Ahad, 4 julai 2010. Hari aku masuk semula ke kawasan kampus. UKM, pusat pengajian tinggi antara yang gah di Malaysia. Tapi bukan aku yang belajar. Anak buah aku yang ke-4 berjaya melanjutkan pelajaran di sana. Aku tumpang gembira dan sungguh berbesar hati rasannya.
Masuk sahaja di perkarangan kawasan kampus, aku terasa seperti satu aura datang untuk mengajak aku menyambung semula pelajaran. Suatu yang telah lama aku fikirkan dan berharap masa itu akn tiba. Sekurang-kurangnya sehingga aku berjaya mencapai cita-cita ku yang sedari kecil aku idam-idamkan.
Kampus yang luas, setiap kawasan bangunan fakulti diasingkan dan teratur, dikelilingi kawasan yang masih belum diteroka, nyaman, tenang. Walaupun bangunan yang kelihatan sudah agak usang, tapi masih tersergam indah dan nampak teserlah corak binaannya.
Aku berharap sangat mendapat peluang untuk menyambung pelajaran. Hanya satu tahap sahaja lagi yang aku perlukan. Tetapi masih terdapat beberapa penghalang. Jikalau aku dapat kerja dengan kerajaan, insyaallah semuanya akan selesai. Atau cukup sekadar kerja yang tidak terlalu terkonkong dan sibuk waktunya.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment