Sedar tak sedar, lama jugak rupanya aku dok standby kat PIN Ipoh dulu tu. Igt jap jer. Bila dah balik KL, and nak anta report, baru perasan yg aku dok Ipoh dulu tu lama giler. Start bulan 2 sampai bulan 8. 6 bulan beb. Siap sempat puasa kat sana lagi. Klu tak kerana arahan, tak dapat la nk dok lama camtu kat satu2 tempat. Abis kuat pun 3 mgu je boleh bertahan. Tu pun dah mengelabah nak balik KL.
Smua user kat sana pun dah naik kenal ngan aku. Aku je yg tak kenal diaorg. N dah mmg perangai aku yg malas nak kenal ngan orang. Aku knl ngan yg ada sangkut paut ngan keje aku jer. Yang lain, mintak maap bebanyak ye. Bukan saja tak nak kenal. Malas nak serabutkan memori.
Aku dok sana lama2 pun bukan ada keje sangat. Cam yg ditugaskan. "STANDBY". so aku pun standby je la. pegi keje pagi, masuk keje check apa yang patut, settlekan apa prob yang ada, then tgh ari pegi makan. pastu sambung balik keje kalau ada. Kalau xde keje, cam biasa,main note book la.
Sepanjang aku kat sana, boleh dikatakan berjln lancar. Tak semua erk. Boleh dikatakan je. User smua ok. Happening. Kadang2 tu mmg pening (kalau ada keje yang x boleh settle la). Tp aku respek kat cni user dia cool. Yang masam muka ble ada prob tu biasa la. Tp diaorg bukan jenis yg nak marah sesuka hati. Mmg respek sangat2.
Klu public tu aku ssh sikit nak cakap. Kalau datang angin tak baik diaorg, user la yang jadi mangsa. kekadang aku kesian tengok user yang keje kena ngadap public ni. Tak tau nak sabo lansung. Tau nak cepat, marah orang, komplen. Tu je keje diaorg. Lansung tak pikir user ni ada prb ngan system ke, ngan hardware yg diaorg guna ke. Kadang2 borang yg public ni anta tak lengkap, salahkan user balik. Tapi tak smua la public ni teruk. Ada yang ok sampai sanggup tgu dari pagi sampai petang.
Ni la antara user yang aku sempat ambil gambo diaorg, time ni tgh tgu masa nak balik pas abis OT. Sempat la layan kartun yg kul tujuh tu jap. Bebudak yang lain aku takde gambo diaorg coz masa kat sini aku malas nak ambik2 gambo ni. maklumlah, bukan jenis nak berkawan ngan org sangat. Bukan memilih erk. Tapi pemalu. Diulang. PE MA LU.
And kat sana aku tak dapat nak menjiwang karat. Coz kat sana aweks kurang. Yang ramai tunang orang, bini orang, mak orang. Nenek orang pun ada. Tapi aweks boleh kurang plak. klu ada pun smua dah ada balak. Mushkil aku tempat ni kurang awek. Tak cam tempat lain. Lagi pun masa kat sana rambut aku panjang giler. So tak sesuai nak mejiwang ni.
And kat sana gak la bnyk pengalaman yg aku dapat. Pengalaman dok tempat orang lelama. Walaupun aku berasal dari perak, tapi kampung aku jauh gak. 1 jam 35 minit drive dari ipoh. So rasa berakal gak la dok sesorang lama2 camtu. Rasa naik bengong pun ada gak kekadang. Hari2 ngadap benda yg sama la katakan. Tapi nasib baik ada benda merah aku tu. Dia la kawan aku kesana kesini. Hilang sikit rasa bosan aku bila dapat mengukur jalan.
Pape pun, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua user kat PIN Ipoh coz memberikan kerja sama sepanjang aku berada kat sana. And tak lupa juga layanan diaorg yang sangat mesra cam moto diaorg jugak, "Khidmat Dengan Senyuman". Walaupun aku selalu mengusik orang kat sana, sampai kadang2 aku sendiri kena usik balik, semua tu gurauan semata2. Tanpa gurauan, hidup ni tak ceria.
obat kuat pria
8 years ago
2 comments:
kat PIN penang tk de gambo pun :(
yunus standby kat pin perak je la cik kisya. Tuk pin penang org lain yg jaga.
Post a Comment