Tu la nama kursus yang aku join hari ni. Satu hari aku kena jemur tengah panas ngan bebudak tu semua. Tapi hasilnya tak tau la berhemah or tak. Rasa nye berhemah kut 'sekejap'. Hahaha... Paling lama pun 3 ari.
Kursus tu mula pukul 8.30 pagi tadi bertempat di Safety Driving Center (SEL) Petaling Jaya. Ada 18 orang yang join and sorang tak datang jadi 17 orang je. Kat situ belajar camne nak jadi penunggang berhemah kat jalan raya tuk achive target 'zero accident'. Aku yang memang suka aktiviti luar ni pun menjoinkan diri tuk tengok mende dia nak ajar.
pagi2 masuk clas, dia briefing pasal pemanduan, undang2 jalan, bagi tengok video kemalangan. Memula yang biasa2 je. Makin lama makin ngeri dia nye video. Sampai tahap otak berterabur atas jalan. Memang insaf (tak pasti bape lama). Lepas minum pagi test balik cam ambik lesen 'L' tu. Kantoi semua tak ingat dah isyarat2 tangan.
Lepas makan tengahari ada short briefing tentang aktiviti petang, cara menunggang yang betul dan cara mengelak kemalangan. Yang ni yang best. Dah rasa macam orang yang buat aksi lagak ngeri tu. Bawak cilok2 celah kon rapat2. Pastu buat 'ziz zaz' celah kon. Bawak laju2 pastu brek emergency. Brek emergency sambil baringkan motor sikit cam nak drift. Kena bawak laju plak tu. Pastu kena bawak ikut trek test dia dalam masa yang ditetapkan.
Perghhh... Memang best. Siap ada yang tergolek. Abis calar motor dia. Motor baru plak tu. Aku sendiri pun nyaris tak tergolek. Masa test tu banyak yang kena ulang dua tiga kali coz tak menjadi. Tayar belakang memang confirm botak. Asyik brek emergency je. Nak buat aksi2 la katakan. Tahun depan kalau dapat aku nak join lagi.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment