Tuesday, May 25, 2010

Candat Sotong - Perjalanan hari Pertama

Aktiviti ni dah lama plan, tapi tak jadi-jadi nak pegi. Tarikh mula-mula plan masa hari pekerja, 1 may 2010. Tak jadi nak pegi sebab plan mengejut and tak cukup orang. So plan semula dan dapat la tarikh 22 may 2010. Masa ni plak mmg ramai yang nak pegi.

So perjalanan bermula pada pagi 22 may (sabtu) pukul 8.00 pagi yang cuaca tak berapa nak menarik. Hujan rahmat sepanjang jalan dari Kuala Lumpur sehinggalah ke Jeti Cendering, Kuala Terengganu. Hujan tu tak la lebat sangat sepanjang jalan, ada la tempat yang tak hujan. tapi majoriti nya hujan dan membuat semua berhati2. Sepanjang Lebuhraya Karak sahaja dah ada 3 kemalangan. Semua nya kereta terbabas menyebabkan kami semua semakin berhati2.

Ni masa kat hentian Genting Sempah, makhluk dua orang kat belakang berat sangat sampai aku kena adjust absober belakang bagi tinggi sikit. Abis tayar aku sagat kat wheel housing belakang.


Ni la makhluk dua orang yang aku cakap tu. Keje diaorang dlm keta tido je.


Ni masa berhenti makan kat Cherating. Makanan nampak macam tak best coz simple je. Nasi putih, ayam goreng ngan sayur. Tapi ble dah masuk mulut, sedap la pulak.


Ni masa dah nak sampai kat Lokasi. Berenti kejap kat marang coz ada yang nak g toilet. Sempat gak beli air nira kelapa ngan jagung rebus. Kotor keta bebudak ni makan.


Dan...Akhirnya sampai di lokasi.


Bukan tempat candat erk. baru sampai kat rumah rehat yang disediakan. Masa sampai lebih kurang pukul 2.30 petang selepas campur tolak berhenti adjust absober, makan, toilet, dan lain-lain lagi.

bersambung...

No comments:

Post a Comment