Jumaat yang lepas aku balik kampung dengan anak buah yang aku ambik kat Melaka tu. Kebetulan memang dah lama tak balik kampung. Rasa teruja jugak nak jumpa Family walaupun aku balik kali ni cuma ada mak & ayah, family akak yang sulong ngan family akak yang nombor dua. Yang lain tak dapat cuti.
Pagi jumaat aku bertolak dari Kuala Lumpur, dalam pukul 1.20 tengahari aku sampai kat Kampung. Sebab dah lambat aku tak balik rumah trus. Aku singgah kat rumah akak, park kereta kat sana and terus ambik moto pegi semayang jumaat.
Pas makan kat rumah akak, baru aku balik rumah mak & ayah aku. Petang tu aku kena buat kerja-kerja amal kat rumah sendiri. Macam biasa la kalau aku balik kampung. Kali ni ada keje amal lebih sikit coz kena repair pintu bilik air. Petang tu jugak akak aku yang sulong sampai.
Tengah ari tu mak aku masak best. Masak lemak ketam, ikan goreng cicah sambal asam, daging masak kicap, pastu ulam-ulam la cam biasa. Perghhh... Sedappp... Masa taip ni pun rasa cam nak memleleh air liur. Tambah-tambah pulak dah lama tak makan mak masak. Pas makan akak aku balik rumah dia coz abang ipar aku keje malam.
Ahad aku pegi jumpa kengkawan kat kampung, pusing-pusing jap pergi Kampung Gajah and Teluk Intan. Pastu petang aku balik Kuala Lumpur.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment