Masa ni aku tengah pening dok pikir pasal hidup yang mendatang. Kenapa la makin lama makin susah hidup kat atas dunia ni? Terpikir plak aku orang yang akan hidup dalam zaman selepas aku. Kalau zaman aku ni pun dah susah, hidup terhuyung hayang, ramai yang tak kerja, harga barang semakin naik, hidup mengejar pangkat dan harta, segala-galanya duit. sapa yang kat bawah akan terus dibawah. sapa yang diatas akan terus di atas. Yang lemah ditindas seboleh-bolehnya. Yang kuat, kaya, berharta semakin sombong, bongkak dan pentingkan dunianya. Itu baru pikir pasal hal dunia. Kalau pikir hal akhirat pulak, jadi berpuluh-puluh kali ganda takutnya. Semua orang sekarang hanya mengejar dunia. Hal akhirat dah jadi benda paling last.
Kalau bergaul diluar sekarang, semua orang sembang pasal politik. Lepas tu sambung hal kerja. Sambung hal duit. Tup-tup sambung pasal perempuan. Patah balik bab duit. Pusing bab harta benda, sangkut jugak dengan duit. Aku dah naik pening hidup yang tak pernah lekang dengan masalah duit. Aku nak hidup yang balance. Sama rata antara dunia dan akhirat.
Bangun pagi, celik je mata nak pegi kerja dah boleh nampak manusia yang bersesak-sesak mengejar dunia. Masing-masing kelam kabut, serabut dengan perangai bermacam jenis orang. Bila semua orang dah masuk kerja, pun masih lagi serabut. Ada je orang yang kelam-kabut kat sana-sini. Sama je sampai la balik keje. Dah masuk malam pun masih ada lagi yang kelam kabut dengan kerja. Tak kira azan, tak kira solat, tak kira apa-apa saja pasal agama. Boleh nampak sangat terutama hari jumaat. Sepatutnya bila dah masuk waktu sembahyang jumaat, tinggal yAng kafir je berkeliaran, tapi kat sini sama je. DAh tak boleh nak beza yang kafir atau tak. Hari jumaat ke, sabtu ke, isnin ke, memang tak ada beza. Yang ada beza malam hari kerja dan malam hari minggu je coz bila malam minggu ramai warga dunia yang akan berkeliaran sampai tak sedar dah azan subuh.
Bila la aku dapat keluar dari tempat yang penuh dugaan duniawi ni. Aku ni hamba yang lemah. Aku takut suatu hari nanti aku tak hayut ke dalam dunia yang tak sepatutnya. Kat sini 99% sentiasa mendorong ke arah yang tidak sepatutnya. Tak hairanlah ramai yang sampai kesini akan mengalami kejutan budaya. Aku sangat berharap aku tergolong dalam kumpulan orang yang terpelihara oleh-NYA.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment