Wednesday, August 4, 2010

kursus

Tanggal 21 julai 2010. Aku mula berkhidmat di syarikat baru yang mana bidang kerja baru aku ni ada sangkut paut dengan apa yang aku belajar selama ni. Tak macam kerja-kerja aku yang sebelum ni. Semuanya lari bidang. Bila pergi temuduga je, semua akan tanya macam mana aku boleh dapat kerja yang bukan bidang aku belajar sebelum ni. Gagap nak menjawap.

Dan alhamdulillah sangat-sangat aku dah dapat kerja yang memang bidang aku belajar sebelum ni, dan aku akan cuba capai cita-cita aku balik. Sekarang dah lebih kurang dua minggu aku kerja kat sini, macam-macam pengalaman baru aku dapat. Ada juga benda yang aku dah belajar, tapi aku dah lupa semua tu.

Dan hari baru aku pada minggu ni bermula dengan kursus. Dah tiga hari aku kursus dan macam-macam benda kena dengar. Bosan pun ada rasanya. Tapi nak buat macam mana kan? Dah wajib hadir. Kalau tak tak cukup pulak jam kursus untuk "confirm" nanti. Tu belum campur jam kursus tahunan. Adusss... Macam-macam la pulak tempat baru ni.

Walaupun macam-macam, tetap best. Masa kursus ada penerangan tentang background company, company profile, tentang HR, tentang semua department, kira semua diaorang terangkan la. Tak ada sorok-sorok. Dari situ dapat tau company ni best. Benefit banyak giler. Syarat ikut undang-undang yang ada. Langgar satu syarat, banyak benefit akan ditarik. TERUKNYA!!! Tapi pikir-pikir balik, hidup ni mesti ada undang-undang, kalau tak mesti lari dari landasan. Islam pun ada banyak undang-undang.

Esok aku ada lagi kursus sampai isnin depan. Senior supervisor merangkap group leader pulak dah bising jadual aku syik penuh dengan kursus je. Tak cukup orang nak buat kerja untuk aku punya site. Cam mana nak buat kan, dah arahan dari HQ. Ikutkan je dulu sebelum masuk kumpulan "haluan kiri" seperti sebelumnya. Tapi kali ni tak boleh nak "kiri" sangat. Kantoi mati wooo...

Yang penting mesti usaha untuk berjaya. Jalan dah ada. Diri sendiri yang menentukan. Insyaallah aku mampu lakukan yang terbaik untuk masa depan aku.

No comments:

Post a Comment