Saturday, October 30, 2010

Blog Oh Blog

Assalamualikum...
Lamanya tak pegang key board and mouse. Last sekali aku pegang benda ni masa aku update blog pasal Kursus Penunggang Berhemah. Lebih kurang seminggu yang lepas. Skrang ni pun aku pegang keyboard, mouse and tengok monitor orang lain. Kat rumah member. Nak menulis pun rasa cam tak bape nak best coz dia nye skrin bapak beso nye. Dia pakai kat TV LCD 42 inci tu wat dia nye skrin laptop. Ntah apa pasal aku pun tak tau. Nak kata rabun, dia tak pakai cermin mata pun. Nak kata skrin laptop dia rosak aku rasa elok je.

Tapi dia dah bagi pinjam jap ni pun ok gak. Sementara nak copy movie dari dia, guna la sekejap kan. Takkan dia nak berkira. Aku sebenarnya takde idea nak tulis apa ni. Saja je nak buka blog ni jap coz dah lama sangat tak buka. Pastu igt nak merapu. baru tulis skit, idea dah ilang ntah kemana. So tak jadi la nak merapu.

Tulis je la apa yang keluar dari kotak fikiran ni. Sok pagi aku igt nak kemas bilik, pastu nak g basuh keta kesayangan aku tu, petang nak g Siber Jaya. Malam plak ada hal kat Damansara. Fuhhh... Penuh jadual aku esok. Ops... Sok ada jamuan birthday anak member. Alamak... Jadual dah penuh. Kena adjust lagi la camni. Ermm... Tengok la sok camne. Kejar mana yang wajib je la. Kalau tak sempat tu, mintak maaf la kengkawan ye. Aku cuma insan biasa yang mampu mengaturkan masa. Allah yang menentukan segalanya. Insyaallah, aku tak akan mengecewakan semua.

Wednesday, October 20, 2010

Kursus Penunggang Berhemah

Tu la nama kursus yang aku join hari ni. Satu hari aku kena jemur tengah panas ngan bebudak tu semua. Tapi hasilnya tak tau la berhemah or tak. Rasa nye berhemah kut 'sekejap'. Hahaha... Paling lama pun 3 ari.

Kursus tu mula pukul 8.30 pagi tadi bertempat di Safety Driving Center (SEL) Petaling Jaya. Ada 18 orang yang join and sorang tak datang jadi 17 orang je. Kat situ belajar camne nak jadi penunggang berhemah kat jalan raya tuk achive target 'zero accident'. Aku yang memang suka aktiviti luar ni pun menjoinkan diri tuk tengok mende dia nak ajar.

pagi2 masuk clas, dia briefing pasal pemanduan, undang2 jalan, bagi tengok video kemalangan. Memula yang biasa2 je. Makin lama makin ngeri dia nye video. Sampai tahap otak berterabur atas jalan. Memang insaf (tak pasti bape lama). Lepas minum pagi test balik cam ambik lesen 'L' tu. Kantoi semua tak ingat dah isyarat2 tangan.

Lepas makan tengahari ada short briefing tentang aktiviti petang, cara menunggang yang betul dan cara mengelak kemalangan. Yang ni yang best. Dah rasa macam orang yang buat aksi lagak ngeri tu. Bawak cilok2 celah kon rapat2. Pastu buat 'ziz zaz' celah kon. Bawak laju2 pastu brek emergency. Brek emergency sambil baringkan motor sikit cam nak drift. Kena bawak laju plak tu. Pastu kena bawak ikut trek test dia dalam masa yang ditetapkan.

Perghhh... Memang best. Siap ada yang tergolek. Abis calar motor dia. Motor baru plak tu. Aku sendiri pun nyaris tak tergolek. Masa test tu banyak yang kena ulang dua tiga kali coz tak menjadi. Tayar belakang memang confirm botak. Asyik brek emergency je. Nak buat aksi2 la katakan. Tahun depan kalau dapat aku nak join lagi.

Monday, October 18, 2010

Family Day @ Bukit Gambang, Pahang

Tak tau nak tulis camne. Otak tengah tak bape nak sihat cam tuan dia coz baru nak ok dari demam + ada muntah2 + sakit seluruh badan + semua ada la. Tak tau la nape blh jadi camtu. Silap makan kut masa dinner malam tu. 1st day aku dah tumbang menyebabkan semua aktiviti yang dirancang tuk hari kedua semua tak dilansungkan.

Ni Dalam perjalanan ke Gambang



Dinner sesampai nye di Bukit Gambang Resort - Tak sangka ramai jugak warga ASTM ni




Dah kenyang main pool jap


Latihan kebakaran selepas acara sukaneka



Dinner malam pertama + majlis perasmian family day





Lepas habis dinner


Bukit Gambang theme park









Ni gambo permainan air dia je. Ada lagi jungle tracking, motor tayar 4 tu, boleh bawak jejalan dalam hutan, pastu apa nama dia yang cam latihan tentera tu, paint ball, indoor game, karaoke. Kira semua ada la.

Masa kat theme park tu aku jumpa keta ni. Make-up dia lebih kurang cam keta aku. Dari warna keta, sport rim, cara make-up, semua sama. Cuma jenis keta ngan spoiler dia je lain. Aku igt keta aku dah tukar jadi yang ni. Burtuah sangat2.


Gambo tuk perjalanan balik takde coz mood dah ilang. Masa balik tu aku ikut jalan lama je. Sampai karak baru naik highway. Dari gambang aku cari air kelapa, sampai Gombak baru ada. Pahang ni takde pokok kelapa ke??

Saturday, October 2, 2010

Penulis @ Majlis Perkahwinan Wok Maznah

Benda ni aku dah tulis lama. Masa kat rumah pengantin lagi kira2 dua minggu lepas, tapi tak boleh nak post. HP aku tetiba cam tak dapat line time hujan tu. So hari ni baru sambung.

Masa aku tengah menulis ni, aku berada kat majlis perkahwinan Wok Maznah Binti Yusof. Family dia ni kira ada sangkut paut ngan family aku merangkap aku punya family angkat. Bab angkat2 ni benda yang berlaku berpuluh2 tahun dulu la. Aku pun tak tau kenapa boleh jadi berangkat2 ni. Yang aku tau anak dia semua lelaki and lastly lepas aku jadi anak angkat dia, dia dapat anak perempuan. Kira2 dah 6 orang anak lelaki dia, then baru dapat anak perempuan 2 orang.

Masa aku sampai tadi hari tengah hujan lebat. Abis aku ngan hadiah yang aku bawak pun basah. Tak boleh nak buat apa dah, aku dok bawah rumah dia sementara nak tunggu hujan reda. Nak ambik tempat tuk makan. Aku bukan jenis yang rajin sangat nak join benda2 camni. Tapi kekadang tu klu rajin nye tiba, sampai malam aku tunggu. Semua majlis yang di buat aku join.

Aku tunggu sampai pengantin sampai and kebetulan lebih kurang 10 min sebelum pengantin sampai, hujan reda. Alhamdulillah sangat2. Kesian pulak aku tengok semua orang bertungkus lumus tuk lap balik meja ngan kerusi tuk pengantin. Siap dua kerusi kha tuk pengantin kena tukar lagi. Kompang sambut pengantin pun tak jadi sebab dek hujan. Ada hikmahnya tu..