Wednesday, October 28, 2009

Penatnya...LTAB

Dah agak lama aku tak pegi outstn tuk keje2 yg urgent. ntah cam mana kali ni aku kne plak. Server kat Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang rosak. petang hari jumaat aku dapat berita ni. Memang rasa seronok juga coz dah lama tak pegi sana.

Tapi sekarang ni kebanyakkan kerja luar, syarikat akan hantar junior coz nak suruh dia orang belajar. Aku tak kisah, klu dihantar ok, klu tak dihantar pun ok. Tapi kalau boleh memang nak pegi sana. Lama sangat dok opis. Bosan.

So tengah malam tu aku dapat cal tuk pegi sana. Bertolak kul 2.30 pagi, sampai sana dalam kul 6.30 pagi. Then tunggu orang sana tuk buat surat masuk dan terus buat kerja. Igt takde prob sangat, tau-tau bnyk plak problem dia. dah tkr hdd baru, port dia plak problem, pastu cd rom plak jap ok, jap bengong. pastu tunggu hantar fail setting, n tgu configure dia, sampai kul 10.30 malam aku kerja.

perghh...Rasa macam nak pengsan pun ada. Memang dah flat giler. Mana taknya. hari jumaat aku masuk keje kul 9.00pagi, balik kul 10.30 malam, kul 2.30 pagi (sabtu) trus drive pegi penang, sampai kul 6.30 pagi, pukul 7.30 lebih kurang trus buat keje, siap pukul 10.30, baru balik hotel rehat.

Lebih 36 jam aku tak rest. Patut la orang kata robot pun boleh hang. Aku yg bukan robot ni rasa lebih dari hang dah. Otak pun rasa cam dah tak boleh nak pk. Orang kat sana yg baik2, buat aku rasa tak tertekan dan boleh bertahan tuk buat keje.

No comments:

Post a Comment