Wednesday, October 28, 2009

Nape Penat Sangat Ni

Hari ini aku baru balik dari Senawang, Negeri Sembilan. Aku kena tolong budak I-Kad tuk setup server. Tuk kerja ni, minggu lepas aku dah tau. Kerja luar camni, aku selalunya ok je.

Hari selasa lepas dalam 10.00 pagi aku bertolak ke sana dan buat kerja yang biasa2 je. Balik pun dalam pukul 9.00 malam. Hari ini sambung kerja pagi tadi dalam pukul 10.00 pagi, dan balik dalam pukul 5.00 petang. Aku sampai KL dalam pukul 8.00 malam. Tapi aku tak tau kenapa aku rasa penat lain macam.

Or ni effect dari kerja kat penang minggu lepas. Belakang badan aku pun rasa sakit semacam. Start hari isnin sampai hari ni, dah dekat 2 kotak koyok habis aku tampal kat belakang badan. Tapi sakit serupa tu gak. Nak pegi klinik, aku ni jenis liat sikit nak jmpa doktor.

Skrang pun aku tahan sikit penat ni coz dah lama tak update blog. Cerita yang ada tak boleh dibiarkan. Malam ni confirm tido x sedar pape. Jgn esok tak bangun pegi keje sudah. Mengamuk pulak bos aku nnti. Pasni aku ada keje luar lagi, Harap badan ni boleh ok sebelum hujung minggu ni. Insyaallah hendaknya....

Penatnya...LTAB

Dah agak lama aku tak pegi outstn tuk keje2 yg urgent. ntah cam mana kali ni aku kne plak. Server kat Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang rosak. petang hari jumaat aku dapat berita ni. Memang rasa seronok juga coz dah lama tak pegi sana.

Tapi sekarang ni kebanyakkan kerja luar, syarikat akan hantar junior coz nak suruh dia orang belajar. Aku tak kisah, klu dihantar ok, klu tak dihantar pun ok. Tapi kalau boleh memang nak pegi sana. Lama sangat dok opis. Bosan.

So tengah malam tu aku dapat cal tuk pegi sana. Bertolak kul 2.30 pagi, sampai sana dalam kul 6.30 pagi. Then tunggu orang sana tuk buat surat masuk dan terus buat kerja. Igt takde prob sangat, tau-tau bnyk plak problem dia. dah tkr hdd baru, port dia plak problem, pastu cd rom plak jap ok, jap bengong. pastu tunggu hantar fail setting, n tgu configure dia, sampai kul 10.30 malam aku kerja.

perghh...Rasa macam nak pengsan pun ada. Memang dah flat giler. Mana taknya. hari jumaat aku masuk keje kul 9.00pagi, balik kul 10.30 malam, kul 2.30 pagi (sabtu) trus drive pegi penang, sampai kul 6.30 pagi, pukul 7.30 lebih kurang trus buat keje, siap pukul 10.30, baru balik hotel rehat.

Lebih 36 jam aku tak rest. Patut la orang kata robot pun boleh hang. Aku yg bukan robot ni rasa lebih dari hang dah. Otak pun rasa cam dah tak boleh nak pk. Orang kat sana yg baik2, buat aku rasa tak tertekan dan boleh bertahan tuk buat keje.

Tuesday, October 20, 2009

BoSaN PuNYa PaSaL

Ni saja nak citer aktiviti aku masa standby kat ipoh dulu. Cam biasa aku bnyk abiskan masa ngan keta, ngn note book n ngan tido. Maklumlah dah xde aktiviti lain nak dibuat.

So kalau x g jalan2 ngan keta, aku dok main internet or game. kalau dah malas nak kuar or malas nak ngadap note book, aku tido je la. Aku tak tau nape aku jadi malas nak tengok tv. Aku rasa tak bape minat ngan siaran yg ditayangkan.

Klu pada hari biasa, pagi aku akan pegi keje, balik keje lepak kat bengkel member sampai maghrib. Pastu balik, mandi, wat apa yang patut. Then cam biasa on note book, layan internet r. Blog ni aku blaja wat sebab bosan nye pasal. Tgk pun cam best. Blh luahkan perasaan n jd diari kejadian. selain daripada tu, aku suka cri benda baru untuk aku blaja. Pas dah bosan or ngantuk, pegi tido. Camtu la aktiviti di hari keje.

Tuk hari sabtu ngan ahad plak, aku akan balik kampung. Kalau aku tak balik kampung, biasanya ble ada aktiviti kat ipoh la. Aktiviti yang biasa, lepak kat bengkel, servis keta r. Or bukak pe yg rasa tak kena. Baik tikus la katakan. tu untuk sebelah siang la. Tuk sebelah malamnya cam biasa gak. Main ngan note book.

Tak pun aku akan wat satu aktiviti pelik ni. Aktiviti ni slalu aku buat hari minggu je. Aku akan lepak kat Lumut. Tengok budak2 keta berlonggok ramai2. Ada yang main sound system, buat lampu kat keta dah macam keta berhias, buat ekzos berapi-api, n yang paling best DRIFT. Yang tu memang aku suka tgk. Lepak kat situ sampai tak sedar hari dah nak pagi. Slalu mesti balik pas kul 1 pagi nye la.

Tak pun aku akan buat lagi satu keje gila, pegi Cameron highland.
Pegi sorang2. Biasa pas maghrib aku akan gerak g sana, sampai sana, minum air satu cawan n makan pe yg patut, then turun balik ke ipoh. Drive naik lebih kurang 90km tuk minum n makan jer. huhu.. Memang keje gila. Tapi yg sebenarnya aku suka layan corner kat sana. BEST...

Ni je gambo yang ada. Masa ni baru sampai pekan brincang. Tak tau nape dah bosan sgt, aku naik Cameron awal skit. Masa ni dalam kul 7 petang kut.




Tuk semua aktviti lain xde gambo plak. Pen drive rosak kne virus. Abis ilang smua gambo pas kne format. Tk dapat nak diselamatkan. Sedih aku rasa hilang semua kenangan tu. So ada cite ni pun jadi la.

Friday, October 16, 2009

STaNDBY @ PiN PeRaK

Sedar tak sedar, lama jugak rupanya aku dok standby kat PIN Ipoh dulu tu. Igt jap jer. Bila dah balik KL, and nak anta report, baru perasan yg aku dok Ipoh dulu tu lama giler. Start bulan 2 sampai bulan 8. 6 bulan beb. Siap sempat puasa kat sana lagi. Klu tak kerana arahan, tak dapat la nk dok lama camtu kat satu2 tempat. Abis kuat pun 3 mgu je boleh bertahan. Tu pun dah mengelabah nak balik KL.

Smua user kat sana pun dah naik kenal ngan aku. Aku je yg tak kenal diaorg. N dah mmg perangai aku yg malas nak kenal ngan orang. Aku knl ngan yg ada sangkut paut ngan keje aku jer. Yang lain, mintak maap bebanyak ye. Bukan saja tak nak kenal. Malas nak serabutkan memori.

Aku dok sana lama2 pun bukan ada keje sangat. Cam yg ditugaskan. "STANDBY". so aku pun standby je la. pegi keje pagi, masuk keje check apa yang patut, settlekan apa prob yang ada, then tgh ari pegi makan. pastu sambung balik keje kalau ada. Kalau xde keje, cam biasa,main note book la.

Sepanjang aku kat sana, boleh dikatakan berjln lancar. Tak semua erk. Boleh dikatakan je. User smua ok. Happening. Kadang2 tu mmg pening (kalau ada keje yang x boleh settle la). Tp aku respek kat cni user dia cool. Yang masam muka ble ada prob tu biasa la. Tp diaorg bukan jenis yg nak marah sesuka hati. Mmg respek sangat2.

Klu public tu aku ssh sikit nak cakap. Kalau datang angin tak baik diaorg, user la yang jadi mangsa. kekadang aku kesian tengok user yang keje kena ngadap public ni. Tak tau nak sabo lansung. Tau nak cepat, marah orang, komplen. Tu je keje diaorg. Lansung tak pikir user ni ada prb ngan system ke, ngan hardware yg diaorg guna ke. Kadang2 borang yg public ni anta tak lengkap, salahkan user balik. Tapi tak smua la public ni teruk. Ada yang ok sampai sanggup tgu dari pagi sampai petang.

Ni la antara user yang aku sempat ambil gambo diaorg, time ni tgh tgu masa nak balik pas abis OT. Sempat la layan kartun yg kul tujuh tu jap. Bebudak yang lain aku takde gambo diaorg coz masa kat sini aku malas nak ambik2 gambo ni. maklumlah, bukan jenis nak berkawan ngan org sangat. Bukan memilih erk. Tapi pemalu. Diulang. PE MA LU.

And kat sana aku tak dapat nak menjiwang karat. Coz kat sana aweks kurang. Yang ramai tunang orang, bini orang, mak orang. Nenek orang pun ada. Tapi aweks boleh kurang plak. klu ada pun smua dah ada balak. Mushkil aku tempat ni kurang awek. Tak cam tempat lain. Lagi pun masa kat sana rambut aku panjang giler. So tak sesuai nak mejiwang ni.

And kat sana gak la bnyk pengalaman yg aku dapat. Pengalaman dok tempat orang lelama. Walaupun aku berasal dari perak, tapi kampung aku jauh gak. 1 jam 35 minit drive dari ipoh. So rasa berakal gak la dok sesorang lama2 camtu. Rasa naik bengong pun ada gak kekadang. Hari2 ngadap benda yg sama la katakan. Tapi nasib baik ada benda merah aku tu. Dia la kawan aku kesana kesini. Hilang sikit rasa bosan aku bila dapat mengukur jalan.

Pape pun, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua user kat PIN Ipoh coz memberikan kerja sama sepanjang aku berada kat sana. And tak lupa juga layanan diaorg yang sangat mesra cam moto diaorg jugak, "Khidmat Dengan Senyuman". Walaupun aku selalu mengusik orang kat sana, sampai kadang2 aku sendiri kena usik balik, semua tu gurauan semata2. Tanpa gurauan, hidup ni tak ceria.

Thursday, October 15, 2009

Aktiviti Akhir Sebelum Ramadan

Ni cerita sebelum Ramadan Al mubarak menjelang.

Minggu yang agak membosankan. Ahad. Ikut aktiviti orang je la.Aktiviti yang sendiri plan tak menjadi. Member ada hal katanya. So ikut je la apa aktiviti yang ada. Mula igt nak merayap dengan benda merah tu je, pastu dah tak tau nak g mana. Last2 sampai gak kat Port Dickson. Kebetulan budak opis tengah buat aktiviti kat sana. Tu yang jadi je kesana. Haha...

Sampai je sana diorang ajak aku mandi. aku ni jenis yang tak minat air laut. Tak boleh nak wat pape la kan, dah tak minat. Tu pun nasib baik sempat lari. Klu tak dah kena humban dalam laut la jawabnya. Tapi tengok cam seronok je diaorg tu mandi.

Ha..Yang tengah kena tanam tu anak Din. Aku tengok best je budak ni main pasir ngan mandi laut. Bebudak la katakan. Aku pun camtu gak agaknya kcik2 dulu. ntah2 lebih lagi. hahaha...


Petang ni tak ramai sangat orang. Coz tadi dah ujan. Klu tak, mau cam pesta tempat ni. Masa memula aku sampai je td masih ramai lagi. tu pun ramai yang tengah kemas nak balik. Dua kali gak la aku pusing nak cari parking.

Makanan semua disedikan oleh bini Din dan bebudak pompuan. Bunyik cam ramai je budak pompuan yang datang erk. Padahal Wani sorg je. Bile dah kat tempat camni, semua makanan nampak sedap. Tapi memang sedap pun. huhu...

So, pada hari tu ada gak la aktiviti yang dapat aku buat. Klu pikir balik memang gila. Saja drive tak tau hala tuju, last2 sampai PD. Bukan dekat tu. Sejam lebih gak pegang stering. Tapi klu dah benda merah tu je buah hati pengarang jantung, 1 jam 30 minit drive pun rasa sekejap je. haha...

Kereta Ku,
Harta Ku,
Buah Hatiku,

LaMaNYa TaK uPDaTe...

Assalamualikum...

Kepada sesiapa sahaja yang pernah msk ke blog saya ni, saya ucapkan ribuan terima kasih. Dah lama saya tak update blog ni. Sejak saya balik kampung raya puasa lagi. Al maklumlah, kampung xde internet. Broadband yang ada pun tak boleh nak guna kat kampung. Coverage xde. Kampung kat pedalaman katakan. Nak buat camne kan. Tapi jangan silap. Kampung kat pedalaman, bila raya lagi meriah tau...Jangan jeles...

Sebenarnya dari sebelum masuk Ramadan lagi, banyak cerita yang nak saya masukkan,. Tapi masa tidak mengizinkan. Dengan Out stesen nye, kne wat report cepat coz nak kne anta secepat yang mungkin, tido dan tengok kartun. Tu belum lagi masa tuk kereta.. hahaha.. Klu dah mengadap kereta tu, mau setengah hari tak berganjak..

So mulai hari ni cam dah ada masa yang agak terluang sikit. Rasanya sempat kut nak masukkan balik semua cerita yang terlepas sebelum ni. Tapi tu pun bergantung la pada coverage broadband saya ni. Klu dia wat hal, tak boleh nak buat apa la kan kan kan???

Tuesday, October 13, 2009

THE ABC'S OF FRIENDSHIP

Always be honest
Be there when they need you
Cheer them on
Don't look for their faults
Every chance you get, call
Forgive them
Get together often
Have faith in them
Include them
Just listen
Know their dreams
Love them unconditionally
Make them feel special
Never forget them
Offer to help
Praise them honestly
Quietly disagree
Rescue them often
Say you're sorry
Talk frequently
Use good judgment
Vote for them
Wish them well
X-ray yourself first
Your word counts
Zip your mouth when told a secret