Hari ni aku pergi kenduri member kat Masjid Tanah Melaka. Bunyi macam jauh. Kebenarannya memang jauh. Tapi dah takde aktiviti lain, dan ada member yang setuju jer nak pegi, semua benda boleh jadi.
Pukul 11.30 pagi dari Kuala Lumpur, sampai rumah member lebih kurang pukul 2.00 petang. Sampai jer trus makan. Adat orang bujang datang kenduri. Pas makan, lepak-lepak jap kat rumah dia sambil membincangkan hal dunia.
Lepas tu jugak bila dah bosan terus merayap ke pantai Pengkalan Balak untuk melepakkan diri lagi sambil mengusha awek kat sana. Tapi takde awek plak. Mungkin terpelihara.
Masa nak balik ke Kuala Lumpur, kereta banyak semacam. Baru teringat hari ni ada game bola Negeri Sembilan lawan Kedah. Sampai je kat exit Seremban, tiba-tiba ada kereta depan-depan mana ntah brek emergency. Fuhhh.... Aku sempat brek cam biasa. Tak brek emergency pun, tapi kereta belakang hampir-hampir nak langgar belakang kereta aku, nasib baik aku elakkan kereta aku ke kanan lagi. Kalau takkkkk.... Adusss.... Selagi lagi aku rasa terpelihara.
Sampai je exit Kajang, dia punya jem, roti satu lori pun tak cukup. Gerak skit-skit mengalahkan siput. Sampai la exit nak pegi stadium Bukit Jalil. Aku dah takde mood nak pegi mana-mana dah coz dah penat and lepas kejadian hampir-hampir tu. So aku pegi makan and terus balik je.
obat kuat pria
8 years ago
No comments:
Post a Comment