangat Ni

Hari ini aku baru balik dari Senawang, Negeri Sembilan. Aku kena tolong budak I-Kad tuk setup server. Tuk kerja ni, minggu lepas aku dah tau. Kerja luar camni, aku selalunya ok je.

Hari selasa lepas dalam 10.00 pagi aku bertolak ke sana dan buat kerja yang biasa2 je. Balik pun dalam pukul 9.00 malam. Hari ini sambung kerja pagi tadi dalam pukul 10.00 pagi, dan balik dalam pukul 5.00 petang. Aku sampai KL dalam pukul 8.00 malam. Tapi aku tak tau kenapa aku rasa penat lain macam.

Or ni effect dari kerja kat penang minggu lepas. Belakang badan aku pun rasa sakit semacam. Start hari isnin sampai hari ni, dah dekat 2 kotak koyok habis aku tampal kat belakang badan. Tapi sakit serupa tu gak. Nak pegi klinik, aku ni jenis liat sikit nak jmpa doktor.

Skrang pun aku tahan sikit penat ni coz dah lama tak update blog. Cerita yang ada tak boleh dibiarkan. Malam ni confirm tido x sedar pape. Jgn esok tak bangun pegi keje sudah. Mengamuk pulak bos aku nnti. Pasni aku ada keje luar lagi, Harap badan ni boleh ok sebelum hujung minggu ni. Insyaallah hendaknya....

Penatnya...LTAB

Dah agak lama aku tak pegi outstn tuk keje2 yg urgent. ntah cam mana kali ni aku kne plak. Server kat Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang rosak. petang hari jumaat aku dapat berita ni. Memang rasa seronok juga coz dah lama tak pegi sana.

Tapi sekarang ni kebanyakkan kerja luar, syarikat akan hantar junior coz nak suruh dia orang belajar. Aku tak kisah, klu dihantar ok, klu tak dihantar pun ok. Tapi kalau boleh memang nak pegi sana. Lama sangat dok opis. Bosan.

So tengah malam tu aku dapat cal tuk pegi sana. Bertolak kul 2.30 pagi, sampai sana dalam kul 6.30 pagi. Then tunggu orang sana tuk buat surat masuk dan terus buat kerja. Igt takde prob sangat, tau-tau bnyk plak problem dia. dah tkr hdd baru, port dia plak problem, pastu cd rom plak jap ok, jap bengong. pastu tunggu hantar fail setting, n tgu configure dia, sampai kul 10.30 malam aku kerja.

perghh...Rasa macam nak pengsan pun ada. Memang dah flat giler. Mana taknya. hari jumaat aku masuk keje kul 9.00pagi, balik kul 10.30 malam, kul 2.30 pagi (sabtu) trus drive pegi penang, sampai kul 6.30 pagi, pukul 7.30 lebih kurang trus buat keje, siap pukul 10.30, baru balik hotel rehat.

Lebih 36 jam aku tak rest. Patut la orang kata robot pun boleh hang. Aku yg bukan robot ni rasa lebih dari hang dah. Otak pun rasa cam dah tak boleh nak pk. Orang kat sana yg baik2, buat aku rasa tak tertekan dan boleh bertahan tuk buat keje.

Tuesday, October 20, 2009

BoSaN PuNYa PaSaL

Ni saja nak citer aktiviti aku masa standby kat ipoh dulu. Cam biasa aku bnyk abiskan masa ngan keta, ngn note book n ngan tido. Maklumlah dah xde aktiviti lain nak dibuat.

So kalau x g jalan2 ngan keta, aku dok main internet or game. kalau dah malas nak kuar or malas nak ngadap note book, aku tido je la. Aku tak tau nape aku jadi malas nak tengok tv. Aku rasa tak bape minat ngan siaran yg ditayangkan.

Klu pada hari biasa, pagi aku akan pegi keje, balik keje lepak kat bengkel member sampai maghrib. Pastu balik, mandi, wat apa yang patut. Then cam biasa on note book, layan internet r. Blog ni aku blaja wat sebab bosan nye pasal. Tgk pun cam best. Blh luahkan perasaan n jd diari kejadian. selain daripada tu, aku suka cri benda baru untuk aku blaja. Pas dah bosan or ngantuk, pegi tido. Camtu la aktiviti di hari keje.

Tuk hari sabtu ngan ahad plak, aku akan balik kampung. Kalau aku tak balik kampung, biasanya ble ada aktiviti kat ipoh la. Aktiviti yang biasa, lepak kat bengkel, servis keta r. Or bukak pe yg rasa tak kena. Baik tikus la katakan. tu untuk sebelah siang la. Tuk sebelah malamnya cam biasa gak. Main ngan note book.

Tak pun aku akan wat satu aktiviti pelik ni. Aktiviti ni slalu aku buat hari minggu je. Aku akan lepak kat Lumut. Tengok budak2 keta berlonggok ramai2. Ada yang main sound system, buat lampu kat keta dah macam keta berhias, buat ekzos berapi-api, n yang paling best DRIFT. Yang tu memang aku suka tgk. Lepak kat situ sampai tak sedar hari dah nak pagi. Slalu mesti balik pas kul 1 pagi nye la.

Tak pun aku akan buat lagi satu keje gila, pegi Cameron highland.
Pegi sorang2. Biasa pas maghrib aku akan gerak g sana, sampai sana, minum air satu cawan n makan pe yg patut, then turun balik ke ipoh. Drive naik lebih kurang 90km tuk minum n makan jer. huhu.. Memang keje gila. Tapi yg sebenarnya aku suka layan corner kat sana. BEST...

Ni je gambo yang ada. Masa ni baru sampai pekan brincang. Tak tau nape dah bosan sgt, aku naik Cameron awal skit. Masa ni dalam kul 7 petang kut.




Tuk semua aktviti lain xde gambo plak. Pen drive rosak kne virus. Abis ilang smua gambo pas kne format. Tk dapat nak diselamatkan. Sedih aku rasa hilang semua kenangan tu. So ada cite ni pun jadi la.