Semalam, aku hampir hilang seorang kawan yang aku rasa sangat penting dalam hidup aku. kerana, hanya dia yang selalu menjadi tempat aku meluahkan segala yang terbuku dan hanya dia yang mampu membuat aku tersenyum walaupun ketika aku susah.
Semalaman aku tidak dapat tidur untuk memikirkan segala kesalahan kata-kata yang telah aku tuturkan kepadanya. Apakah bahasa itu kasar, Atau aku memang tidak layak untuk memberi apa-apa pandangan atau nasihat kepada orang lain. Ya.. Mungkin itu semua betul kerana diri aku sendiri terhoyong-hayang. Inikan pula mahu memberi pendapat kepada orang lain.
Dan hari ini, Keresahan aku bertambah-tambah. Kehilangan yang kurasa berganda-ganda. Rasa seperti seluruh langit telah jatuh menimpa diriku. Ianya lebih dari peribahasa 'sudah jatuh ditimpa tangga' kerana pada aku itu hanya sedikit. Aku tidak tahu bagaimana dan pada siapa harus aku luahkan. Aku juga rasa seperti tidak mampu untuk meluahkannya.
Ini kerana semuanya bukan lah perkara yang kecil. Ianya terlalu yang besar dan mempengaruhi hidup ku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah Taala untuk memberi kekuatan kepada diriku, untuk memberi petunjuk kepada diriku, untuk memberi dorongan kepada diriku. Aku tahu setiap kejadian ada hikmahnya. Aku akur, aku pasrah, dan aku bermohon hari mendatang adalah lebih baik dari hari ini, dan aku juga bermohon supaya hari ini tidak akan berulang.
Aku tidak mungkin akan melupakan tanggal 15 januari 2007 dan tanggal 20 May 2010. Tarikh gembira dan tarikh kesedihan.
obat kuat pria
8 years ago
2 comments:
sori
Bukan acik la. Ada sebab lain. Dah ketentuan.
Post a Comment