Thursday, April 29, 2010

Penat Tapi Gembira

Penat jugak. Dah lama tak kena keje luar camni. Selalu dok opis jer. Sekali kena keluar, bila balik rasa macam orang tak dapat balik rumah sebulan. Padahal baru 3 hari. Drive jauh-jauh ni orang kata bosan. Pada aku sama jer. Kena plak yg jenis cam aku ni, suka berseorangan. Tapi pegi kali ni berdua. Memang confirm tak bosan.

Hari pertama aku pegi Kedah. Bertolak dari KL pukul 4 pagi, sampai lokasi lebih kurang pukul 9 pagi. Hehe.. Memang cepat, coz masuk jer highway, terus jadi pelesit. Tak laju sangat. Laju sikit jer. Lepas ipoh trus jadi pemandu berhemah.

Petang tu jugak aku terus ke Pulau Pinang. Dua hari kat sana. Sambil menyelam, minum air. Tu pepatah orang tua la.

Sebelum ni satu pulau aku dah pusing. Tapi Bukit Bendera aku tak pernah naik. So hari ketiga aku sempat ke sana. Semuanya berakhir dengan kehampaan. Tengah renovate. Hiss...time ni la nak renovate nya. Esok-esok tak boleh ker. Bagi la aku naik dulu. Dah la nak pegi sana sesat. Aeiiii... Geram tul la.

Dok Penang dua hari, makan nasi kandar dua kali, nasi beryani sekali. Terbaik punya. Nasi kandar pelita tuk malam sampai penang. Nasi beryani (apa erk? tak hingat la pulak. nnti update) tuk hari pertama. Nasi kandar line clear tuk hari kedua. Dok lama-lama kat sana, confirm muka cam mamak.

hari ketiga jugak aku blk KL. Dari penang pukul 1 lebih (tengah hari), aku sampai KL lebih kurang pukul 5 petang (sampai tol duta). Hantar member dulu, sampai rumah dia (Bangsar) pukul 6 petang (jalan jem giler). Sampai rumah aku (Gombak) pukul 7 petang (jem tahap cipan - siput pun laju).

Saturday, April 24, 2010

Kenapa Tak Cuba

Lama dah aku tengok orang main benda ni. Hari-hari dia manage blog and main klik-klik kat web. Aku pelik gak mende yang diaorang main. Aku pun mula nak tau and akhirnya aku tau la apa yang dinamakan cari duit dari internet.

Nak buat macam tak susah. Cuma buat blog or web tuk publish pada orang ramai. Pastu main trafik tuk blog tu coz lagi tinggi trafik, lagi bnyk iklan yang orang nak buh kat blog or web kita. Masa tu la boleh buat duit. Selain tu ada cara lain tapi makan masa juga la.

Cari duit banyak mana pun tak kan cukup. Tapi kita mesti ubah tahap kehidupan. Yang penting, "Usaha Tangga Kejayaan". Lambat and penat... "Usaha LIF Kejayaan". Hehe.. Lebih cepat dan mudah.

Friday, April 23, 2010

Celcom Oh Celcom

Jumaat - Yang aku sendri pun tak tau best or x. Pagi-pagi dah bangun lewat. Tengok kat PC cite yang download semalam x abis lagi walaupun semalam tinggal 15% nak complete. "Satu malam pun x complete" hati aku merungut. Broadband sekarang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat slow. "Kenapa laa.... Bayar mesti cepat, line lambat takpe plak" merungut lagi. Dah hampir seminggu line celcom teruk. Bukan kat rumah jer. Kat opis pun sama. Call celcom support dah bnyk kali. " Kami minta maaf atas segala kesulitan, nanti technical kami akan check". Alasan yang sama dari dia punya support. Call 10 ratus kali pun sama jugak. Adussss...

Tuesday, April 20, 2010

On Wheel Balancing

Semalam aku buat on wheel balancing kat keta aku. Saja nak cuba try test best ke tak coz sebelum ni cuma buat pakai machine jer. Kalau buat pakai machine tu tak bape best sangat. Bawak lebih 120km/j jer dah rasa gegar stering. Tapi bukan truk sangat la.

Dah la niat aku tuk pakai balik rim 14 inci tak kesampaian. Boleh pulak tayar kat rim tu mengelembung. Satu tayaar tak boleh pakai. Nak beli tayar lain rasa cam malas plak. So pakai je la rim 16 inci aku tu. Kalau pakai rim 14 inci tu, boleh merempit lebih skit. Pickup lagi sedap. Tapi kalau lalu kat bonggol sendiri mau ingat la. Rasa terguris samapi ke hati. Hahaha...

Bila aku dapat nak pegi jauh sikit ni? Dapat rempit atas highway, fuuuu..... Nak cuba try test sedap or tak pas buat on wheel balancing ni. Kalau tak gegar sampai abis meter, memang terbaik.

*PaNDu CeRMaT, iNGaTLaH oRaNG YaNG TeRSaYaNG...
;)

Sunday, April 18, 2010

Nape Tiba-Tiba Lapar Sangat Ni?

Tengah best main internet yg buat sakit ati coz line x bape ok, tiba rasa lapar plak. Kalau lapar sikit-sikit takpe. Ni rasa lapar sgt plak. So, tanpa membuang masa, tukar baju, ambik kunci keta dan terus menuju ke kedai makan.

Makan nasi lemak la malam-malam and time ujan camni. Best giler. Pasni balik nak iron baju, pastu boleh tido. And lagi best dapat tido time sejuk camni..

Masak Lemak Ketam

Jumaat yang lepas aku balik kampung dengan anak buah yang aku ambik kat Melaka tu. Kebetulan memang dah lama tak balik kampung. Rasa teruja jugak nak jumpa Family walaupun aku balik kali ni cuma ada mak & ayah, family akak yang sulong ngan family akak yang nombor dua. Yang lain tak dapat cuti.

Pagi jumaat aku bertolak dari Kuala Lumpur, dalam pukul 1.20 tengahari aku sampai kat Kampung. Sebab dah lambat aku tak balik rumah trus. Aku singgah kat rumah akak, park kereta kat sana and terus ambik moto pegi semayang jumaat.

Pas makan kat rumah akak, baru aku balik rumah mak & ayah aku. Petang tu aku kena buat kerja-kerja amal kat rumah sendiri. Macam biasa la kalau aku balik kampung. Kali ni ada keje amal lebih sikit coz kena repair pintu bilik air. Petang tu jugak akak aku yang sulong sampai.

Tengah ari tu mak aku masak best. Masak lemak ketam, ikan goreng cicah sambal asam, daging masak kicap, pastu ulam-ulam la cam biasa. Perghhh... Sedappp... Masa taip ni pun rasa cam nak memleleh air liur. Tambah-tambah pulak dah lama tak makan mak masak. Pas makan akak aku balik rumah dia coz abang ipar aku keje malam.

Ahad aku pegi jumpa kengkawan kat kampung, pusing-pusing jap pergi Kampung Gajah and Teluk Intan. Pastu petang aku balik Kuala Lumpur.

Friday, April 16, 2010

Sambil Menyelam Minum Air

Pastu lemas, mati... hahaha..

Tu peribahasa lama yang serba sedikit dah tak boleh pakai. Apa aku merepek ni?

Sebenarnya aku nak tulis perihal hidup aku hari ni je. Pagi tadi aku bangun lewat. Pukul 8.15 pagi baru bangun. Tu pun anak buah aku call tanya pukul berapa nak datang ambik dia. Kalau tak, sampai tengah hari aku tidur. Semua ni akibat daripada kejadian semalam. Baca sendiri.

So apa lagi, kelam kabut la aku bangun and bersiap coz janji nak ambik dia sebelum tengahari. Kalau dah kelam kabut, drive cam biasa la. Mesti tak ikut had kelajuan nye lah. Bukan laju sangat, laju sikit je.

Sampai je sana, tinggal anak buah aku je yang tak balik lagi kat blok tu. Kesian dia. Apa punya pakcik la aku ni kan? Pastu dia kata tak pernah pusing-pusing kat Melaka ni lagi walaupun dah satu tahun dia belajar kat situ. Aku bawak la dia pegi bandar hilir.

Pastu makan, terus balik KL. Sampai KL pukul 6.15 petang. Rehat jap sambil melayan anak buah yang kat rumah pulak. Then teringat dah janji ngan member nak pegi ambik sport rim dia tuk projek kat keta dia. *Ni tajuk lain. Sambung lain kali k.

Thursday, April 15, 2010

Apa Yang Aku Fikirkan?

Besok aku perlu memandu ke Melaka untuk mengambil anak buah ku. Jam di dinding menunjukkan pukul 4.17 pagi. Aku masih tidak berasa mengantuk. Adakah betul apa tindakan aku yang hanya melayan perasaan tidak mengantuk ini atau aku perlu memaksa diri ini untuk tidur.

Tapi, jika dipaksa mampukah aku tidur? Atau aku cuma akan berkhayal dalam pejam? Apakah yang membuatkan aku tidak mampu untuk tidur malam ini? Apakah yang menggangu kotak fikiran aku ini?

Aku masih tidak menemui segala jawapan. Yang aku tahu, aku masih lagi bermain dengan papan kekunci dan tetikus laptop aku ini. menekan dan menggerak-gerakkan tanpa arah tujuan. Segalanya tidak ada perancangan. Hanya mengikut kehendak mata dan tangan.

Ya Allah, aku bermohon kepada mu untuk mempermudahkan segala urusan ku, mempermudahkan kehidupanku, mempermudahkan pimilihanku. Tunjukkan lah aku ke jalan yang benar. Berilah aku ketenangan. Kepada Mu aku berserah segalanya. Engkau lah yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Amin...

Wednesday, April 14, 2010

Dah Ada Absober

Sebelum ni, kereta aku macam kereta kuda bila naik. Tuk yang perangai cam aku, suka layan lap, memang sedap. Tapi untuk orang yang beli kereta untuk dinaik, memang akan membebel. Lama-lama aku sendiri pun dah mula rasa tak best. maklum la, bukan selamanya nak layan benda cam tu.

Atas sebab-sebab tertentu, aku pun mengambil keputusan untuk menukarkan absober aku yang keras tu kepada yang lebih lembut. Sesedap rasa la pada aku. Tapi tahap rendah kereta tetap diutamakan. Perangai yang tu aku tak dapat nak ubah. Coz pada aku, kereta yang tinggi umpama lori tanah. Memang aku tak suka.









Dan semalam aku dapat absober baru aku setelah hampir satu bulan aku tunggu. Setelah siap dipasang, perghh... Nikmat rasanya bila naik keta yang laju dengan keadaan stabil. Tapi bila layan corner aku rasa cam kureng jer. Nasib baik absober aku ni boleh dilaraskan mengikut kehendak hati. So aku akan pakai dulu and nanti aku akan setting balik ikut kehendak aku.

Kepuasan diutamakan.

My New Brake Disk

Akhirnya. Sekian lama aku tunggu untuk pakai brake disk depan yang lebih besar, semalam hari yang ditunggu tiba. Sebelum ni hanya pakai brake asal dia jer.





Dgn keadaan sebelum ni, memang tak berapa yakin bila nak bawak terutamanya bila bawak laju. Time turun bukit and main lap jangan cakap la dia punya risau. Takut jer disk lama tu tak mampu nak tampung. Memang tak berhenti dibuatnya. Tu belum lagi risau disk lama tu bengkok bila panas masa tengah laju.

Tapi sekarag, aku dah dapat disk yang sepadan dengan enjin. Disk asal untuk enjin ni jer. Bukan yang besar sangat pun. Tapi lebih puas hati, lebih stabil dan lebih yakin untuk bawak sampai ke tahap maksimum. Huhu....

Tapi tak pernah pun sebenarnya nak bawak laju tahap gaban. Perasaan takut tu tetap ada. Tapi yang penting sekarang, "keselamatan diutamakan" bila brake aku dah diupgrade.

Monday, April 12, 2010

Kasut Baru

Sekian lama aku plan nak beli kasut baru, akhirnya pada tanggal 11 April 2010 ini aku dapat beli sepasang kasut. Walaupun bukan kasut yang aku cari, tapi ok la coz dah lama sangat aku cari kasut tu.

Design kasut yang aku nak tu brand Camel Active. Warna hitam and design nampak simple. Bukan kasut casual, tapi boleh jer nak pakai pegi opis.

Yang aku dapat ni design dia lebih kurang. Tapi warna dia coklat. Ada warna hitam tapi cam 'kureng' jer. Tak minat plak aku tgk. Ingat nak pusing lagi minggu depan, tapi dah lama sangat niat ni tertangguh.

Kasut Camel Active tu akan tetap aku cari. Kalau aku jumpa nanti, pasti aku akan ambik coz aku berkenan dengan design dia. Dah penat aku cari. Harap ada la kat mana-mana kedai.

Sunday, April 11, 2010

Terpelihara, Alhamdulillah...

Hari ni aku pergi kenduri member kat Masjid Tanah Melaka. Bunyi macam jauh. Kebenarannya memang jauh. Tapi dah takde aktiviti lain, dan ada member yang setuju jer nak pegi, semua benda boleh jadi.

Pukul 11.30 pagi dari Kuala Lumpur, sampai rumah member lebih kurang pukul 2.00 petang. Sampai jer trus makan. Adat orang bujang datang kenduri. Pas makan, lepak-lepak jap kat rumah dia sambil membincangkan hal dunia.




Lepas tu jugak bila dah bosan terus merayap ke pantai Pengkalan Balak untuk melepakkan diri lagi sambil mengusha awek kat sana. Tapi takde awek plak. Mungkin terpelihara.

Masa nak balik ke Kuala Lumpur, kereta banyak semacam. Baru teringat hari ni ada game bola Negeri Sembilan lawan Kedah. Sampai je kat exit Seremban, tiba-tiba ada kereta depan-depan mana ntah brek emergency. Fuhhh.... Aku sempat brek cam biasa. Tak brek emergency pun, tapi kereta belakang hampir-hampir nak langgar belakang kereta aku, nasib baik aku elakkan kereta aku ke kanan lagi. Kalau takkkkk.... Adusss.... Selagi lagi aku rasa terpelihara.

Sampai je exit Kajang, dia punya jem, roti satu lori pun tak cukup. Gerak skit-skit mengalahkan siput. Sampai la exit nak pegi stadium Bukit Jalil. Aku dah takde mood nak pegi mana-mana dah coz dah penat and lepas kejadian hampir-hampir tu. So aku pegi makan and terus balik je.

Tuesday, April 6, 2010

Burger Jalanan + Milo Ais = Best.Kenyang

Sekian lama aku tak pekena burger jalanan. Rasa macam mengidam pun ada. Tanpa membuang masa aku pun mesej la penyamun sorang tu untuk diajak makan. Jawapan yang diberi tidak mengecewakan. Bab makan biasanya dia ni jadi jer. (tengok perut la) hahaha...

So aku plan pegi dekat ngan rumah aku jer. Dan sungguh tak disangka-sangka burger jalanan kat situ memang sedap. Dah hampir dua tahun aku dok kat kawasan tu, aku sendri tak pernah rasa. Rugi tul baru semalam baru makan burger kat situ.

Dan nampak gayanya kena repeat lagi makan kat situ. Bukan ketagih, tapi memang antara burger jalanan yang 'tersedap' pernah aku rasa. WORLDdd.....

Saturday, April 3, 2010

Training @ Saturday

Kalau aku tau macam ni,,,
Nasib baik aku tak tau,,,
Kalau tak,,,
Ish,,,

Dah jadi tak ikhlas aku datang training hari ni. Tak tau la nak cakap ilmu yang dapat hari ni berkat or tidak. Ntah-ntah tak dapat apa pun. Esok bangun tido "zero" dah semua apa yang diajar hari ni.

Bukan marah, tapi tak tau la kenapa rasa semacam je. Semua perasaan tu datang lepas makan tengahari. Nak kata mengantuk, tidak. Nak kata malas, pun tidak. Tapi apa yang dia ajar lepas tengahari tu semua rasa macam ditolak oleh pemikiran ni.

Badan pun rasa semacam plak bila dah masuk petang. Masa pukul tiga lebih dekat pukul empat, badan aku dah mula panas. Rasa tak selesa sangat. Mula tak boleh nak duduk diam. Orang dulu-dulu kata"mengeresek".

Balik je, aku terus mandi and rehat. Pastu aku rasa badan makin tak sihat. Tekak mula rasa semacam, badan dah makin panas, and kepala dah rasa berat. Nasib baik sebelum balik tadi aku dah makan.

Mungkin kesan daripada dah lama tak training macam hari ni. Lama sangat dengar orang bercakap and input masuk tak henti-henti. Tu pun kalau boleh save la. Takut ilmu tu dok dalam RAM je. Lepas "shut down" semua hilang. Tapi, harap ada la sikit yang masuk HDD.

Friday, April 2, 2010

Mana Absober Aku

Berapa lama nak tunggu ni. Deposit dah bagi, tapi barang masih tak ada lagi. Dah hampir 3 minggu aku tunggu. Rasa macam nak marah pun ada, tapi kena banyak sabar. Kalau dimarah takut dia buat perangai plak kang.

Tapi penantian itu sesuatu yang sangat menyiksakan. Di tambah pulak aku rasa dah tak tahan dengan keadaan kereta sendiri yang rasa macam makin keras pulak absober dia ni. Dulu masa mula-mula pasang rasa macam best jer. Al-maklumlah masa tu rasa muda lagi. Best jer nak bwak keta laju-laju, layan corner. Sekarang dah mula rasa bosan.

Perasaan nak bawak laju ngan layan corner tu ada lagi, tapi tak nak absober yang keras sangat dah. nak cari yang comfort skit. Tapi jangan silap, diri ini bukan terasa tua. Cuma nak ubah selera jer. Esok ada training plak. kalau tak ingat nak pegi gegar kedai tu esok. Nampak gayanya kena pegi minggu depan la. Apa boleh buat.

Thursday, April 1, 2010

Fotsal @ MGSB

Penatnya.. Baru main fotsal satu jam setengah, dah penat macam main tiga jam. Tapi rasa puas. Sebelum ni main satu jam je. Ramai yang mengadu tak puas main. Pastu main ramai plak. Tukar-tukar.

Sekarang main dua jam, orang cam biasa. Tapi hari ni ramai plak yang tak datang. Tak boleh nak tukar-tukar. Tu yang rasa penat semacam dah ni. Setengah jam last tu semua dah malas nak kejar bola. Bola lalu depan mata pun biarkan je.

Minggu depan harap-harap ramai yang datang, tak la penat sangat.