Apa aku dah buat? Aku rasa ada seseorang yang semakin menjauhkan diri daripada aku. Aku ada buat salah pada si dia ke? Aku mengimbas hari2 lalu. Walau pun hanya sekadar kawan, aku akan rasa sangat bersalah dan tidak tenteram jika seseorang itu berubah sikap terhadapku. Jika aku bersalah, aku minta dimaafkan. Jika aku jahat, aku minta ditegur. Jika perbuatan ku tidak betul, aku minta dibetulkan. Aku tidak mahu kawan2 aku bermasam muka terhadapku.
Pernah aku membaca satu artikel, "Jika kamu membenci seorang manusia, Kamu akan dibenci oleh tiga orang manusia yang lain. Jika kamu bermasam muka kepada seorang manusia, kamu akan melihat 3 orang manusia bermasam muka kepadamu".
Aku tidak mahu semua ini berlaku. Wahai kawan2 ku, tegurlah aku atas setiap kesilapan ku. Insyaallah, aku akan cuba berubah.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment