Sunday, July 25, 2010

Hidup baru

As-salam..

Lama betul aku tak buka and update blog ni. Nak kata sibuk sgt tu, tak jugak kut. Tapi ada je keje yang nak kena buat. Dari keje yang personel sampai la keje yang tolong orang je. Maklumlah, hidup kat dunia ni kena selalu tolong orang. Time kita sudah nanti, harap2 ada orang yang akan tolong kita plak.

Memula aku ingt nak update blog ni hari sabtu ari tu sambil mendownload movie baru. Tapi kesihatan yang berapa mengizinkan untuk aku mengadap laptop lama2. Game pun dah lama usik. Jumaat aku start demam sampai ari ni. Complete package dapat, demam + batuk + selsema + sakit kepala + sengal2 = aku takkan dok diam walaupun sakit. Tu dah memang jenis aku selagi boleh bangun. Aku memang jenis yang susah nak dapat sakit. Tapi klu dah sakit, kurang2 seminggu.

Sabtu aku pegi keje gak cam biasa, petang lepak bengkel. Ahad dugaan bertambah, pagi lepas makan ubat dok rumah diam2. Petang repair komputer member aku pastu g rumah akak jap. Malam g bengkel tolong member coz ada kete member alternator rosak.
dan tak sangka plak rezeki datang bergolek. Tukar tayar BMW 7 series dapat rm50. Buka satu tayar 5 skrew and pasang balik je.

Esok dah nak keje. Alhamdulillah, demam dah kurang. Tapi selsema masih camtu. Kena bawak sapu tangan la nampaknya.

No comments:

Post a Comment