Wednesday, November 25, 2009

Hari Minggu + Takde Aktiviti = Bosan + Nasib Kureng Baik (II)

Semalam aku pegi keje tumpang orang. Hari ni pun sama jugak, masih lagi kena tumpang orang. Nasib baik kawan aku tu ok. Dah tiga hari kereta aku masuk bengkel.

Malam tadi aku pegi tengok kereta. Enjin dah naik balik. tapi baru masuk la. belum siap lagi. Mungkin hari ni boleh siap. harap-harap la. Esok aku nak balik kampung. Hari Jumaat ada kenduri. Kalau aku tak balik, mengamuk family aku.

Bila tengok kereta aku macam tu, enjin dah atas lantai, ruang enjin kosong, aku rasa sedih plak. kesian dia. Aku selalu bawak dia ikut suka hati aku. Bila dah rosak, aku jugak yang susah. Padan muka aku.

Tapi pikir-pikir balik, dah lumrah. Mana ada benda yang tak rosak sampai bila-bila. Tapi aku bersyukur. Setiap benda yang berlaku pasti ada sesutu yang tersurat dan tersirat. Kita tunggu dan lihat je la.

Sunday, November 22, 2009

Hari Minggu + Takde Aktiviti = Bosan + Nasib Kureng Baik

Semalam hari sabtu, setengah hari. Hari ini hari ahad, public holiday.

Arhhhhh... Bosannnn... Tak tau nak buat apa. Dok rumah main game, pastu keluar pusing2 abiskan minyak kereta. Balik rumah sambung main game sampai mata dah merah, tido. Bangun tido main game sampai mata dah nak terkeluar.

Ambil kunci kereta, pusing2 tak tau mana nak pegi, masuk KL, jem. Adussss lagi.. Tengah2 jem boleh pulak kereta buat hal. Enjin jalan 3 piston, dah bunyi macam motor bot. Gegar jangan cakap. Boleh buat mesin coklat shake. Tak tau nak buat apa sebab jalan pun jem tahap cipan, hanya tawakal untuk sampai rumah.

Ni tengah dok pening pikir camne nak pegi keje esok. Takkan nak bawak je dengan bunyi macam motobot tu. Nak pegi bengkel dulu, pukul berapa nak masuk keje.

Ishhh... Macam2 hal la.

Friday, November 20, 2009

KeHiDuPaN


Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa

Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata

Syukurlah kiranya ada yang menyakitimu kerana dia mengajarmu erti tabah

Syukurlah kiranya ada yang tidak memperdulikanmu kerana dia mengajarmu berdikari

Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu kerana dia menghebatkanmu untuk terus bangun lagi

Syukurlah kiranya ada yang menyiksamu kerana dia mengajarmu kesabaran dan ketabahan

Monday, November 16, 2009

Sayang - Cinta @ Sahabat

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka,
kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...

Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada !!

Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal,
tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.


Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir
tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita.

Hack Windows Vista Logon Account Password

Microsoft takes five years plus to develop Windows Vista, the so-called highly secured and renowned Windows operating system, with an overly redeveloped kernel.

But someone from China claimed that he takes only 3 minutes to hack or crack into Windows Vista logon account, or probably silently adding new Administrator account to Windows Vista without having to know the existing Administrator password.

Steps to crack Windows Vista logon account password (in case of forgotten Vista Administrator password)


1. It’s really an interesting article to me, but I’m not able to prove it until some days next week. You may try it safely and be kind to tell me the truth.

Please take note that this handy tip (if it works) is intended to regain a forgotten Vista Administrator password. It is not intended to illegally hacking into a Vista system that’s not owning by users who refer this guide!

Reboot the Windows Vista and boot up with Windows Vista installation DVD.


2. While the Windows Vista installation interface pops up, click the Repair You Computer link at the bottom-left corner.

3. Next, the System Recovery Options dialog box appears. There are few options that related to repairing Windows Vista, looks like Recovery Console in Windows XP:
Startup Repair options is used to automatically fix problems that are preventing Windows Vista from starting.

System Restore to restore Windows Vista setting to an earlier point in time.

Windows Complete PC Restore to restore Windows Vista from a full system backup.

Windows Memory Diagnostic Tool could be the first Microsoft memory tester toolkit that bundled with Windows setup media.

Command Prompt is the target option of this Vista hacking guide. Click on this option now.

4. In the Vista Command Prompt, type mmc.exe and press ENTER key to bring up the Microsoft Management Console.

5. Click on the File menu, select Add / Remove Snap-in option, locate and select the Local Users and Groups on the left panel, and click Add button to add it to the right panel.

6. Now, the Choose Target Machine dialog box pop up. Keep the default setting by clicking the Finish button – that means using the Local Users and Groups snap-in to manage this local computer, and not another computer in network.

7. Click OK button and return to MMC windows. Under the Root Console in left panel, double-click Local Users and Group that was added earlier. Click on User folder, locate and right-click the target Vista logon account that found in the right panel.

*Guess you should know what to do now. Select the Set Password from the right-click menu to set a new password / reset old password.

Sunday, November 15, 2009

Hackers Celup

Haha...rasa cam hackers plak. Pc ngan laptop punya banyak sampai tak muat meja aku. Aku nye laptop atas meja. Yang sebelah tu laptop member aku.


Dia lupa password admin. Dah 3 hari tak boleh masuk. Pandai sangat nak buh password panjang2. Padan muka dia. Dan padan muka aku kena tolong reset password dia. Dah la nak cari software reset password tuk vista tu susah. Pening aku rasa. Nasib baik ada kawan2 yg lagi bijak.


Pc yang kat atas kotak tu anak buah aku punya. Baru beli. Aku kne pasang n install ape yang patut. Abang ipar aku suh beli coz dah sampai masa bebudak tu guna komputer. Aku nak siapkan smua malam ni coz mungkin ari isnin aku kena pegi out stesen. Dapat jugak aku try cd Windows Seven aku ni. Best gak rupanya. Tak tau la anak buah aku tau guna or tak. Jangan kne dok ajar dia plak nnti. Satu hal plak nak ngadap diaorg tu. Dah la smua buas semacam.

Thursday, November 12, 2009

Mohon Maaf

Apa aku dah buat? Aku rasa ada seseorang yang semakin menjauhkan diri daripada aku. Aku ada buat salah pada si dia ke? Aku mengimbas hari2 lalu. Walau pun hanya sekadar kawan, aku akan rasa sangat bersalah dan tidak tenteram jika seseorang itu berubah sikap terhadapku. Jika aku bersalah, aku minta dimaafkan. Jika aku jahat, aku minta ditegur. Jika perbuatan ku tidak betul, aku minta dibetulkan. Aku tidak mahu kawan2 aku bermasam muka terhadapku.
Pernah aku membaca satu artikel, "Jika kamu membenci seorang manusia, Kamu akan dibenci oleh tiga orang manusia yang lain. Jika kamu bermasam muka kepada seorang manusia, kamu akan melihat 3 orang manusia bermasam muka kepadamu".
Aku tidak mahu semua ini berlaku. Wahai kawan2 ku, tegurlah aku atas setiap kesilapan ku. Insyaallah, aku akan cuba berubah.

Tuesday, November 10, 2009

Hanya Tuhan Yang Menentukan

Aku rasa gembira coz kerja aku kat utara dah selesai. Tapi itu semua hanya untuk sementara apabila aku dapat tau opah aku masuk hospital. Jangkitan kuman pada paru2. Doktor kata mungkin tak ada harapan. Suara kakak aku perlahan dan sedih bunyinya. Aku membatalkan hasrat balik ke Kuala Lumpur dan terus pulang ke kampung.
Hari ini aku pergi melawat opah aku yang sedang terlantar kat hospital. Masuk je wad ICU, aku rasa macam nak menangis. Opah aku sedang terlantar tak sedarkan diri. Satu badan dia penuh dgn wayar dan tiub. Segala jenis mesin aku tgk dekat dgn katil dia. Aku tak mampu nak cakap apa2. Aku cuma mampu pegang tangan dan berdoa untuk dia. Badan dia kurus, tgn dia sejuk, muka dia pucat. Aku rasa tak sanggup tengok penderitaan dia.
Ya Allah, Hanya engkau yang mampu memberi bantuan yang sewajarnya.

Sunday, November 8, 2009

Keta Akuuu...

Arghhhh....
Tensionnya bila tgk keta aku kotor giler. Ni smua kes balik dari belantik semalam la. Jalan dia dah macam jalan tuk lori balak. Banyak tmpt yang baru tambak nak buat jalan baru. Abis sangkut2 skirt keta aku. Dah la ujan lebat plak sebelum tu. Penuh lumpur kat keta aku ni hah. Menyesal aku ikut jalan tu untuk ke alor star. Kalau aku tau aku pusing jauh sikit takpe. Sampai alor star, car wash plak smua dah tutup. Lagi hangin aku rasa. Cian keta comel aku ni. Sampai sekarang kotor lagi. Nak pegi basuh ada keja pulak. Lepas ni la nampaknya.

Friday, November 6, 2009

Dah 5 Hari Di Utara

Sudah lima hari aku out stesen di utara. Hampir semua lokasi telah aku selesaikan mengikut jadual yang diberi. Tinggal lagi dua lokasi yang masih belum selesai.Baki dua lokasi ini terdapat sedikit masalah. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, bantuan dari HQ diperlukan. Dan ini akan mengakibatkan jadual kerjaku lari dari yang sepatutnya.

Tuesday, November 3, 2009

Koyok or Salonpas


Hampir dua minggu belakang badan aku sakit. Akhirnya hari ini aku rasa lega sangat. Semuanya dengan bantuan pelekat ajaib ni. Tapi lama gak baru ok. Dah bape kotak erk benda ni aku pakai. Aku rasa dalam 6 kotak dah kut. Belakang badan aku dah macam surat penuh setem. Dan Alhamdulillah akhirya lega jugak.

Vios @ Langkawi

Ni pengalaman baru aku kat Langkawi. Selalu kat sana aku naik teksi or sewa keta kancil jer. Tapi kali ni aku buat giler sikit. Sebab kali ni aku sewa keta VIOS. Kalau dengar jenis keta tu, mesti semua orang igt sewa dia mahalkan.

Ni la keta yg aku sewa tu. Pada korg la, agak2 bape sewa dia? Haha.. Aku bayar rm60.00. Caya tak? Aku mula2 tak percaya cakap brother tu. Tapi dah dia tunjuk keta kat aku, so apa lagi. Jadi jer la. Aku sewa satu ari tau. Dari Petang semalam sampai petang ari ni.

Tak tipu erk. Ni gambar kunci dia. Best bawak Vios. Rilek jer langgar lubang. Duduk dalam pun sedap jer. Tu belum keta yg mahal lagi. Sempat gak la melaram ngan keta tu. Yang tak puas ati nye, aku bawak keta kat tanah besar, awek tak pandang. Bila aku bawak Vios kat sana, smua awek tgk. Siap senyum lagi. Memang awek sekarang mata duitan.

*tak semua kut :)

Monday, November 2, 2009

Nak Pegi Langkawi - Keje

Aku sekarang berada kat terminal feri kuala perlis. Ni sebab dah bosan sangat la tunggu feri. Aku sampai pukul 6.05 petang kat sini. Feri pukul 6.00 baru je lepas.

So aku pun buka notebook and cuba on broadband. Dan sungguh tak disangka-sangka boleh dapat HSDPA. Full bar lagi. Jangan tak percaya tempat macam ni boleh dapat line tahap camtu.

Aku online hari-hari kat Gombak (Kuala Lumpur) pun jarang dapat full bar. memang rasa menarik giler. Tunggu feri satu jam pun blh rasa sekejap jer. Maklumlah, dah ada benda nak dibuat.

Sunday, November 1, 2009

Ketenangan???

Kusangkakan ketenangan yang aku rasai ini adalah milik ku. Rupa-rupanya semua itu hanya bersifat sementara. Hanya dapat aku lalui, aku kecapi untuk sementara waktu sahaja. Dimanakah ketenangan abadi yang ku cari?

Setelah hampir sekian lama aku merasakan ketenangan abadi semakin menghampiri. Walaupun dengan keadaan waktu kerja yang tak menentu, kesihatan yang hanya boleh dikatakan “OK”, jarang bertemu rakan-rakan, dan banyak menghabiskan masa berseorangan, aku rasa semua itu tidak menghalang untuk aku merasa tenang selama ini. Aku dapat merasakan diriku semakin gembira, tidak tertekan, otakku semakin kosong dari memikirkan pelbagai masalah.

Hari ini segalanya berubah. Ketenangan yang aku rasakan hilang tiba-tiba. Entah kenapa aku menjadi cepat marah. Kenapa boleh jadi begini? Adakah salah aku membantunya? Kenapa bantuan yang diberi dibalas dengan bahasa yang kasar? Salahkah aku tidak menerima pelawaannya untuk keluar? Aku hanya mengharapkan perkataan “terima kasih”. Bukan tinggi suara dan cemuhan yang tidak berasas.

Otak ku semakin ligat memikirkan dunia sekarang. Ketenangan yang dapat aku rasai berbulan-bulan lari entah kemana. Aku bingung.