Tuesday, July 27, 2010

Hidup disini

Masa ni aku tengah pening dok pikir pasal hidup yang mendatang. Kenapa la makin lama makin susah hidup kat atas dunia ni? Terpikir plak aku orang yang akan hidup dalam zaman selepas aku. Kalau zaman aku ni pun dah susah, hidup terhuyung hayang, ramai yang tak kerja, harga barang semakin naik, hidup mengejar pangkat dan harta, segala-galanya duit. sapa yang kat bawah akan terus dibawah. sapa yang diatas akan terus di atas. Yang lemah ditindas seboleh-bolehnya. Yang kuat, kaya, berharta semakin sombong, bongkak dan pentingkan dunianya. Itu baru pikir pasal hal dunia. Kalau pikir hal akhirat pulak, jadi berpuluh-puluh kali ganda takutnya. Semua orang sekarang hanya mengejar dunia. Hal akhirat dah jadi benda paling last.

Kalau bergaul diluar sekarang, semua orang sembang pasal politik. Lepas tu sambung hal kerja. Sambung hal duit. Tup-tup sambung pasal perempuan. Patah balik bab duit. Pusing bab harta benda, sangkut jugak dengan duit. Aku dah naik pening hidup yang tak pernah lekang dengan masalah duit. Aku nak hidup yang balance. Sama rata antara dunia dan akhirat.

Bangun pagi, celik je mata nak pegi kerja dah boleh nampak manusia yang bersesak-sesak mengejar dunia. Masing-masing kelam kabut, serabut dengan perangai bermacam jenis orang. Bila semua orang dah masuk kerja, pun masih lagi serabut. Ada je orang yang kelam-kabut kat sana-sini. Sama je sampai la balik keje. Dah masuk malam pun masih ada lagi yang kelam kabut dengan kerja. Tak kira azan, tak kira solat, tak kira apa-apa saja pasal agama. Boleh nampak sangat terutama hari jumaat. Sepatutnya bila dah masuk waktu sembahyang jumaat, tinggal yAng kafir je berkeliaran, tapi kat sini sama je. DAh tak boleh nak beza yang kafir atau tak. Hari jumaat ke, sabtu ke, isnin ke, memang tak ada beza. Yang ada beza malam hari kerja dan malam hari minggu je coz bila malam minggu ramai warga dunia yang akan berkeliaran sampai tak sedar dah azan subuh.

Bila la aku dapat keluar dari tempat yang penuh dugaan duniawi ni. Aku ni hamba yang lemah. Aku takut suatu hari nanti aku tak hayut ke dalam dunia yang tak sepatutnya. Kat sini 99% sentiasa mendorong ke arah yang tidak sepatutnya. Tak hairanlah ramai yang sampai kesini akan mengalami kejutan budaya. Aku sangat berharap aku tergolong dalam kumpulan orang yang terpelihara oleh-NYA.

Sunday, July 25, 2010

Hidup baru

As-salam..

Lama betul aku tak buka and update blog ni. Nak kata sibuk sgt tu, tak jugak kut. Tapi ada je keje yang nak kena buat. Dari keje yang personel sampai la keje yang tolong orang je. Maklumlah, hidup kat dunia ni kena selalu tolong orang. Time kita sudah nanti, harap2 ada orang yang akan tolong kita plak.

Memula aku ingt nak update blog ni hari sabtu ari tu sambil mendownload movie baru. Tapi kesihatan yang berapa mengizinkan untuk aku mengadap laptop lama2. Game pun dah lama usik. Jumaat aku start demam sampai ari ni. Complete package dapat, demam + batuk + selsema + sakit kepala + sengal2 = aku takkan dok diam walaupun sakit. Tu dah memang jenis aku selagi boleh bangun. Aku memang jenis yang susah nak dapat sakit. Tapi klu dah sakit, kurang2 seminggu.

Sabtu aku pegi keje gak cam biasa, petang lepak bengkel. Ahad dugaan bertambah, pagi lepas makan ubat dok rumah diam2. Petang repair komputer member aku pastu g rumah akak jap. Malam g bengkel tolong member coz ada kete member alternator rosak.
dan tak sangka plak rezeki datang bergolek. Tukar tayar BMW 7 series dapat rm50. Buka satu tayar 5 skrew and pasang balik je.

Esok dah nak keje. Alhamdulillah, demam dah kurang. Tapi selsema masih camtu. Kena bawak sapu tangan la nampaknya.

Thursday, July 15, 2010

Rahsia Solat

Assalamua'laikum wr wb........ ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTA Q IM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat"

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

Wednesday, July 7, 2010

Kisah - Erti Cinta dan Kawin

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanaka h saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

guru: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

guru: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

guru: itulah perkahwinan. ......



Kesimpulannya. .. janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Memahami Lelaki

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu, mari kita lihat tips untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

Suka membisu
Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.
Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks
Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.
Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki
Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan kejujuran
Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.
Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah
Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

2 Kata Ajaib Untuk Perempuan


Selalu ingat dalam hidup ini, anda jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda ini simple tapi tahukah anda bahawa hanya dengan mengucap maaf pada perempuan dengan tulus anda sudah membantu memanjang usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat sulit dilakukan banyak orang terutama lelaki. Tapi ilmuwan Massachusetts University membuktikan, permintaan maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mengalami perlakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memberi risiko serangan jantung atau stroke. Namun dengan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya, yang akan kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah lelaki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak sama. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Penelitian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Peneliti mengukur tekanan di astolik dari 29 lelaki dan 59 perempuan.

Kedua kelompok secara individu diminta untuk menyelesaikan ujian matematik dalam waktu lima minit. Selama mengerjakan ujian, mereka di ganggu sebanyak tiga kali oleh peneliti sambil marah dan menyuruhnya untuk lebih cepat dalam mengerjakan tugasnya.

Pada akhir ujian, mereka mengatakan, “Kau jelas tidak cukup baik“. Namun, dua minit kemudian peneliti meminta maaf atas kekerasan yang terjadi pada setengah dari lelaki dan perempuan.

Perempuan yang menerima permintaan maaf menjadi lebih cepat tenang, sementara kaum lelakinya menjadi lebih gelisah.

“Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa ada manfaat bagi kesihatan seseorang perempuan atas permintaan maaf,” ujar salah seorang peneliti.

Tekanan darah yang diukur dalam penelitian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detak jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah betekanan. Jika terlalu tinggi dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Maka, sayangilah pasangan anda, jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Special 2 Magic words yang membuat hidup anda tenang. Simple tapi banyak manfaat.

Monday, July 5, 2010

UKM Bangi

Ahad, 4 julai 2010. Hari aku masuk semula ke kawasan kampus. UKM, pusat pengajian tinggi antara yang gah di Malaysia. Tapi bukan aku yang belajar. Anak buah aku yang ke-4 berjaya melanjutkan pelajaran di sana. Aku tumpang gembira dan sungguh berbesar hati rasannya.
Masuk sahaja di perkarangan kawasan kampus, aku terasa seperti satu aura datang untuk mengajak aku menyambung semula pelajaran. Suatu yang telah lama aku fikirkan dan berharap masa itu akn tiba. Sekurang-kurangnya sehingga aku berjaya mencapai cita-cita ku yang sedari kecil aku idam-idamkan.
Kampus yang luas, setiap kawasan bangunan fakulti diasingkan dan teratur, dikelilingi kawasan yang masih belum diteroka, nyaman, tenang. Walaupun bangunan yang kelihatan sudah agak usang, tapi masih tersergam indah dan nampak teserlah corak binaannya.
Aku berharap sangat mendapat peluang untuk menyambung pelajaran. Hanya satu tahap sahaja lagi yang aku perlukan. Tetapi masih terdapat beberapa penghalang. Jikalau aku dapat kerja dengan kerajaan, insyaallah semuanya akan selesai. Atau cukup sekadar kerja yang tidak terlalu terkonkong dan sibuk waktunya.