*Lambat sikit aku nak sambung cerita yang lepas coz aku ada benda lain yg nak dibuat.
Semua sungguh gembira dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu, bertambah gembira apabila sudah sampai ke Jeti Chendering. Dan bertambah-tambah gembira apabila sudah berada di atas bot. Tetapi, tidak ku sangka ada yang kecundang terlalu awal. Bila dapat hasil, ada yang gembira tahap nak lompat dalam laut.
Semasa sampai di lokasi mencandat, dah ada bot lain yang sampai lebih awal.
Mula sampai kat lokasi mencandat, hari nampak macam tak berapa mengizinkan. Tapi kami semua bersyukur hanya hujan rintik-rintik sahaja.
Ini sotong pertama yang dinaikkan. Aku orang pertama yang dapat sotong, tapi terlepas balik. So gelaran pertama bagi kat joe je la coz dia orang pertama dapat bawak naik sotong. Dikatakan sotong yang aku dapat lagi besar dan terbesar dalam semua sotong yang dibawa balik, tapi terlepas, xde rezeki.
Sementara menunggu candat dimakan sotong, sempat juga sembang-sembang sambil makan kacang. Masa kat laut, semua benda jadi sedap.
Seperti yang aku katakan, kat lokasi camni makan apa pun sedap. Ni Masa rehat dan makan nasi lauk ikan masak sup. Brother bot tu masak.
Semasa mula mencandat, dah ada ramai yang tidak berdaya. Sampai separuh masa je dah separuh dari ahli dah tumbang. Siap ada yang muntah lagi. Golongan yang mabuk laut tu cakap, mabuk dia tahap tak boleh ditahan-tahan. Nasib baik aku tak mabuk camtu. Kalau tak, entahla....
bersambung...
obat kuat pria
8 years ago